Ads

It Takes Effort To Be Effortless! 4 Kebiasaan Ini Boleh Membuatkan Anda LEBIH DISENANGI

Menjadi diri sendiri, tidak rumit dan membuat orang lain selesa bila bertemu kita adalah ciri-ciri wanita effortless yang disukai ramai.

Orang-orang effortless ini bukan saja tidak menyusahkan dirinya, malah tidak mustahil disayangi ketua, pasangan atau mempunyai ramai rakan-rakan dalam lingkungan sosial mereka.

Bagaimana untuk menjadi seseorang yang disukai? Sure it takes effort to be effortless! Ini dia 4 kebiasaan yang boleh anda amalkan sekarang.

(1) Mudah Tersenyum

Suka tersenyum, tidak kira di mana-mana pun boleh membuat anda terlihat lebih mesra dan ramah. Lelaki juga sebenarnya sangat menyukai wanita yang murah senyuman.

Ads

Malah jika terserempak dengan anda, pasti si dia tertunggu-tunggu bilakah anda akan tersenyum seperti biasa. Jadi, cubalah untuk selalu menghadiahkan senyuman pada setiap orang.

(2) Tidak Terkongkong Dengan Imej

Bukan bererti tak perlu berfesyen tapi jadilah seseorang yang natural atau tak terlalu menjaga imej. Anda masih seharusnya bersopan santun tapi jangan pernah berpura-pura bila hati tak ikhlas melakukannya. Yang penting, jangan berlebihan dalam apa pun!

Ads

(3) Cantik Fizikal & Mental

Penampilan yang sempurna sudah tentunya menjadi daya tarikan diri anda, tapi cantik di mata saja tidak cukup. Kebanyakan orang melihat kecantikan sebenar daripada gaya berfikir, menyelesaikan masalah, kematangan, keprihatinan dan keperibadian yang baik.

Ads

Pastikan kecantikan anda selari dengan kata-kata yang tersusun dan pemikiran yang cerdas. Belajarlah banyak perkara kerana ia menjadikan anda lebih menarik bila berpengetahuan tinggi!

(4) Menerima Seadanya

Tidak banyak orang yang boleh berkompromi namun kalau anda mampu menjadi seseorang yang boleh bertoleransi terhadap kekurangan orang lain, pasti membuatkan mereka tenang apabila bersama anda.

Terimalah kekurangan orang lain sepertimana kita sendiri yang memiliki banyak kekurangan diri. InsyaAllah anda akan disenangi oleh semua orang. Norzalina Mohd Alias

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Datuk Nicol David Kagum Semangat Ibu Yang Juga Bekas Guru

Anak Bekas Guru, Datuk Nicol David Kagum Semangat Ibu Kerja Demi...

Ketika kecil Datuk Nicol David terinspirasi dengan semangat ibunya yang berjuang membesarkan anak-anak dan membantu keluarga. Enggan menyusahkan kedua-dua ibu bapa, bekas ratu skuasy ini nekad memberikan yang terbaik kepada mereka di samping menjadi seorang anak yang membanggakan.