Ads

Iras Acha Septriasa, Ezzaty Abdullah Bahagia Jadi Ibu 3 Anak & Syukur Berjaya Khatam Al-Quran!

Ezzaty Abdullah Isteri Azwan Kombos Khatam Al-Quran
Ezzaty Abdullah Isteri Azwan Kombos Khatam Al-Quran

Orangnya memang cantik dan tidak lekang dengan senyuman. Sepanjang bergelar anak seni, jarang dengar cerita kurang enak mengenai Ezzaty Abdullah. Bahkan bakat lakonannya juga mendapat perhatian peminat seni tanah air.  

Meniti usia 36 tahun, raut wajah memikat yang dimiliki Ezzaty sering meraih perhatian ramai. Malah, ada yang mengatakan aktres ini mempunyai wajah iras pelakon popular Indonesia iaitu Acha Septriasa.  

Artikel https://www.nona.my/niat-mahu-jadi-lebih-baik-sharifah-aryana-tampil-berhijab-berharap-agar-imej-baharu-ini-kekal/

Kehidupan Bahagia Ezzaty Abdullah

Iras Acha Septriasa, Ezzaty Abdullah Bahagia Jadi Ibu 3 Anak & Syukur Berjaya Khatam Al-Quran!

Iras Acha Septriasa, Ezzaty Abdullah Bahagia Jadi Ibu 3 Anak & Syukur Berjaya Khatam Al-Quran!

Tahun ini perkahwinan Ezzaty Abdullah dengan pelakon Azwan Kombos mencecah usia 10 tahun. Pasangan romantis berkenaan sah disatukan sebagai suami isteri pada 16 Julai 2016.  

Ads

Sejak mendirikan rumah tangga, bintang filem Anak Mami Nasi Kandaq ini dilihat memperlahankan karier seni. Namun kembali aktif berlakon apabila anak-anak sudah besar. Selain berlakon, Ezzaty juga menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan secara online.  

Mengikuti perkembangan terbaharu Ezzaty Abdullah di media sosial, suri hati Azwan Kombos berkenaan meluahkan rasa syukur kerana berjaya menghabiskan bacaan Al-Quran pada Ramadan tahun ini.  

Lebih istimewa, ia jatuh pada hari Nuzul Quran iaitu 7 Mac 2026.  

Ads

Iras Acha Septriasa, Ezzaty Abdullah Bahagia Jadi Ibu 3 Anak & Syukur Berjaya Khatam Al-Quran!

Kongsinya, “Alhamdulillah dapat khatam pada hari Nuzul Quran. Allah bagi cuti 5 hari rupanya sebab nak saya khatam hari ini. Allah bagi cuti 5 hari rupanya sebab nak saya khatam hari ini. Sesungguhnya rancangan Allah lebih baik.  

Lesson learnt, kita hanya mampu merancang dan berharap sambil berdoa. Tapi kalau bukan waktu yang sesuai, sabarlah. Allah lebih tahu bila waktu yang sesuai untuk dimakbulkan doa-doa dan hajat kita. InsyaAllah.”

Ads

Rumah Tangga Ezzaty Abdullah & Azwan Kombos

Mengintai kehidupan selebriti ini, Ezzaty Abdullah yang kini bergelar ibu kepada tiga cahaya mata turut sibuk dengan rutin harian seperti kebanyakan kaum ibu lain.

Iras Acha Septriasa, Ezzaty Abdullah Bahagia Jadi Ibu 3 Anak & Syukur Berjaya Khatam Al-Quran!Iras Acha Septriasa, Ezzaty Abdullah Bahagia Jadi Ibu 3 Anak & Syukur Berjaya Khatam Al-Quran!Iras Acha Septriasa, Ezzaty Abdullah Bahagia Jadi Ibu 3 Anak & Syukur Berjaya Khatam Al-Quran!Di samping sibuk dengan jadual seni dan penggambaran, Ezzaty juga tidak lupa menggalas tanggungjawab sebagai ibu. 

Rumah tangga Ezzaty dan Azwan Kombos lebih bermakna dengan kehadiran tiga orang anak iaitu Harum Dalia berusia sembilan tahun, Ahmet berumur empat tahun dan Armin kini berusia setahun. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Ayana Jihye Moon Sambung Master di Oxford, Mahu Lebih Ramai Pemimpin...

Ayana Jihye Moon sambung Master di Oxford selepas menerima beberapa tawaran universiti dunia. Kisah inspirasi mualaf Korea ini mahu melahirkan lebih ramai pemimpin Muslim berilmu.