Berita pemergian ibu kepada pelakon Zul Ariffin, Robiah Nasir atau Aunty Ruby benar-benar mengejutkan peminat jejaka sasa tersebut.
Allahyarhamah Aunty Ruby dikhabarkan meninggal dunia kira-kira jam 3.40 pagi hingga 4 pagi tadi akibat serangan jantung.
Nafas terakhirnya dihembuskan di kediaman kakak Zul Ariffin di Sungai Penchala, Damansara. Sumber Astro Gempak menyatakan, jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Zuhur sebentar lagi, selepas disembahyangkan di masjid Sungai Penchala.
Ads
Nona ingin merakamkan ucapan takziah kepada Zul Ariffin dan keluarganya di atas kehilangan ini. Seperti yang diketahui ramai, mereka sekeluarga sangat rapat terutama sekali Zul sendiri yang merupakan anak bongsu.
Ads
Masih terasa keakraban dua beranak ini apabila Nona flashback semula video ni. Sememangnya Zul seorang anak yang manja dan sering membawa ibunya ke majlis-majlis penting.
Ads
Rakaman video Nona bersama Zul Ariffin di bawah ini diambil pada 29 Ogos lalu sempena promosi filem Tombiruo di Karangkraf. Al-Fatihah buat Aunty Ruby. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah zahirkan kebimbangan baginda tentang penularan penyakit berjangkit yang terbaharu iaitu wabak cacar monyet.
Walaupun kes jangkitan COVID-19 semakin berkurang dan negara sudah mengumumkan aliran fasa pandemik kepada endemik namun penularan wabak baharu ini semakin membimbangkan.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah zahirkan kebimbangan baginda ketika berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Syawal Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Aktiviti UIAM.
“Walaupun kita dah beralih dari fasa pandemik ke endemik, namun masih ada lagi penyakit lain, jadi menjadi tanggungjawab untuk kita menjaga diri sendiri,” titah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam ucapan ringkas selepas merasmikan Klini Sejahtera UIAM.
Baginda juga turut menyeru orang ramai supaya lebih peka dengan situasi semasa dan pada masa yang sama sentiasa mengamalkan kebersihan diri terutamanya kanak-kanak.
Sebagai info, cacar monyet adalah disebabkan oleh jangkitan ‘orthopoxviruses’ dan virus itu dijangkiti kepada manusia melalui gigitan (haiwan yang dijangkiti) atau sentuhan langsung dengan yang dijangkiti.
Virus cacar monyet telah menyerang beberapa negara termasuk Kanada, Sepanyol, Sweden, Perancis, Itali, Amerika Syarikat, Switzerland dan Austria.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pejam celik, Tengku Muhammad Johan Petra yang merupakan putera kesayangan Yang Amat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Yang Berbahagia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra sudah pun menginjak usia dua tahun.
Kehadiran anak kecil ini pastinya menjadikan rumah tangga pasangan diraja Kelantan berkenaan lebih bermakna. Sekaligus menyerikan lagi alam perkahwinan Tengku Muhammad Fa-iz dan Che Puan Sofie.
Menerusi perkongsian jelitawan berasal dari Sweden ini di media sosial, sejak melahirkan zuriat sulung dan bergelar ibu, kebanyakan posting Che Puan Sofie berkaitan perkembangan buah hati kesayangan, Tengku Muhammad Johan Petra. Memang terserlah betapa beliau bahagia menggalas tugas ibu dan berada di samping anak tersayang.
Tengku Muhammad Johan Petra genap meniti usia dua tahun pada 17 Julai lepas. Terhibur melihat telatah manja dan comel permata hati Tengku Muhammad Fa-iz dan Che Puan Sofie ini.
Bersempena ulang tahun kelahiran kedua Tengku Muhammad Johan Petra, Che Puan Sofie tidak ketinggalan menitip kesyukuran atas kurniaan anugerah terindah anak ini dalam hidup mereka sebagai suami isteri.
“Min älskling (My love) may only be 2, but the happiness you have given us is enough to last a lifetime. HAPPY BIRTHDAY! SELAMAT HARI JADI! GRATTIS!”
Tengku Muhammad Johan Petra juga anakanda saudara kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Che Puan Sofie Louise Johannson kini berusia 39 tahun. Beliau bergelar isteri kepada Yang Amat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra pada 19 April 2019 dan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam.
Terasa vibe keluarga diraja bila pakai selendang klasik. Beli sini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemergian Ustazah Shadiya Abbas ke rahmatullah pada 5 April lalu benar-benar memberi kesan kepada masyarakat khususnya mereka yang sering mengikuti ceramah beliau. Arwah Ustazah Shadiya disahkan meninggal dunia pada jam 5.05 pagi kerana sesak nafas akibat penyakit asma. Bagaimana pun menurut perkongsian suami arwah di laman Facebooknya MK Azman, memandangkan waktu ini negara dilanda dengan wabak Covid-19 pihak hospital terpaksa melakukan ujian untuk memastikan sama ada arwah positif terhadap virus itu atau sebaliknya.
Selepas 24 jam menanti keputusan ujian, akhirnya arwah disahkan negatif Covid-19 setelah melakukan ujian tersebut sebanyak dua kali. Jenazah seterusnya dibawa balik ke Masjid Puncak Alam untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan selepas solat Zohor. Sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Felda Bukit Cherakah Puncak Alam, semalam. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan dan hanya keluarga terdekat dibenarkan untuk mengurus jenazah. Biarpun tidak mengenali arwah secara dekat namun ramai yang menyifatkan arwah Ustazah Shadiya Abbas seorang wanita dan juga pendakwah yang cukup disenangi.
Malah, perkongsian suami arwah yang menceritakan perjalanan terakhir arwah mencetuskan rasa kagum terhadap kasih sayang di antara suami isteri dan kebesaran Allah SWT. Kata Ustaz MK Azman, “Urusan mandikan jenazahmu sayang dilakukan oleh ibumu, adik-beradik perempuanmu, anak-anak lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang. Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abang, sayang mandikan abang.
Abang imamkan solat untukmu. Sebelum ini sayang berada di belakang sebagai makmum tapi kali ini sayang di depan abang. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkanmu dalam liang lahad, dalam hati abang menyebut cantik sungguh liang lahad ini.
Abang bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut but pun terasa sejuk, seolah-olah lantainya dari marmar. Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga sayang berada dalam rahmat Allah.”
Tabahnya hati suami ini. Pada 30 Mac lalu mereka baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan ke-17 dan genap seminggu selepas detik itu, arwah Ustazah Shadiya Abbas kembali ke pangkuan Sang Pencipta. “Damailah engkau di sana, abang reda dengan pemergianmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. InsyaAllah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga,” ujar Ustaz MK Azman penuh reda.
Sepanjang 17 tahun usia perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang zuriat. MK Azman mula mengenali bidadari syurganya ini ketika mereka menuntut di Universiti Malaya suatu masa dulu. Jelas suami arwah, beliau begitu mengagumi kepetahan arwah yang disifatkan memiliki ilmu yang tinggi dan tanpa segan silu menyatakan arwah isterinya juga diibaratkan seperti gurunya. Semoga Allahyarhumah Ustazah Shadiya Abbas ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan hanya Allah SWT mampu membalas segala ilmu serta jasa arwah menyampaikan dakwah selama ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah buat Uyaina Arshad dan Raja Syahiran atas kelahiran cahaya mata ketiga mereka. Syukur kepada Allah, pengacara jelita berkenaan selamat melahirkan permata hati yang merupakan anak lelaki ketiga mereka pada 28 Januari lalu. Khabar gembira itu dikongsikan Uyaina di media sosial miliknya.