Sambutan Aidilfitri di luar negara sememangnya agak berbeza suasananya jika dibandingkan kemeriahannya di tanahair. Namun begitu, kemeriahan Syawal masih dapat dirasai sekiranya dikelilingi keluarga tercinta.

IKLAN

Buat penyanyi yang terkenal dengan lagu Kembali, Intan Sarafina, tahun ini dia dan keluarganya meraikan sambutan Aidilfitri di Finland memadangkan suaminya, Iskandar Ezzahuddin Dr Ahmad Zulkiflee kini bertugas di sana.

INTAN SARAFINA Sambut Aidilfitri Di Finland. Rona Merah Jambu Jadi Pilihan Di Pagi Raya!

Menerusi hantaran terbaharu di laman Instagram miliknya, ibu kepada 3 cahayamata ini menyampaikan ucapan aidilfitiridi perantauan di mana mereka sekeluarga mengenakan baju tradisional rona merah jambu sempena Syawal tahun ini.

INTAN SARAFINA Sambut Aidilfitri Di Finland. Rona Merah Jambu Jadi Pilihan Di Pagi Raya!

Untuk rekod, Intan Sarafina mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin pada Oktober 2008. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, 14, Megat Ifrafel Raez, 12 dan Megat Noah Raez 9 tahun.

Difahamkan, keluarga ini sudah menetap di Finland sejak tahun lalu dan kali ini menyambut Ramadan dan syawal di Finland. Intan Sarafina pernah menyertai rancangan Gegar Vaganza 3 dan muncul dengan single diberi judul ‘Jika Aku Untukmu’.

INTAN SARAFINA Sambut Aidilfitri Di Finland. Rona Merah Jambu Jadi Pilihan Di Pagi Raya!

IKLAN

Pada usia 40-an, bekas pramugari ini mendedahkan amalan yang menjadi rutin kegemarannya untuk kekal sihat dan aktif.  Menurutnya, selepas melahirkan anak ketiga, dia lebih memberi perhatian terhadap aspek kesihatan  dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.  Antara rutin yang sering diamalkan termasuklah senaman seperti indoor cycling dan running.

INTAN SARAFINA Sambut Aidilfitri Di Finland. Rona Merah Jambu Jadi Pilihan Di Pagi Raya!

IKLAN

 

INTAN SARAFINA Sambut Aidilfitri Di Finland. Rona Merah Jambu Jadi Pilihan Di Pagi Raya!

Meskipun menetap di negara beriklim sejuk, pelantun lagu Duhai Malam ini tetap meneruskan rutin senamannya untuk mengekalkan stamina dan memastikan kesihatan dirinya dalam keadaan yang terbaik.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI