Suka dengar pendedahan Che Puan Sarimah Ibrahim tentang berita kehamilannya yang diumumkan awal Februari lalu. Sedang menikmati 5 bulan usia kehamilan, selebriti kacukan Irish ini mengakui sudah lama menantikan zuriat bersama suami tersayang dan akhirnya rezeki datang menjengah memasuki tahun keempat perkahwinan mereka.

IKLAN

Sah bergelar isteri kepada Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzzafar pada 2 April 2015… Che Puan Sarimah secara terbuka meluahkan rasa syukur kerana berpeluang mengandung secara semula jadi. Menjawab pertanyaan Nona dengan ramah, pengacara cantik ini tidak lokek berkongsi tip sebelum disahkan hamil.

Ibu Hamil Usia 40an Digalak Bersenam Elak Diabetes & Komplikasi, Pesan SARIMAH IBRAHIM!

“We didn’t do IVF. We kept on exercising, eating healthy, we went for full check ups, we doa all the time… we just never gave up!! In the end, alhamdulillah Allah kurniakan rezeki.

Kami tak merokok, selalu pergi ke gim, sentiasa berfikiran positif, saling berhubung, buat pemeriksaan dengan pakar sakit puan selalu dan terus berusaha,” kongsi Che Puan Sarimah tanpa berselindung.

Jika kebanyakan selebriti dan orang ternama yang sudah lama berkahwin dan berkemampuan akan menjalani prosedur IVF untuk mendapat cahaya mata, namun Che Puan Sarimah dan Tunku Jamie mengambil pendekatan berbeza.

Ibu Hamil Usia 40an Digalak Bersenam Elak Diabetes & Komplikasi, Pesan SARIMAH IBRAHIM!

https://www.instagram.com/p/BtnbDh6Hrlx/

IKLAN

“Doktor check kami berdua tak ada sebab tak boleh hamil. Sihat je, alhamdulillah. Therefore, doctor suggest just berusaha lebih lama lagi. Jangan tergesa-gesa nak IVF. IVF hanya as a last result bila ada masalah kesihatan dalaman atau peranakan. So selagi belum berusia 44 atau 45 tahun… I thought better I cuba natural!”

Di samping mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat di antara satu sama lain, Che Puan Sarimah juga aktif melakukan pilates. Terangnya, rutin pilates membantu melegakan bahagian belakang badan dan postur badan serta disarankan pakar perubatan. Buat masa sekarang, beliau melakukan Prenatal Pilates khusus untuk ibu mengandung.

IKLAN

“You have to keep fit and strong when pregnant… especially for mummy to be like me above 40. To avoid pregnancy diabetes and complications, it is advised to exercise while pregnant. Make sure it’s a slow and steady one, and get doctors approval first. Every pregnancy requires a fit and healthy mother.”

 

Kredit foto: Instagram Sarimah Ibrahim

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI