
Penyanyi Wany Hasrita yang cukup dikenali menerusi lagu Menahan Rindu dan Canggung selamat melahirkan bayi perempuan secara normal di sebuah pusat perubatan pada petang Sabtu.
Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, berkongsi khabar gembira itu menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad dengan sebuah foto menyaksikan gambar anak perempuannya yang sedang mengenggam tangan Wany.
Walau bagaimanapun wajah dan nama anak masih belum ditunjuk dan dimaklumkan kepada umum.
Menerusi kepsyen berkenaan, Wany berharap agar anak sulungnya menjadi pengikat kasih sayang antara dia dan suami iaitu Muhd Al-Adib Fahmi Harun, 31.
Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu dan bapa.
“Membesar dgn sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat pada yang lain kelak. Ibu lebiu,” tulisnya. Untuk rekod, Wany dan suami mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022.
Di ruangan komen pula gambar berkenaan sudah mula dibanjiri dengan ucapan-ucapan dari rakan-rakan artis dan peminat Wany.
Tahniah NONA ucapkan kepada Wany dan suami. Semoga anak membesar sihat dan menjadi insan yang boleh dibanggakan.
#TragediBatangKali: Prihatin Nasib Rescue Team BONDA ROZITA Benarkan Resort Dijadikan Tempat Berehat Siap Sumbang Makanan

Insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya yang berlaku pada 16 Disember baru-baru ini nyata mengejutkan. Setakat petang semalam, 24 mangsa telah disahkan terkorban dengan sembilan lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa terlibat berdasarkan maklumat rasmi Polis Diraja Malaysia.
Sudah semestinya tragedi memilukan ini nyata menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia yang bersimpati dengan nasib mereka yang kehilangan orang yang tersayang. Tidak lupa juga dengan pengorbanan pihak berkuasa dan para anggota keselematan seperti angkatan Pertahanan Awam (APM), Bomba, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta lain-lain yang bertungkus lumus dari hari pertama sehingga ke hari ini, cuba untuk mengesan baki mangsa yang dikhuatiri masih tertimbus.
Turut terkesan dengan bencana yang menimpa serta nasib para anggota keselamatan yang masih bekerja keras di tapak tragedi, ibu kepada usahawan popular Dato’ Aliff Syukri, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda Rozita turut membantu memudahkan urusan team rescue terdiri daripada anggota polis dan bomba dengan memberi kebenaran mereka beristirehat di resortnya.
Dikhabarkan, staf di Rumah Hutan Terapi Alam yang terletak berhampiran lokasi kejadian turut menyediakan makanan buat para petugas yang berehat dan menyediakan kelengkapan untuk memulakan operasi mencari di lokasi tanah runtuh. Hal ini dilihat menerusi hantaran di satu akaun TikTok yang menggunakan nama @joker8scarface berkongsi video anggota-anggota SAR sedang berehat setelah bertungkus-lumus menjalankan operasi menyelamat.
Dalam video terbabit, dia turut menulis menitpkan kesyukuran dan terima kasih kepada Bonda Rozita dan staf Rumah Hutan kerana memberikan mereka makanan dan tempat untuk berehat. Dapat dilihat deretan trak polis diparkir di kawasan tersebut menandakan operasi mencari dan menyelamat masih lagi berjalan.
Bonda Rozita juga turut menzahirkan rasa dukacita dengan kejadian yang telah berlaku dan berbesar hati sekurangnya dapat membantu para petugas keselamatan untuk berehat di resortnya malah dapat menghantar stafnya memberikan makanan kepada rescue team termasuk para petugas media.
“Saya benarkan staf sumbangkan tenaga mereka ke lokasi kejadian, sangat menyeronokkan bagi staf bonda, kesempatan ambil pengalaman, sebenarnya orang awam & kenderaan tak dibenarkan masuk ke lokasi menyelamat. Staf bonda dapat masuk untuk beri makanan dari rumah hutan. Sejak awal kejadian, area parking resort halaman @rumah.terapi.alam rumah sampai hari ni penuh dgn kereta2 polis & bomba katanya berkemah,” tulisnya.
Bonda Rozita turut mengatakan yang selepas ini tidak akan membenarkan pengunjung membuat sebarang perkhemahan di resortnya kerana bimbang kejadian sama berulang lagi malah akur dengan arahan kerajaan.
Rata-rata ramai yang memuji keprihatinan Bonda Rozita kerana memberi kemudahan kepada rescue team untuk berehat sambil melepaskan lelah selepas seharian bergelumang dengan lumpur. Mereka juga mendoakan agar operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang dipermudahkan dan menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh itu.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Anak Lemah Bahasa Melayu? Mommies, Jom Perkasakan Penguasaan BM Mereka Dengan Kelas Online Percuma CIKGU FAIZUL

Kurang membaca, lebih banyak menggunakan media sosial dan fokus pada mata pelajaran tertentu antara masalah yang sering dihadap pelajar dalam menguasai tatabahasa Bahasa Melayu dengan betul. Menyedari perkara itu, Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI melancarkan kelas pembelajaran dalam talian secara percuma untuk mata pelajaran Bahasa Melayu selama 15 hari bermula 15 hingga 29 Januari ini.
Kelas percuma yang terbuka kepada semua pelajar tahun enam hingga tingkatan lima itu bakal dibimbing oleh Muhammad Faizul Abd Hamid atau Cikgu Faizul.
Cikgu Faizul berkata, sejak dulu lagi pelajar terdedah kepada banyak kesalahan tatabahasa hingga menyebabkan mereka sudah biasa untuk melakukan kesalahan yang sama berulang kali.
“Antara kesalahan tatabahasa yang sering digunakan ialah penggunaan kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’, kata ‘ianya’, dan sebagainya. Lama-kelamaan, norma kesalahan tatabahasa ini akan menjadi kitaran budaya yang bobrok.
“Sehubungan itu, saya berasa terpanggil untuk memperbetul masalah ini. Selain mengajarkan tatabahasa yang betul di dalam kelas, saya juga akan berkongsi tip dan formula mengenai penggunaan tatabahasa yang betul menerusi media sosial supaya proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih santai dan lebih dekat dengan jiwa orang muda,” katanya.
Menurutnya, kini pelajar banyak menghabiskan masa dengan media sosial membuatkan mereka kurang membaca surat khabar atau bahan bacaan lain yang sarat dengan isu semasa.
“Isu semasa adalah perkara yang sangat penting untuk pelajar memperoleh kosa kata baharu dan menjana idea apabila menulis karangan.
“Jadi, saya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membantu pelajar menulis karangan dengan mengaitkan isu-isu semasa dalam kelas seperti isu inflasi, penyakit berjangkit, pelancongan perubatan, industri revolusi 4.0 dan sebagainya. Untuk memudahkan pelajar, perbincangan ini turut akan disertakan dengan formula membina ayat seperti PerMaSA, IMBaKUP dan KPCH,” katanya.
Menurutnya lagi, terdapat segelintir pelajar, terutamanya yang mengambil aliran Sains yang lebih mementingkan subjek elektif seperti Kimia, Fizik, Matematik Tambahan dan Biologi kerana dianggap susah.
“Keadaan ini menyebabkan mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan membuat latihan bagi subjek berkenaan hingga menyebabkan sujek Bahasa Melayu dipandang mudah.
“Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila terdapat pelajar yang menganggap bahawa bahasa Inggeris adalah proksi kepada kepandaian dan status. Oleh itu, mereka lebih mementingkan subjek Bahasa Inggeris,” katanya. Untuk pendaftaran boleh layari laman web www.ptti.my.
Terdahulu, Cikgu Faizul bersama enam guru baharu PTTI diraikan dalam Majlis Pelancaran PTTI 360° New Teacher, More Subjects dalam usaha pusat itu untuk melebarkan sayap bagi lebih banyak subjek yang ditawarkan seperti Prinsip Perakaunan, Ekonomi, Perniagaan, Matematik, Sains dan subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Dua-Dua Kaki ‘Longlai’ Terhentak Kuat Ke Lantai, Penonton Panik Tengok Atlet GIMNAS Ini Meraung Sakit!

Dalam rakaman video yang tular di Internet, jelas kelihatan kedua-dua lutut Samantha Cerio ‘teralih’ selepas gerakan gimnastik berirama di atas lantai yang dilakukannya tidak berjaya disempurnakan dengan baik. Akibat daripada kesilapan itu, atlet senior gimnas dari Universiti Auburn tersebut terpaksa menarik diri daripada menyertai mana-mana pertandingan. Lebih malang, dia turut terpaksa melupakan hasrat untuk bergelar gimnas dan bersara dari bidang berkenaan disebabkan kecederaan yang dialami.
Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat malam itu, Samantha yang sedang melakukan handspring double front kecundang membuat pendaratan kemas sekaligus menyebabkan kakinya terhentak kuat di lantai. Berlaku dalam sekelip mata, Samantha yang ketika itu jatuh terduduk lantas meraung menahan sakit tanpa mampu bergerak.
Situasi tersebut bukan saja membuatkan rakan sepasukannya terkejut malah turut mengundang panik dalam kalangan penonton yang ada di dalam stadium.
Menurut kenyataan Ketua Jurulatih Gimnastik Auburn, Jeff Graba… “Samantha Cerio menderita sakit akibat kedua-dua lututnya terkehel selain beberapa ligamen koyak di bahagian lutut pada Jumaat malam di Baton Rouge. Sam juga telah menjalani pembedahan.
Kami amat berterima kasih kepada pasukan perubatan yang cepat bertindak memberikan rawatan kepada Sam. Dia adalah seorang pejuang dan mempunyai semangat yang luar biasa. Kami takkan mampu mencari ketua gimnas yang lebih baik daripadanya untuk pasukan ini,” ujarnya.
Sementara itu, Sam di laman Instagramnya pula memberitahu dia cukup bertuah kerana penglibatannya sebagai ahli gimnas Auburn Universiti mendapat sokongan kuat dan diterima baik. “Jumaat malam lalu merupakan malam terakhir saya sebagai ahli gimnas. Selepas 18 tahun berada dalam bidang gimnastik… tiba masanya untuk saya tinggalkan sukan ini.
Saya sangat bangga bergelar atlet gimnas kerana sepanjang menyertainya saya belajar banyak perkara antaranya menjadi seorang yang gigih berusaha, berdedikasi, berintegriti. Walaupun ini bukanlah pengakhiran seperti yang saya harapkan, tapi saya harus terima. Terima kasih ‘keluarga’ Auburn kerana sudi memberi peluang dan tempat untuk saya.”
Terkenal dengan bakat semula jadinya dalam sukan gimnastik dan disifatkan seorang pemimpin yang baik, atlet berusia 22 tahun ini mendapat standing ovation pada malam kejadian daripada penonton di stadium saat dia dibawa keluar dari gelanggang sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Sumber : Daily Mail UK