DIAN SASTRO

Tenang, selesa dan menyerlahkan sisi peribadi penghuni rumah. Itu yang dapat digambarkan bila melihat dekorasi dan hiasan kediaman selebriti popular Indonesia, Dian Sastrowardoyo.

IKLAN

Berkongsi ‘isi rumah’ miliknya bersama peminat baru-baru ini menerusi Instagram Biasalah Anak Muda, ruang mahligai bintang filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’ tersebut menarik perhatian peminat sampai viral di media sosial.

Mana tidaknya, ini adalah pertama kali Dian berkongsi setiap sudut rumahnya kepada umum. Daripada foto dan video yang dikongsikan, jelas kelihatan rumah agam aktres ini penuh estetik, sarat dengan hiasan moden kontemporari serta buku!

Ilham Dekorasi Inggeris & Sudut Rumah Penuh Buku, Kediaman DIAN SASTRO Buat Peminat Tergamam!
Credit @therealdisastr

Siapa sangka, Dian Sastro rupa-rupanya seorang ‘ulat buku’. Kalau tengok segenap sudut kediaman pasti ada saja bahagian untuk meletakkan bahan bacaan. Tidak hanya ditempatkan di ruang kerja, tetapi buku-buku ini turut disusun kemas dalam rak di ruang tamu. Sampai ke bilik mandi pun ada!

Rumah dua tingkat selebriti 39 tahun ini juga memiliki suasana redup dan dihiasi dengan pelbagai tanaman hijau. Susun atur kediaman juga lebih terbuka dan mempunyai pencahayaan penuh.

Ilham Dekorasi Inggeris & Sudut Rumah Penuh Buku, Kediaman DIAN SASTRO Buat Peminat Tergamam!
Credit @therealdisastr
Ilham Dekorasi Inggeris & Sudut Rumah Penuh Buku, Kediaman DIAN SASTRO Buat Peminat Tergamam!
Credit @biasalahanakmuda

Meskipun terdapat dekorasi moden namun kecintaan Dian terhadap seni estetik tradisi tetap menyerlah. Buktinya, dia memiliki beberapa koleksi piring pelbagai bentuk dan rekaan yang dihias di ruangan dinding kediaman. Kata Dian, dia berkongsi minat tersebut dengan ibu tersayang.

Paling mencuri tumpuan ialah ruang kerja Dian Sastro yang kelihatan tidak ubah seperti perpustakaan. Dinding ruang berkenaan dilengkapi dengan rak buku hingga ke siling dan peminat menyamakan ruang tersebut seperti pejabat Dumbledore dalam filem Harry Potter.

Ilham Dekorasi Inggeris & Sudut Rumah Penuh Buku, Kediaman DIAN SASTRO Buat Peminat Tergamam!
Credit @therealdisastr
Ilham Dekorasi Inggeris & Sudut Rumah Penuh Buku, Kediaman DIAN SASTRO Buat Peminat Tergamam!
Credit @therealdisastr
Ilham Dekorasi Inggeris & Sudut Rumah Penuh Buku, Kediaman DIAN SASTRO Buat Peminat Tergamam!
Credit @therealdisastr
Ilham Dekorasi Inggeris & Sudut Rumah Penuh Buku, Kediaman DIAN SASTRO Buat Peminat Tergamam!
Credit @therealdisastr

Ilham Dekorasi Inggeris & Sudut Rumah Penuh Buku, Kediaman DIAN SASTRO Buat Peminat Tergamam!

IKLAN

Tidak hairanlah sebab Dian seorang personaliti terkenal di Indonesia yang berpelajaran tinggi dan amat mementingkan pelajaran. Pada tahun 2007 ketika kerjaya seninya berada di puncak, jelitawan ini dilaporkan telah berjaya menamatkan pengajian Sarjana dalam bidang Falsafah dari Universiti Indonesia.

Dia kemudian menyambung kembali pengajian dalam bidang ekonomi di universiti sama. Sedar akan kepentingan ilmu khususnya dalam kalangan wanita, Dian tampil mendirikan yayasan miliknya sendiri yang dikenali sebagai Yayasan Dian Sastrowardoyo (YDS) pada tahun 2009.

IKLAN
Ilham Dekorasi Inggeris & Sudut Rumah Penuh Buku, Kediaman DIAN SASTRO Buat Peminat Tergamam!
Credit @therealdisastr
Ilham Dekorasi Inggeris & Sudut Rumah Penuh Buku, Kediaman DIAN SASTRO Buat Peminat Tergamam!
Credit @therealdisastr
Ilham Dekorasi Inggeris & Sudut Rumah Penuh Buku, Kediaman DIAN SASTRO Buat Peminat Tergamam!
Credit @therealdisastr

Dian mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hati, Maulana Indraguna Sutowo pada tanggal 18 Mei 2010. Hasil perkongsian hidup selama 12 tahun, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan iaitu Syailendra Naryama Sastraguna Sutowo dan Ishana Ariandra Nariratana Sutowo.

Kredit foto: Instagram Dian Sastro

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI