Bukan senang dapat duduk semeja, jamu kuih-muih bersama dan bersembang soal kehidupan dengan pendakwah bernama Dato’ Ustaz Kazim Elias ni. Tapi ditakdirkan suatu hari, Ustaz Kazim sudi ditemu bual Nona sambil minum petang di PWTC.

Sambil menghirup air panas kesukaan, beliau terbuka bercerita kisah hidupnya dan tenang memberi nasihat selaku Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi, Perak. Pusat ini bukan saja menempatkan pelajar tahfiz malah kelas pengajian Islam untuk warga emas.

IKLAN

Paling membuatkan penulis tersentuh, apabila Ustaz Kazim menceritakan niat beliau mahu membalas jasa kedua-dua arwah ibu bapanya melalui pusat ini. Dapat selalu melihat orang tua yang dimatanya ibarat melihat ibu bapa sendiri.

“Ini RM3,000 Duit Kubur, Kalau Saya Meninggal Jangan Beritahu Sesiapa” Luluh, Ustaz Kazim Dedah Sikap Anak Moden!
Eksklusif Nona bersama Dato’ Ustaz Kazim Elias

 

“Bapak saya meninggal masa umur saya 8 bulan. Tak sempat jumpa, tak sempat kenal pun dia. Tapi abang dan kakak selalu beritau tentang perangai bapak saya. Arwah bapak seorang gembala, tukang sembelih lembu dan kerbau.

Dan dia meninggal pun sebab kerbau dia. Akibat jatuh lori, lori tu bawa kerbau-kerbau untuk disembelih, tiba-tiba haiwan bergerak dan akhirnya berlaku kemalangan yang meragut nyawa.

Sikap anak-anak petanda akhir zaman? Ini penjelasan mantap Ustaz Kazim…

 

 

Sebenarnya saya takde pahala dengan ayah saya. Saya tak pernah buat baik dengan ayah saya. Jadi saya buat baik dengan orang lain. Saya buka sekolah warga emas dan anggap pahalanya macam pahala yang berbalik pada ibu ayah saya.

Sekolah pengajian Islam di Al-Barakah, ada ramai orang tua-tua. Saya anggap, saya bela mereka seolah-olah saya bela arwah ibu ayah saya. Itu nombor satu. Yang kedua pada orang yang masih ada ayah, hargailah.

Saya takut juga bila nampak ramai anak-anak yang tak mahu bela ibu ayah. Kalau mereka sakit, kami telefon pun taknak datang jenguk. Mereka pula suruh kita jaga. Suruh kami hantar ke hospital. Ada yang lebih dahsyat, cakap hantar je kat sekolah, rumah orang tua-tua. Padahal anaknya ada.

Tour di sekitar pejabat dan Pusat Pendidikan Al-Barakah, terharu dengan layanan baik Dato’ Ustaz Kazim Elias pada kami! Tonton video Inspirasi Nona di bawah…

IKLAN

 

Saya selalu cakap dengan staf saya, itu bahagian diorang. Bahagian kita belum tentu lagi. Ada seorang ibu tua ni, sudah dua minggu tak makan. Kita pulak datang suap dia. Bila telefon anak-anak, sorang pun taknak datang. Akhirnya kamilah yang terpaksa ambik alih.

Oleh sebab tu, jangan benarkan orang lain ambik nama mak dan nama bapak. Jangan biar orang lain ambil alih tugas ibu ayah kepada seorang anak. Sekarang, media sosial ambil alih. Dulu zaman TV, anak-anak dapat pendidikan daripada TV. Sekarang pendidikan daripada TikTok, Instagram dan Bigo.

Ada yang sayang TikTok, lebih daripada ibu ayah dia. Sayang handphone sampai tergamak bunuh diri kalau dirampas oleh ibu ayah dia. Jadi sekarang kita perlu letakkan diri kita, bahawa ibu ayah tu satu keutamaan.

Setengah orang tak kasi anak cucu dia nangis, pulangkan balik handphone tu walaupun niat asalnya nak mengawal. Seronok la budak-budak bila dengan tangisan tu, menjadikan ibu ayahnya lemah. Jadi ibu ayah, jangan lemah untuk masa depan. Tetapkan had. Bila masa boleh pakai handphone, bila masa kena tutup handphone tu.

IKLAN

“Ini RM3,000 Duit Kubur, Kalau Saya Meninggal Jangan Beritahu Sesiapa” Luluh, Ustaz Kazim Dedah Sikap Anak Moden!

 

Saya pernah jumpa anak yang halau bapak, ambil harta semua sekali dan tinggalkan orang tuanya sehelai sepinggang. Ada yang datang ke sekolah saya, mintak rumah. Sebab takde rumah nak duduk, anak halau.

Pengajarannya jangan kita terlalu mengejar harta dalam kehidupan. Takut esok-esok, anak ambil harta dan tinggalkan kita. Ajari mereka tentang agama. Insyaallah takde harta pun mereka sayang kita.

Paling luluh hati saya bila ada seorang ayah ni tiba-tiba hulurkan duit RM3,000. Katanya kalau dia mati, uruskanlah jenazahnya dengan duit tu. Tapi jangan beritau anak-anak. Kalau meninggal pun, jangan beritau. Tanam je. Ni tiga ribu, simpan. Duit kubur.” Ustaz Kazim

 

Ambil peluang cuti Hari Raya Aidiladha ini untuk pulang menjenguk orang tua kita. Masa hidup manusia makin singkat, utamakanlah mak ayah lebih dari segala-galanya. Akhiri murabbi Al Fadhil Ustaz Kazim Elias, suatu hari nanti, akan sampai saat kita pula dengan anak-anak.

Salam Aidiladha buat semua followers Majalah Nona!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI