Usia tidak membataskan fikiran. Sudah terang lagi bersuluh, anak muda ini berjiwa rakyat dan berhati patriotik. Setiap bibit bicaranya tidak pernah lari dari ungkapan ‘perjuangan anak muda’. Lantas, nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi suara inspirasi generasi muda, untuk terus memberi yang terbaik kepada bangsa, agama dan negara. 

Inspirasi Anak Muda Kekal Fit & Sihat, SYED SADDIQ Tolak Istilah ‘Tiada Masa Untuk Bersukan’

IKLAN

Lantang menyuarakan pendapat serta cekap menjalankan tugas, Syed Saddiq yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya ke-15 (PRU15) nanti, pasti memiliki jadual padat yang harus diutamakan, demi tanggungjawabnya yang sudah terpatri kepada negara. 

Namun, anak muda yang hampir mencecah usia 30-an ini tidak menjadikan kesibukan kerjanya sebagai penghalang untuk kekal sihat dan cergas. Malah dengan tanggungjawab dan amanah yang digalas menaikkan lagi semangatnya untuk sentiasa peka dengan kesihatan tubuh, agar sentiasa aktif dalam menjalankan tugas. 

Menurut Syed, ia adalah satu tanggungjawab penting untuk menjadi ‘role model’ kepada generasi muda di Malaysia untuk minat bersukan kerana ia amat penting untuk melahirkan masyarakat yang berkualiti.

RUTIN SENAMAN 4 KALI SEHARI

Inspirasi Anak Muda Kekal Fit & Sihat, SYED SADDIQ Tolak Istilah ‘Tiada Masa Untuk Bersukan’

Tujuan utama saya bukanlah hanya untuk mendapatkan bentuk badan yang fit semata-mata, namun ia lebih kepada mencorakkan gaya hidup yang sihat dan secara tidak langsung, dapat mengurangkan stres.

Peka dengan kesihatan tubuh badannya, Syed Saddiq bijak mengatur masa untuk memberi ruang kepada dirinya bersukan ataupun beriadah. Biarpun sementara, namun dia selesa dan berasa puas.

“Saya mempunyai rutin senaman yang dilakukan sebanyak empat kali sehari iaitu pagi, tengah hari, petang dan malam. Kebiasaannya, saya akan tidur pada jam 12 tengah malam ataupun satu pagi selepas melakukan senaman. Namun, ia bukanlah sejenis senaman yang berat, tetapi memberi kesan yang baik jika dilakukan berkali-kali,”kongsinya.

Tambahnya lagi, kebiasaannya, Syed Saddiq akan melakukan aktiviti larian sejauh lima kilometer yang mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk memastikan tubuhnya mengeluarkan peluh dan kekal segar. 

Inspirasi Anak Muda Kekal Fit & Sihat, SYED SADDIQ Tolak Istilah ‘Tiada Masa Untuk Bersukan’

IKLAN

MADU SUMBER VITAMIN 

Mengenai vitamin tambahan, Syed menjelaskan bahawa dia tidak mengamalkan sebarang vitamin malahan, mendapat sumber vitamin daripada pengambilan madu yang diambil setiap pagi. 

Umum juga tahu mengenai kebaikan madu. Saya menjadikan madu sebagai sumber vitamin tambahan. Pada waktu pagi, saya akan mengambil dua paket Nestum yang dicampur madu dan empat biji telur separuh masak.

Kongsinya lagi, dia turut mengakui bahawa dia merupakan seorang yang kurang makan nasi (nasi dalam kuantiti setengah atau suku sahaja) tetapi mengambil kuah ataupun lauk-pauk seperti ayam, daging dan ikan dalam kuantiti yang banyak. 

IKLAN

Inspirasi Anak Muda Kekal Fit & Sihat, SYED SADDIQ Tolak Istilah ‘Tiada Masa Untuk Bersukan’

SENAMAN SYED SADDIQ 

PAGI – 100 kali push up dan 100 kali sit-up. 

TENGAH HARI (jam 1 atau 2 petang) – 100 kali push up dan 100 kali sit-up (dilakukan walaupun di dalam pejabat). 

PETANG (jam 5 atau 6 petang selepas waktu bekerja) – 100 kali push up dan 100 kali sit-up.
MALAM (jam 10) – 100 kali push up dan 100 kali sit-up.
(Syed menasihati agar senaman di waktu malam dilakukan untuk beberapa jam sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti)

Sumber gambar: Instagram Syed Saddiq

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI