Begitu besar peranan rambut sebagai perhiasan semula jadi manusia. Tidak hairan jika rambut mendapat julukan mahkota atau tiara yang menyempurnakan keindahan bentuk wajah setiap insan, terutama wanita.
Helai demi helai rambut memberi refleksi kemilau sihat dan cantik agar memudahkan cara memilih gaya rambut yang seirama dengan busana mahu pun acara.
Rambut bukan sahaja melindungi kulit kepala daripada terdedah kepada anasir luar seperti kotoran dan pencemaran malah boleh menyerlah penampilan seseorang. Namun, akibat stres, pengambilan makanan yang tidak berkhasiat, perubahan cuaca, penggunaan produk penjagaan rambut yang tidak sesuai merupakan punca masalah rambut.
Memang benar masalah rambut tidak menjejaskan keadaan fizikal tubuh tetapi boleh mencacatkan penampilan, menurunkan keyakinan diri dan prestasi kerjaya merosot.
Oleh itu, sebaik-baiknya sebelum berlaku masalah rambut lebih baik mencegahnya dengan melakukan pemeriksaan rambut dan kulit kepala. Jika pemeriksaan kesihatan dilakukan setahun sekali, pemeriksaan kesihatan rambut begitu juga.
Secara purata, kulit kepala manusia mempunyai kira-kira 100,000 hingga 150,000 folikel rambut. Biasanya kita akan keguguran lebih kurang 100 helai rambut setiap hari. Apabila usia kita meningkat, pertumbuhan rambut kita mula menjadi perlahan. Bagaimanapun, sekiranya kita sentiasa keguguran lebih daripada 100 helai rambut sehari, kita perlu mendapatkan khidmat pakar rambut.
Bagi mengenal pasti keadaan rambut sebaik-baiknya jalani pemeriksaan rambut atau kulit kepala enam bulan sekali atau sekurang-kurangnya setahun sekali. Memandangkan kulit kepala boleh menimbulkan masalah kulit atau dermatologi, kesihatan kulit kepala penting untuk kesihatan rambut.
Ads
Pemeriksaan rambut atau kulit kepala membantu mengenal pasti isu berkaitan rambut seperti kecacatan umbi rambut, folikel tersumbat, penyahhidratan kulit kepala, longgokan natrium, daki, jangkitan kulat dan bakteria dan kekurangan pemakanan.
MASALAH RAMBUT
(1) Rambut kering atau rapuh
Menandakan kekurangan protein, vitamin A, sulfur, silikon atau zink dan hormon tiroid tidak seimbang.
Menandakan kekurangan asid lemak penting, vitamin B6, magnesium atau zink dan pertumbuhan hormon yang tidak seimbang.
(4) Rambut cepat beruban
Ads
Disebabkan oleh tekanan dan ketidakseimbangan testosteron, hormon pertumbuhan atau ACTH (hormon pituitari).
(5) Masalah kulit kepala (seperti kelemumur, seborea, psoriasis)
Menandakan jangkitan kulat, yang dipercepatkan oleh diet tinggi karbohidrat, gangguan keimunan sistemik, tahap tekanan yang tinggi dan kekurangan Vitamin B, zink, biotin, selenium atau kuprum (lebih-lebih lagi jika sensitif kepada matahari).
(6) Keguguran rambut (bertompok-tompok)
Disebabkan oleh keracunan logam, kekurangan asid folik & zink, dan ACTH atau kortisol tidak seimbang.
(7) Keguguran rambut (secara berlebihan)
Menandakan kekurangan pengaliran atau pengedaran darah ke kulit kepala. Ini juga boleh bermakna kekurangan protein, asid lemak penting, Vitamin B, silikon dan zink & pertumbuhan tidak seimbang hormon tiroid dan hormon pertumbuhan (terutama sekali jika keguguran rambut berlaku secara menyeluruh).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam banyak-banyak serum pencerah, mana satu paling tepat untuk kulitmu; Adakah yang viral di media sosial atau yang dirumus dengan kepakaran sains? Alang-alang membeli, pilihlah yang selamat seperti produk Dermistry+ Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum untuk kulit yang lebih sihat serta cerah bercahaya.
Sains di sebalik keserian kulit adalah bahan aktif yang benar-benar berfungsi. Walaupun ada bermacam pilihan serum pencerah di pasaran, namun tidak banyak yang dihasilkan oleh pakar serta menepati standard farmaseutikal seperti Dermistry+.
Bagi wanita yang mendambakan kulit cerah, Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum diperkaya dengan bahan-bahan penting serta terbukti efektif untuk menjadikan wajah tampil menakjubkan. Nak tahu rumusan sains di sebaliknya?
SINERGI
Terdapat dua bahan utama yang digunakan iaitu Vitamin A (Retinol) dan Vitamin C. Gabungan kedua-dua bahan ini membantu untuk mengatasi tanda-tanda penuaan disamping memberikan efek kulit yang segar.
Pasukan penyelidik Rohto telah merumus serum ini dengan teliti bagi mengimbangi kepekatan bahan aktif Vitamin A (Retinol) dan Vitamin C dalam satu produk hebat. Sinergi dua bahan ini melengkapi impian anda untuk memiliki kulit cerah bercahaya.
Serum Dermistry+
Teknologi Serum:
1. 0.1% Retinol – Memperbaiki Kulit Kusam & Kasar
Memperbaharui sel kulit untuk menyerlahkan tona yang lebih berseri.
2. 5% Niacinamide – Menghilangkan Kesan Jerawat & Bintik Gelap
Bahan pencerah yang sangat berkesan untuk menghilangkan bintik gelap dan kesan jerawat bagi mendapatkan tona kulit yang lebih sekata.
3. 5% Vitamin C – Mencerahkan & Menyekatakan Tona Kulit
Antioksidan yang meresap jauh kedasar kulit, memberikan kilauan dan meningkatkan kecerahan semula jadi.
4. Bebas daripada derivatif haiwan, alkohol, paraben, pewarna, pewangi, minyak mineral, silikon, dan MIT. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Serum Dermistry+
Kebanyakan produk penjagaan kulit di pasaran mengandungi bahan Vitamin C. Namun terdapat banyak jenis derivatif Vitamin C dan tidak semuanya berkesan ke atas kulit. Untuk menguji keberkesanan Vitamin C, anda boleh membuat uji kaji ringkas menggunakan iodin.
Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum mengandungi 5% Vitamin C, sejenis antioksidan berkuasa untuk membantu mencerahkan kulit.
Titikkan serum ini ke dalam iodin dan saksikan ia berubah menjadi jernih dalam beberapa saat. Mengagumkan! Lebih cepat ia bertukar jernih bermaksud lebih baik kuasa antioksidan di dalamnya.
Testimoni
Ramai pengguna telah mencuba sendiri Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum dan menyaksikan perubahan dramatik dalam masa 14 hari. Bayangkan kulit makin sihat dan cerah!
Satu produk dengan kesan yang menakjubkan. Ia juga telah diuji secara klinikal berkesan:
Kulit lebih cerah 87%
Garis halus dan kedutan berkurangan 87%
Mengurangkan kedutan crow’s feet secara efektif dalam 14 hari 7.76%
Tanpa bahan-bahan kimia yang merosakkan sel, Dermistry+ cukup disegani dalam menguruskan masalah kulit sukar dirawat. Sesuailah dengan nama Dermistry+ itu sendiri, yang bermaksud dermatology dan chemistry, atau ‘Pakar Serum’ kerana keberkesanannya.
Dermistry+ Concentrate Booster Serum kini boleh didapati di gedung farmasi Watson’s, selain melalui platform online seperti Lazada dan Shopee pada harga RM90. Layari platform Dermistry+ untuk pembelian sekarang!
Orang yang disenangi lazimnya dikenali melalui tahap kebersihan dirinya. Selepas itu barulah cara percakapan dan pemikirannya yang membuatkan seseorang selesa untuk didampingi.
Terdapat 4 hal penting yang mesti dititikberatkan oleh setiap wanita pada tubuh badannya.
Kebersihan Mulut
Jangan menganggap remeh soal bau dan kesihatan di dalam mulut. Sebab, bau mulut boleh menjadi halangan dalam pergaulan. Bau mulut juga boleh membuat seseorang menjadi tidak percaya diri dan menghalang dirinya untuk bergaul.
Lebih-lebih lagi jika masalah bau mulut dialami oleh wanita. Bau mulut boleh terjadi berdasarkan apa yang anda makan. Lokasi dimana adanya sisa-sisa makanan yang menjadi punca gigi berbau.
Namun jangan merasa bimbang kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Bau mulut boleh dielakkan dengan cara memilih makanan yang membantu mengurangkan bau mulut.
Kunyah epal atau lobak setiap hari akan membuat nafas anda menjadi lebih segar dan harum.
Minum teh hijau baik teh atau yang bercampur dengan bahan lain akan membantu. Teh hijau mengandungi catechin yang mampu membunuh bakteria di mulut, menghilangkan gula dari plak dan menghilangkan bakteria penyebab bau mulut.
Keju mampu melindungi enamel gigi dan menghasilkan air liur atau saliva serta membunuh bakteria penyebab plak gigi bahkan penyakit gusi.
Penggunaan air putih adalah cari terbaik untuk merangsang saliva (air liur). Berkumur tiap membantu mengeluarkan kotoran yang ada di celah gigi dan penyebab bau mulut. Jadi, jangan lupa minum 8 gelas setiap hari.
Mulakan jaga kesihatan mulut anda. Gosok gigi salah satu daripadanya. Hal remeh namun penting ini jangan lupa dilakukan minima 2 kali sehari selepas makan. Tetap sihat, tetap positif.
Hindari Mata Penat
Lingkaran hitam di bahagian mata setelah penat bekerja membuat penampilan tidak maksima di malam hari. Cara yang praktikal ialah tekap mata dengan uncang teh yang sudah disejukkan selama kurang lebih 15 minit sebelum menyolekkan kembali mata.
Tip: Apabila anda memiliki waktu memilih teh celup, pilih yang mengandung chamomile agar kulit sekitar mata lebih segar dan terlihat sihat.
Bibir Berry Menggoda
Pancarkan daya tarikan sensual dengan warna bibir menyerupai warna berry. Dijamin penampilan anda bakal mencuri perhatian.
Tip: Sebelum menukar warna gincu untuk makan malam, pastikan kondisi bibir benar-benar bersih dan kelembapannya terpelihara. Jangan lupa gunakan lipbalm untuk mengelakkan bibir daripada pecah-pecah dan kering.
Aroma Memikat
Pilih pewangi yang memiliki aroma segar sekali gus memberi kesan feminin seperti aroma bunga mawar. Selain serasi untuk menemani suasana majlis malam hari juga sesuai untuk disemburkan di waktu siang hari kerana baunya yang tidak terlalu menyengat.
Tip: Gunakan pewangi sekadar perlu dengan menyemburkan sedikit di bahagian belahan dada, belakang telinga dan pergelangan tangan. Dan diulang sembur ketika mahu ke majlis makan malam pula. Agar lebih praktikal, pilih pewangi yang berukuran kecil dan mudah untuk dibawa. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi wanita khususnya yang dah berkahwin, saat berjumpa pastinya pelbagai topik dibualkan antaranya tentang kecantikan, fesyen dan kesihatan.
3 sahabat iaitu Yna Sakinah, Erin Leola dan Nurul MF berkongsi rutin kecantikan mereka bersama Majalah NONA. Bergelar jurusolek selebriti menuntut mereka agar sentiasa menjaga penampilan dan kecantikan.
YNA SAKINAH
Bagi Sakinah Alfakhri yang merupakan jurusolek profesional berusia 33 tahun ini, definisi kecantikan sangat subjektif. Baginya, kecantikan harus seimbang dari segi dalaman mahupun luaran. Memiliki kesihatan badan yang baik, penampilan yang menarik, tingkah laku yang baik, percakapan yang baik dan bijak antara ciri-ciri kecantikan dalaman.
“Kecantikan dalaman paling penting dijaga kerana ia permulaan untuk keseluruhan kecantikan luaran kita. Amalkan makanan seimbang agar kulit lebih cantik dan berseri. Manakala kecantikan luaran hanya perlu ditambahkan dengan solekan sederhana bagi menaikkan seri wajah.
Saya sentiasa membawa kit solekan dari produk saya sendiri. Set solekan tersebut sudah lengkap dengan gincu, pembayang mata, pemerah pipi, bronzer, highlighter dan eyebrow pencil di dalam satu palet. Saiznya juga sangat comel memudahkan saya membawanya ke mana-mana contohnya terpaksa bekerja luar kawasan.
Saya jarang ke spa namun tetap mementingkan kesihatan badan. Saya mempunyai tukang urut sendiri yang datang ke rumah setiap bulan untuk mengurut termasuk memberi saya minuman jamu. Berurut sangat bagus untuk wanita yang terlalu penat bekerja bagi melancarkan peredaran darah, mengurangkan ketegangan urat yang bengkak, memanaskan dalaman badan serta kesuburan.”
NURUL MF
“Apa sahaja yang nampak manis, semula jadi dan sejuk mata memandang itulah definisi kecantikan sebenar buat saya. Bagi saya kecantikan dalaman paling penting untuk dijaga kerana ia permulaan keseluruhan kecantikan luaran kita. Amalan pemakanan seimbang juga penting agar kulit kelihatan cantik berseri.
Saya sentiasa mengamalkan pengambilan sesudu madu asli sebaik sahaja bangun tidur pada waktu pagi. Selain itu saya turut mengamalkan makan buah delima dan sayur-sayuran khusus untuk kecantikan dan kesihatan dalaman.
Saya juga mengamalkan minum satu liter air kosong setiap hari di samping sesudu madu dan sesudu minyak zaitun. Khasiatnya sangat banyak antaranya ialah saya dapat mengekalkan kulit yang sihat, bersih, lembap serta gebu,” kongsi Nurul Maizatul Farazila Abd Rahman yang juga merupakan jurusolek profesional berusia 36 tahun.
ERIN LOLA
Setiap wanita sukakan kecantikan. Namun begitu kecantikan biasanya didefinisikan dari sudut yang berbeza. Kecantikan itu juga datangnya daripada keyakinan diri yang kuat. Di samping itu, kecantikan juga membawa maksud sihat dan bersih.
Begitulah pendapat Erin Leola, wanita berusia 35 tahun. Turut bergelar jurusolek profesional, Erin berpendapat kecantikan luaran penting dari aspek kekemasan diri dan juga cara seseorang membawa diri.
“Keyakinan yang tinggi untuk merasa cantik juga perlu datang dari hati yang ikhlas dan jujur. Untuk cantik luar dan dalam mudah sahaja iaitu kita perlu sentiasa membersihkan hati untuk menjadi lebih baik hari demi hari.
Saya sememangnya tidak mengamalkan sebarang petua tradisional sama ada untuk kecantikan mahupun kesihatan. Apa yang penting saya mengamalkan rutin kecantikan secara teratur dengan penggunaan produk yang betul. Saya sendiri lebih selesa menggunakan produk kecantikan jenama sendiri.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.