Pengumuman Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham Abdullah tentang kemungkinan sesi persekolahan bakal dibuka semula, mendapat pelbagai reaksi.
Ada yang kelegaan, ada juga ibu bapa yang merungut bimbang dengan keselamatan anak-anak yang bakal kembali ke sekolah. Meskipun sekadar ura-ura dan kerajaan masih belum menetapkan tarikh pembukaan semula sekolah, namun kita pastilah mahu bersedia lebih awal demi keselamatan pasca COVID-19.
“Dari segi kes harian, jika kita dapat (angka) dua digit yang lebih rendah, atau satu digit, dan mengekalkannya hingga 9 Jun, mungkin kita dapat membuka lebih banyak sektor sosial dan pendidikan,” kata beliau dalam sidang media harian baru-baru ini.
Tambah Dr Noor Hisham, mereka perlu menunggu sehingga minggu pertama Jun sebelum membuat sebarang keputusan bagi meneliti kesan akibat sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
PERSEDIAAN IBU BAPA
Memikirkan persiapan anak-anak sekolah rendah yang masih belum matang, mampukah mereka menjaga diri, mengamalkan SOP dan mempraktikkan amalan kebersihan dengan betul?
Mengapa tidak diteruskan saja sesi pembelajaran digital dan akses penyampaian ilmu melalui siaran TV Pendidikan? Bukankah ia lebih selamat untuk murid dan guru-guru?
Mungkin itulah persoalan demi persoalan yang bermain di fikiran ibu bapa.
Pun begitu, kita perlu memahami bahawa teknik pembelajaran secara bersemuka, lengkap aktiviti dan bimbingan guru lebih menjamin kefahaman murid. Masalah capaian Internet juga menjadi satu beban, selain faktor ketidakupayaan semua ibu bapa menjalankan homeschooling di rumah.
PAKAI VISOR
Demi keselamatan anak-anak kita, mungkin visor dari Polaroid Eyewear ni patut menjadi sebahagian ‘uniform’ baru mereka.
Dilancarkan melalui koleksi Stay Safe, visor pelitup wajah ni direka untuk perlindungan maksimum tanpa mengetepikan ciri keselesaan.
Koleksi ini didatangkan dalam dua pilihan iaitu StaySafe 1 dan StaySafe 2 yang diperbuat daripada bahan PPE (Professional Protection Equipment) terbaik dalam standard pembuatan PPE dunia.
Visor ini dihasilkan di Santa Maria di Sala dan Brembate di Sopra, kedua-duanya di Itali oleh Safilo Group.
Kaca mata keselamatan Polaroid ini direka untuk perlindungan mata pemakainya, tak kira sama ada anda pekerja kesihatan di hospital, pekerja industri pembuatan, pekedai, untuk berjoging atau ke pasar raya.
Untuk koleksi StaySafe 1, permukaan visor diperbuat daripada polycarbonate (PC), manakala pad hidung daripada polyamide (PA). Ia boleh dilaras mengikut kesesuaian, khususnya golongan dewasa atau kanak-kanak di atas 10 tahun. Ia boleh dipadankan dengan pelitup hidung yang biasa dipakai.
Untuk koleksi StaySafe 2 pula, visor mask profesional ini mampu melindungi seluruh kawasan mata, hidung dan mulut daripada jangkitan luaran. Selain ciri identikal di atas, ia juga dilengkapi band getah dan sesuai untuk semua golongan termasuk kanak-kanak dari usia 4-10 tahun.