Salah faham dalam berhijab, walaupun dianggap oleh pemakainya sudah sempurna, tapi niat menutup aurat dan mendapatkan pahala sebenarnya tidak boleh dinikmati selagi kita melakukan 10 perkara ini.

Wanita sebagai makhluk Allah yang sukakan kecantikan, kita tentu sekali mahu dipandang cantik dalam apa keadaan pun. Namun sayang, alangkah ruginya berhijab kalau ia sekadar melepas batuk di tangga. Cacat-cela berhijab sungguh ketara, apatah lagi apabila pakaian Muslimah kian moden dan mula difesyenkan.

IKLAN

Renung semula pemakaian hijab kita dan niatkan untuk perbaiki stail pakaian sedikit demi sedikit. Seperti nasihat Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad, sekarang sudah cukup-cukuplah kita mencari pujian manusia!

(1) Bermekap & Stail Tudung

Ingatan Buat Muslimah, Niat Berhijab Belum Sempurna Kalau Lakukan Perkara Ini
Essence

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.

Bermekap dan menurut Maqatil sengaja mengikat tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahiliah.

(2) Mencukur bulu kening

Ingatan Buat Muslimah, Niat Berhijab Belum Sempurna Kalau Lakukan Perkara Ini
Marie Claire

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

(3) Mata Meliar

Dan katakanlah kepada perempuan Mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, ‘Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.’ Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

(4) Rambut Terdedah

Ingatan Buat Muslimah, Niat Berhijab Belum Sempurna Kalau Lakukan Perkara Ini

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

(5) Berfesyen

Ingatan Buat Muslimah, Niat Berhijab Belum Sempurna Kalau Lakukan Perkara Ini

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang mencolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al-Ahzab Ayat 59 bermaksud: ‘Hai Nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

IKLAN

Sebaiknya usahlah berfesyen yang keterlaluan bagi mengelakkan salah faham. Lebih-lebih lagi bagi kita yang masih banyak ketinggalan ilmu aurat.

(6) Menyembur wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung. Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

(7) Bentuk dada

Ingatan Buat Muslimah, Niat Berhijab Belum Sempurna Kalau Lakukan Perkara Ini
Burkini

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.’ Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

(8) Bersalaman Tangan

IKLAN

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. Petikan dari Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi.

(9) Menyanyi

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. Petikan dari Surah Al-Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, ‘Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.’ Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

(10) Mencuaikan Kehormatan

Ingatan Buat Muslimah, Niat Berhijab Belum Sempurna Kalau Lakukan Perkara Ini

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan Mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. Hadis Riwayat Riwayat Al-Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

Tip Bertudung Labuh Secara Berperingkat

Ingatan Buat Muslimah, Niat Berhijab Belum Sempurna Kalau Lakukan Perkara Ini

  1. Mulakan dengan memakai stoking kaki dan sarung tangan. Elakkan seluar jeans denim tapi pakailah seluar slack yang longgar. Gantikan t-shirt dengan baju labuh menutupi peha (mencecah lutut).
  2. Sertai kumpulan usrah wanita.
  3. Lazimkan menghadiri majlis-majlis ilmu seperti kuliah Maghrib atau ceramah di masjid.
  4. Perbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat dan berpuasa.
  5. Perbanyakkan membaca Al-Quran dan bertadabbur (mengkaji) maknanya.
  6. Pakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus.
  7. Bila dah selesa, pakai tudung bidang 60.
  8. Istiqamah dan tinggalkan hobi memuja duniawi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI