Setiap wanita tentunya mengimpikan busana yang indah untuk disarungkan. Lagi-lagi untuk menghadiri majlis dan event tertentu. Rekaan yang glamor, potongan yang cantik disulami dengan lataan jemeki dan batu permata pasti menjadi pilihan wanita untuk tampil lebih anggun.

Ads

Percikan rona sensasi dan terkini relevan untuk digayakan di abad ni dengan siluet menawan yang bakal memberikan nada elegan dan eksklusif yang tiada tara. Jom lihat 4 rekaan dari pereka terkenal yang boleh dijadikan inspirasi untuk evening gown anda!

1. ZUHAIR MURAD

Inspirasi ‘Evening Gown’ Dari 4 Pereka Terkenal, Memang Cantik! Inspirasi ‘Evening Gown’ Dari 4 Pereka Terkenal, Memang Cantik!

Pereka terkenal Zuhair Murad mempertaruhkan koleksi yang cukup romantis. Mengambil inspirasi dari era 1890s, Pereka yang cukup berbakat ini menterjemahkan ekspresi Gibson Girls Charles Dana melalui rekaan yang diolah menjadikannya lebih feminin. Tampak cukup eksklusif dan mewah, Zuhair Murad menggunakan fabrik lebih jarang dengan sulaman perincian manik dan jemeki. Suntikan bulu pelepah juga dapat dilihat yang memberikan mood klasik yang nyata.

2. RALPH & RUSSO

Inspirasi ‘Evening Gown’ Dari 4 Pereka Terkenal, Memang Cantik! Inspirasi ‘Evening Gown’ Dari 4 Pereka Terkenal, Memang Cantik!

Mengambil nafas dari dunia digital, pereka Ralph & Russo memperlihatkan rekaan cukup mewah buat koleksinya. Percikan rona anggun dengan perincian mengagumkan ternyata membuatkan semua hadirin terpukau dengan koleksi Ralph & Russo. Siluet klasik dengan suntikan moden ternyata memberi satu nada anggun yang tiada tara dan tentunya relevan untuk digayakan di abad ini. Pada koleksi kali ini, pereka menghasilkan koleksi yang cukup mewah yang menonjolkan kejelitaan seseorang wanita itu.

Ads

3. ELIE SAAB

Inspirasi ‘Evening Gown’ Dari 4 Pereka Terkenal, Memang Cantik! Inspirasi ‘Evening Gown’ Dari 4 Pereka Terkenal, Memang Cantik!

Ads

Pereka yang berasal dari Lubnan, Elie Saab sekali lagi membuat satu pertunjukan fesyen yang cukup luar biasa. Dengan koleksi yang tidak pernah menghampakan, pereka berbakat ini mengambil inspirasi dari siri drama ‘Game of Thrones’. Dengan suntikan kreatif, setiap helaian yang dihasilkan menghasilkan cetusan mewah dan eksklusif. Suntikan rona lembut dan fabrik berkualiti memberikan kesan eksentrik buat setiap helaian anggun ini.

4. GIAMBATTISTA VALLI

Inspirasi ‘Evening Gown’ Dari 4 Pereka Terkenal, Memang Cantik! Inspirasi ‘Evening Gown’ Dari 4 Pereka Terkenal, Memang Cantik!

Giambattista Valli adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen antarabangsa. Nama yang cukup besar ini sering membuatkan pelopor fesyen kagum dengan idea dan kreativiti hasil sentuhannya. Pereka tersohor ini menghimpunkan koleksi yang amat menawan. Penggunaan fabrik yang menarik dengan perincian minimalis memberikan kesan elegan buat setiap koleksi beliau. Biasan rona lembut dan suntikan perincian berbentuk 3D nyata padanan yang sempurna.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI