Biarpun namanya cukup tersohor, namun Fauziah Latiff atau mesra disapa Gee masih kekal dengan sifat mesra dan merendah diri. Mungkin itulah yang membuatkan nama Gee masih meniti di bibir peminat. Ada sahaja yang merindui kemunculan dan ramai sungguh yang menyenangi sikapnya.
Pentas nyanyian masih belum mahu ditinggalkan. Gee tetap aktif menerima undangan walaupun tanpa album baru. Malah, dia juga baru menubuhkan perniagaan studio iaitu Diastudio.broadway.
“Bermula akhir tahun lalu, saya memulakan Diastudio.broadway, kolaborasi bersama seorang family friend. It’s a small place, sesuai untuk sesi latihan tarian seperti Zumba, aerobik dan kini sedang digunakan untuk sebuah program. Sambil-sambil itu saya juga sedang mencari beberapa pilihan lagu untuk direkod,” katanya.
Kesibukan menguruskan studio juga membataskan waktu untuk Gee meneruskan obsesinya dalam aktiviti permotoran. Malah, dia juga terpaksa melupakan seketika hobi menyelam. “Jika berkelapangan, saya tetap dengan dua aktiviti ini, lebih-lebih lagi diving.
Ads
Pada usia begini, shopping bukan lagi keutamaan kerana I’ve been there and done that. Saya lebih banyak menghabiskan duit untuk diving. I am a water baby, sejak kecil lagi, dan lautan itu banyak memberi pengajaran kepada saya tentang kehidupan.
Apabila berada di tengah-tengah lautan, saya terasa sangat kerdil berbanding kebesaran Allah. Pernah sekali saya memerhatikan seekor anak ikan kecil yang cuba menyeberangi karang laut yang besar. Dengan rasa takut dan tidak yakin, si ikan tadi masih tidak berganjak, membuatkan saya terfikir lebih mendalam mengenai kehidupan. Mensyukuri setiap kelebihan diberikan Allah dan meneruskan perjuangan walaupun ditimpa ujian.
Ads
Begitulah saya meletakkan diri saya. Saya gembira kerana masih disayangi dan diingati peminat. Saya mencuba sebaik mungkin to give back to the society especially kepada peminat saya. I want to make them happy so that they can enjoy their life for what they have been through. Their smile is my smile. Itu yang saya ingin berikan semula kepada mereka,” akhiri Gee.
Ads
Baca kisah selanjutnya dalam majalah Nona edisi April 2019.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hobi membela haiwan peliharaan seperti kucing kian menjadi pilihan lelaki bujang yang tinggal di bandar raya. Majoritinya menjadikan haiwan ini sebagai teman kesunyian, tak kurang juga yang membela kucing kerana sifat haiwan yang lebih setia daripada manusia.
Namun hasil kajian di Colorado State University, Amerika Syarikat mendapati wanita lebih cenderung untuk memilih berpasangan dengan lelaki yang tidak membela atau menyukai kucing.
Dalam kajian ini, responden ditunjukkan dengan empat set gambar membabitkan dua lelaki berbeza.
Setiap lelaki mempunyai dua keping gambar, satu memegang kucing dan satu lagi berseorangan.
Foto: Supplied by xposurephotos.com
Sejumlah 38 peratus wanita mengatakan mereka akan keluar dengan lelaki yang tidak memegang kucing, manakala 37 peratus mengatakan mereka akan mempertimbangkan untuk mempunyai hubungan serius dengan lelaki tersebut.
Namun lain kisahnya apabila responden ditunjukkan dengan gambar lelaki yang sama, tetapi memegang kucing.
Hanya 33 peratus wanita mahu keluar dengan lelaki tersebut, manakala 14 peratus pula mengatakan mereka tidak akan mempertimbangkan sebarang hubungan serius dengan lelaki itu.
“Lelaki yang memegang kucing dipandang kurang maskulin dan tidak sesuai dijadikan teman lelaki,” rumus kajian itu.
Seramai 708 wanita berusia antara 18 dan 24 tahun mengambil bahagian dalam eksperimen yang dijalankan dalam talian itu.
Namun terdapat kemungkinan dapatan kajian ini berubah mengikut stereotaip budaya masyarakat. “Penting untuk kita mengetahui ada kemungkinan wanita di Amerika Syarikat lebih menyukai anjing (dog person) dan bukan kucing (cat person). Jika benar, tidak hairanlah mereka merasakan lelaki yang sukakan kucing kurang maskulin,” dedah pengkaji yang terlibat.
Kalau anda pula, bagaimana? Minat lelaki pencinta kucing atau tidak?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Program Realiti Digital Pencarian Makeup Artist Fabulous MUA pertama seumpamanya di Malaysia kini bermula. Program ini menyaksikan 9 peserta berentap bagi merebut gelaran juara program realiti digital pencarian makeup artist pertama di Malaysia ini. Siapakah bakal menjadi pemenangnya? Jangan lupa ikuti program ini hingga ke episod akhir.
Penaja rasmi Program Realiti Pencarian Makeup Artist Fabulous MUA ini adalah Farmasi Colour Cosmetics (FCC) Malaysia dan bersiaran menerusi platform digital Majalah Nona; Youtube, Facebook dan laman web rasmi Majalah Nona.
Program Realiti Pencarian Makeup Artist Fabulous MUA ini berjumlah 6 episod dan akan bersiaran selang 2 hari. Save the Date! untuk menyaksikan episod seterusnya; Episod 2 (3 November – 8.00 malam), Episod 3 (6 November – 8.00 malam), Episod 4 (8 November – 8.00 malam), Episod 5 (10 November – 8.00 malam) dan Episod 6 (13 November – 9.00 malam).
Menurut Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak program ini adalah platform mencari makeup artist amatur untuk dilonjakkan namanya di bidang solekan dan keusahawan.
Pemenang Hadiah Utama akan membawa pulang Trofi, wang tunai RM6,000, barangan kemas Habib Jewels bernilai RM10,000, penginapan 2 hari 1 malam di Hotel Sunway Group, produk kosmetik tajaan FCC, produk penjagaan wajah tajaan Nafura, Beg tajaan O bag dan jambangan bunga tajaan Haejabudiman.Co.
Pemenang tempat kedua akan membawa pulang Trofi, wang tunai RM3,000, barangan kemas Habib Jewels bernilai RM5,000, penginapan 2 hari 1 malam di Hotel Sunway Group, produk kosmetik tajaan FCC, produk penjagaan wajah tajaan Nafura, beg tajaan O bag dan jambangan bunga tajaan Haejabudiman.Co.
Pemenang tempat ketiga akan membawa pulang sebuah Trofi, wang tunai RM2,000, penginapan 2 hari 1 malam di Hotel Sunway Group, produk kosmetik tajaan FCC, produk penjagaan wajah tajaan Nafura, beg tajaan O Bag dan jambangan bunga tajaan Haejabudiman.Co. Manakala pemenang hadiah saguhati akan membawa pulang Sijil Penyertaan, produk kosmetik FCC, produk penjagaan wajah Nafura dan barangan O bag.
Pertandingan ini dihoskan oleh Fiza Frizzy dan diadili oleh juri profesional iaitu Pengarah Urusan FCC, Ili Zawani Ismail dan Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak selaku juri tetap. Manakala juri jemputan untuk episod 1 ialah Makeup Artist Selebriti terkenal Deqsha, MUA Bellaz dan pelakon terkenal Zulin Aziz.
Setiap peserta akan diberi cabaran berbeza setiap minggu dan diberi masa hanya 1 jam untuk menyiapkan model mereka. Cabaran episod 1 ialah Secret Make Over. Lebih mencabar apabila model yang telah dipilih adalah model Plus Size dan peserta diuji sekali lagi apabila tidak boleh memilih model sebaliknya model yang memilih peserta.
Ketika sesi penjurian 9 peserta ini telah mempersembahkan hasil solekan mereka mengikut masa yang diberikan. Ada yang mendapat pujian juri dan tidak kurang juga yang dikecam sehingga menitiskan air mata.
PESERTA PERTAMA
Hasil Solekan EL MANDA berkonsepkan editorial majalahPESERTA KE-2Hasil Solekan SUZANA berkonsepkan mempertingkatkan kecantikan wajahPESERTA KE-3Hasil solekan UMMI KAYY berkonsepkan nude makeupPESERTA KE-4Hasil solekan ALBIN berkonsepkan muka depan majalah berinspirasi Robin HoodPESERTA KE-5Hasil solekan ZUKIF berkonsepkan solekan minimalisPESERTA KE-6Hasil solekan ARDA DHIA berkonsepkan Arabian Doll LookPESERTA KE-7Hasil solekan SHAHZARD DUO berkonsepkan BollywoodPESERTA KE-8Hasil Solekan NIK ASWAT berkonsepkan Inspirasi Negeri KedahPESERTA KE-9Hasil Solekan WIRA berkonsepkan Summer Romanticism
Tahniah diucapkan kepada ShahZard Duo telah dipilih oleh Juri Profesional sebagai Pemenang Cabaran Episod 1. Manakala Zukif dan Ummi Kayy perlu berhati-hati untuk episod seterusnya kerana merupakan 2 peserta markah terendah tetapi beruntung kerana tiada penyingkiran pada episod ini. Bangkit di episod 2 ya!
Jangan lupa saksikan 9 peserta ini di episod akan datang pada 3 November 2019 jam 8.00 malam bertanding dalam Fabulous MUA Nona x FCC bagi merebut gelaran juara program realiti digital pencarian make up artist pertama di Malaysia ini. Fabulous MUA Nona x FCC bakal bersiaran menerusi platform digital Majalah Nona di Youtube, Facebook dan laman web rasmi Majalah Nona.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hujung minggu lalu, Yang Teramat Mulia (YTM) Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra dan isteri, Yang Bahagia Che Puan Sofie Louise Johansson berkenan berangkat ke Jajahan Tumpat, Kelantan.
Anggun dan segak mengenakan persalinan sedondon rona krim, keberangkatan tiba baginda dimulai di Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Tumpat dan disambut Ketua Jajahan dan isteri, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II dan isteri, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan NGO Kelantan, Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Kelantan dan isteri, Pengelola Istana D’Raja Kelantan dan isteri, pegawai-pegawai serta kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.
Sebelum membuat lawatan seterusnya, baginda tuanku dan isteri turut diberi taklimat ringkas berkaitan perkembangan dan situasi semasa di Jajahan Tumpat oleh Ketua Jajahan, Timbalan Ketua Polis Tumpat dan Timbalan Pengarah Hospital Tumpat. Dalam pada itu, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra juga diraikan dengan Santapan Tengahari.
Usai bersantap, baginda tuanku berkenan berangkat ke kediaman Syazwan Najmi iaitu salah seorang rakyat Kelantan berusia 23 tahun yang menetap di Kampung Pak Keral, Tumpat. Kehidupan pemuda ini telah menarik perhatian baginda selepas kisah kematian isteri tercinta, Siti Nur Nasuha Safie kira-kira lima bulan lalu kerana mengalami komplikasi jangkitan kuman ketika melahirkan anak perempuan kembar pada 31 Mac lepas.
Difahamkan Syazwan menamakan bayi kembar mereka Medina Safiya dan Medina Sofiya sempena menunaikan hasrat arwah isterinya yang mahukan nama tersebut.
Namun, paling menarik perhatian rakyat adalah penampilan Che Puan Sofie yang sopan berbaju tradisi sambil duduk bersimpuh di atas lantai. Meskipun baru mendalami budaya masyarakat Melayu tetapi Che Puan Sofie yang dilahirkan di Sweden kelihatan tidak kekok berbuat demikian dan manis berselendang.
Berpeluang mendukung kedua-dua bayi comel ini, Dr Tengku Muhammad Fa-iz dan Che Puan Sofie turut menzahirkan kesedihan atas pemergian Siti Nur Nasuha di samping menyampaikan ucapan takziah dan mendoakan agar roh isteri Syazwan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beramal soleh. Sebelum berangkat pulang, baginda berdua berkenan meneruskan lawatan ke kilang memproses serunding di Tumpat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon jelita Korea Selatan ini sentiasa memukau dengan kecantikannya yang awet muda. Tidak sekadar bakat lakonan, pesona Song Hye Kyo juga terletak pada kulitnya...