Insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya yang berlaku pada 16 Disember baru-baru ini nyata mengejutkan. Setakat petang semalam, 24 mangsa telah disahkan terkorban dengan sembilan lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa terlibat berdasarkan maklumat rasmi Polis Diraja Malaysia.

#TragediBatangKali: Prihatin Nasib Rescue Team BONDA ROZITA Benarkan Resort Dijadikan Tempat Berehat Siap Sumbang Makanan

IKLAN

#TragediBatangKali: Prihatin Nasib Rescue Team BONDA ROZITA Benarkan Resort Dijadikan Tempat Berehat Siap Sumbang Makanan

Sudah semestinya tragedi memilukan ini nyata menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia yang bersimpati dengan nasib mereka yang kehilangan orang yang tersayang. Tidak lupa juga dengan pengorbanan pihak berkuasa dan para anggota keselematan seperti angkatan Pertahanan Awam (APM), Bomba, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta lain-lain yang bertungkus lumus dari hari pertama sehingga ke hari ini, cuba untuk mengesan baki mangsa yang dikhuatiri masih tertimbus.

#TragediBatangKali: Prihatin Nasib Rescue Team BONDA ROZITA Benarkan Resort Dijadikan Tempat Berehat Siap Sumbang Makanan

Turut terkesan dengan bencana yang menimpa serta nasib para anggota keselamatan yang masih bekerja keras di tapak tragedi, ibu kepada usahawan popular Dato’ Aliff Syukri, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda Rozita turut membantu memudahkan urusan team rescue terdiri daripada anggota polis dan bomba dengan memberi kebenaran mereka beristirehat di resortnya.

#TragediBatangKali: Prihatin Nasib Rescue Team BONDA ROZITA Benarkan Resort Dijadikan Tempat Berehat Siap Sumbang Makanan

Dikhabarkan, staf di Rumah Hutan Terapi Alam yang terletak berhampiran lokasi kejadian turut menyediakan makanan buat para petugas yang berehat dan menyediakan kelengkapan untuk memulakan operasi mencari di lokasi tanah runtuh. Hal ini dilihat menerusi hantaran di satu akaun TikTok yang menggunakan nama @joker8scarface berkongsi video anggota-anggota SAR sedang berehat setelah bertungkus-lumus menjalankan operasi menyelamat.

@joker8scarface #rumahbonda #rumahbondarozita #batangkali #semutmerah #fypシ #fypage #prayforlandslidevictims ♬ Perjalanan Hidup – Ramli Sarip

Dalam video terbabit, dia turut menulis menitpkan kesyukuran dan terima kasih kepada Bonda Rozita dan staf Rumah Hutan kerana memberikan mereka makanan dan tempat untuk berehat. Dapat dilihat deretan trak polis diparkir di kawasan tersebut menandakan operasi mencari dan menyelamat masih lagi berjalan.

IKLAN

Bonda Rozita juga turut menzahirkan rasa dukacita dengan kejadian yang telah berlaku dan berbesar hati sekurangnya dapat membantu para petugas keselamatan untuk berehat di resortnya malah dapat menghantar stafnya memberikan makanan kepada rescue team termasuk para petugas media.

#TragediBatangKali: Prihatin Nasib Rescue Team BONDA ROZITA Benarkan Resort Dijadikan Tempat Berehat Siap Sumbang Makanan #TragediBatangKali: Prihatin Nasib Rescue Team BONDA ROZITA Benarkan Resort Dijadikan Tempat Berehat Siap Sumbang Makanan#TragediBatangKali: Prihatin Nasib Rescue Team BONDA ROZITA Benarkan Resort Dijadikan Tempat Berehat Siap Sumbang Makanan

“Saya benarkan staf sumbangkan tenaga mereka ke lokasi kejadian, sangat menyeronokkan bagi staf bonda, kesempatan ambil pengalaman, sebenarnya orang awam & kenderaan tak dibenarkan masuk ke lokasi menyelamat. Staf bonda dapat masuk untuk beri makanan dari rumah hutan. Sejak awal kejadian, area parking resort halaman @rumah.terapi.alam rumah sampai hari ni penuh dgn kereta2 polis & bomba katanya berkemah,” tulisnya.

IKLAN

Bonda Rozita turut mengatakan yang selepas ini tidak akan membenarkan pengunjung membuat sebarang perkhemahan di resortnya kerana bimbang kejadian sama berulang lagi malah akur dengan arahan kerajaan.

Rata-rata ramai yang memuji keprihatinan Bonda Rozita kerana memberi kemudahan kepada rescue team untuk berehat sambil melepaskan lelah selepas seharian bergelumang dengan lumpur. Mereka juga mendoakan agar operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang dipermudahkan dan menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh itu.

#TragediBatangKali: Prihatin Nasib Rescue Team BONDA ROZITA Benarkan Resort Dijadikan Tempat Berehat Siap Sumbang Makanan #TragediBatangKali: Prihatin Nasib Rescue Team BONDA ROZITA Benarkan Resort Dijadikan Tempat Berehat Siap Sumbang Makanan #TragediBatangKali: Prihatin Nasib Rescue Team BONDA ROZITA Benarkan Resort Dijadikan Tempat Berehat Siap Sumbang Makanan

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI