Siapa yang tidak mengenali pelakon jelita dan berbakat besar, Hannah Delisha yang mulai popular menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer bersama Syafiq Kyle yang berjaya meledakkan namanya suatu ketika dahulu, seterusnya menjadikan Hannah salah seorang dramatis dambaan penerbit dan pengarah tempatan. Dan pada tahun 2020, Hannah mengumumkan yang dia mula memakai tudung dan berkongsi berita penghijrahan dalam laman sosial Instagram miliknya.
Namun menerusi tembual eksklusif Hannah bersama Hlive semalam, Hannah mengakui bukan mudah untuk dirinya menepis godaan-godaan tertentu selepas dirinya membuat keputusan untuk bertudung, malah banyak cabaran yang harus ditempuhi sebagai seorang wanita seperti Hannah yang cuba untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Malah Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch mengambil keputusan untuk tidak menghakimi selebriti wanita yang membuka tudung atau tidak lagi berhijab.
“I think at the end of the day kita semua manusia biasa. Ada masanya kita akan rasa macam iman kita kuat, ada masa macam kurang. Bagi I, ada juga rasa bila I shooting outdoors kemudian tengok bestnya tengok mereka pakai dress, dengan rambut merebang, tak panas semua. Tapi bagi saya, ini adalah keputusan yang saya buat jadi just go along with it.”
Ads
Malah Hannah sentiasa berfikiran positif dan menganggap ini satu pelajaran baru dalam kehidupannya. “Saya juga cuba untuk tidak memikirkan sangat, tapi its normal lah dan saya percaya ramai yang berhijab pasti akan rasa kan best kan kalau dapat free hair balik macam dulu.
Masa I berhijab, I ada baca komen netizen meminta I agar kekal istiqamah tapi senang untuk cakap, tapi bila you dah bertudung, nak fahami maksud istiqamah itu sangat mendalam maksudnya. You tak kan faham until you berhijab baru you akan faham..owh sebab itulah netizen komen seperti itu, kerana istiqamah itu bukannya mudah”.
Ads
Untuk rekap Hannah sudah berkahwin dengan pelakon, Imam Shah pada 18 Februari 2021 setelah 5 tahun mereka menjalin hubungan bersama.
NONA mendoakan semoga Hannah terus kuat melayari kehidupan dan kekal istiqamah dalam penampilannya. You can do this Hannah!
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa itu bahagia? Kalau diajukan soalan ini kepada sesiapa sahaja pasti bermacam-macam jawapan dapat di dengar. Namun yang pasti, setiap orang menginginkan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing. Meraih kebahagiaan menjadi impian setiap pasangan. Kebahagiaan itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha.
Pilihan di tangan anda sendiri sama ada untuk merasa bahagia atau sebaliknya. 25 tip berikut boleh dijadikan panduan buat anda dan pasangan untuk hidup bahagia:
Tunjukkanlah sokongan emosi kepada pasangan anda.
Khabarkan dan nikmatilah kisah-kisah kejayaan bersama.
Selalu setia kepada pasangan anda.
Ciptakan satu suasana yang harmoni dan tenang di kediaman anda berdua.
Sentiasa menghormati dan menjaga hak privasi pasangan.
Sentiasa memanggil pasangan dengan nama sebenarnya.
Jadikan pasangan sebagai orang kepercayaan anda. Jangan mudah menceritakan rahsianya kepada orang lain.
Memberikan kad ucapan, hadiah atau sekadar ucapan sebagai tanda ingatan di hari ulang tahun perkahwinan anda berdua.
Sentiasalah berada di sisi pasangan tika susah mahupun senang.
Berbicaralah dari hati ke hati dengan pasangan tentang perasaan masing-masing. Selesaikan masalah bersama-sama secara berhemah.
Maklumkan kepada pasangan tentang jadual kerja mahupun perjalanan anda.
Menerima rakan-rakan pasangan dengan baik.
Jangan mencela pasangan di khalayak ramai.
Mintalah nasihat mahupun pandangan daripada pasangan anda.
Banyakkan berbicara soal agama, politik, seks dan kematian bersama pasangan.
Tataplah mata pasangan saat anda berbicara dengannya.
Sentiasa berbincang soal kewangan bersama pasangan.
Sentiasa memberikan sentuhan kepada pasangan.
Sentiasalah bergurau senda dan saling menggoda pasangan bagi menyemarakkan perasaan cinta dan kasih.
Mintalah pertolongan daripada pasangan jika anda memerlukan.
Tunjukkan kepada pasangan jika anda sedang bersedih, risau atau kecewa.
Sentiasa bersedia memberi pertolongan mahupun pujian kepada pasangan.
Usahlah diungkit kisah lalu apatah lagi yang negatif. Apa pun, segala yang sudah terjadi telah selesai!
Buang rasa cemburu yang tidak bertempat. Cemburu ibarat racun yang boleh membunuh hubungan anda berdua secara senyap. Mencintai adalah memiliki rasa percaya terhadap pasangan.
Jaga komitmen antara satu sama lain. Menjaga kepercayaan dan saling menghormati adalah bentuk komitmen dari sebuah hubungan yang sihat. Usah berjanji jika anda tidak mampu memenuhinya. Ia akan mengurangkan rasa hormat pasangan terhadap anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terkejut tengok penangan peminat Shah Rukh Khan sempena ulang tahun kelahiran ke-57 lagenda muzik India tersebut. Mana tidaknya, perkarangan kediaman Shah Rukh Khan penuh dengan lautan manusia yang meraikan hari lahir selebriti kesayangan mereka ini.
Tak sangka, dengan usia hampir mencecah 60 tahun populariti Shah Rukh Khan kekal utuh meskipun dengan kehadiran ramai pelakon lelaki baharu di India. Luar biasa!
Sekali imbas dah macam peminat datang konsert bila perkongsian video Shah Rukh Khan di media sosialnya bertebaran di alam maya.
Patutlah suami kepada usahawan Gauri Khan ini mempunyai pengaruh besar di sana, lihat sahaja sokongan masyarakat terhadapnya.
Kongsi bapa tiga anak ini, “The sea of love as I see it. Thank u all for being there and making this day ever so special. Gratitude and only Love to you all.
It’s so lovely to live in front of the sea. The sea of love that spreads all around me on my birthday. Thank you. Grateful for making me feel so special and happy.”
Shah Rukh Khan dilahirkan pada 2 November 1965 di New Delhi, India. Aura Shah Rukh Khan bukan hanya di negara kelahirannya malah dia turut mempunyai sejumlah besar peminat di Malaysia.
Antara filem lakonannya yang pernah mencetus fenomena termasuk Kuch Kuch Hota Hai, Dilwale Dulhaniya Le Jayenge dan Mohabbatein.
Shah Rukh Khan dan Gauri bergelar suami isteri selama lebih tiga dekad dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aryan, Suhana dan AbRam Khan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Viral semalam apabila tersebar kisah tiga kanak-kanak ini yang dikatakan telah diabaikan tanpa penjagaan oleh ibu bapa mereka di rumah.
Kes yang berlaku di Larkin, Johor Bahru tersebut mendedahkan keadaan daif mereka yang tidak berpakaian dan menangis berjam-jam. Turut ditemui sebuah telefon bimbit yang uzur dan berbahaya tanpa penutup belakang sebagai ‘permainan’ kanak-kanak tersebut.
Lebih menyedihkan, kelihatan sebuah periuk nasi yang ‘disimbah’ kicap sebagai makanan mereka bertiga. Sisa yang hanya tinggal kerak nasi itu dipercayai menjadi makanan kanak-kanak tersebut ketika lapar.
Dalam perkembangan terbaru, dikatakan semua kanak-kanak ini telah mendapat pembelaan Jabatan Kebajikan Masyarakat apabila pihak berkuasa bertindak pantas selepas menerima aduan. Kini mereka telah dipindahkan ke pusat jagaan kanak-kanak di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Justeru sebagai anggota masyarakat, Nona ingin menyeru kepada semua pembaca yang prihatin supaya selalu memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Ambil tahu keadaan jiran tetangga dan ringankan tangan berbahagi rezeki.
Kita tak tahu nasib orang di balik pintu, kerana mereka yang tersenyum di hadapan kita mungkin juga sedang menangis saat kita berpaling meninggalkan mereka.
Walau bagaimanapun, masih terkesan di fikiran Nona kes arwah Muhammad Firdaus Dullah, seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 16 tahun yang ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak terurus. Arwah meninggal akibat sawan selepas diselamatkan.
Penemuan Firdaus pada Jun 2014 itu menggemparkan negara kerana ditemui dalam keadaan menyayat hati di kediaman keluarganya di Taman Semarak, Nilai. Dia ditemui oleh pasukan Imigresen yang menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan tersebut. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Living legend! Siapa masih ingat lagi penyanyi bersuara germersik ini?
Inilah penampilan terkini Krisya yang popular dengan lagu ‘Gemersik’ pada era 90-an.Setelah tujuh tahun menetap...