Untung Dr Azura Abas! Bukan saja dikurniakan suami penyayang dan kacak, malah cukup menghargai isteri. Tak semua lelaki bergelar suami berjiwa romantik macam Dr Say Shazril.

IKLAN

Apatah lagi mampu menghadiahkan isteri tercinta dengan kereta mewah!

Menerusi perkongsian Dr Say di Instagram miliknya baru-baru ini, selebriti kesihatan yang juga model tersebut memuat naik gambar dan video ketika memberi kejutan istimewa berkenaan buat Dr Azura.

Difahamkan bukan calang-calang kereta yang diberikan Dr Say. Harga bagi sebuah kereta Jaguar I-Pace mencecah hampir setengah juta ringgit!

Jadi Owner Jaguar I-Pace Ke-3 Di Malaysia, Dr Azura Tergamam Dapat Kejutan Kereta Mewah Dari Suami!
Kredit Instagram @say_shazril

Anniversary kami yang ke-9 was 30 Mac baru-baru ni dan birthday bini this coming 30 April. Saya ingat nak surprisekan dia masa anniversary tapi loan lambat approve maka saya surprisekan dia hari ni.

Her reaction was priceless, hampir terduduk dibuatnya. Alhamdulillah bini adalah pemilik Jaguar I-Pace ketiga di Malaysia.”

Jaguar I-Pace ialah kenderaan utiliti premium sport (SUV) elektrik pertama sepenuhnya dari Jaguar di pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia. Ia baru dilancarkan pada hujung Mac lalu.

Memang betul-betul bertuah Dr Azura sebab jadi antara yang pertama memiliki kereta sport klasik Jaguar dengan mutu ciptaan serba mewah.

Baca https://www.nona.my/ada-masters-klinik-sendiri-kejayaan-ibu-2-anak-dr-azura-abas-cetus-inspirasi/

IKLAN
Jadi Owner Jaguar I-Pace Ke-3 Di Malaysia, Dr Azura Tergamam Dapat Kejutan Kereta Mewah Dari Suami!
Kredit Instagram @say_shazril
Jadi Owner Jaguar I-Pace Ke-3 Di Malaysia, Dr Azura Tergamam Dapat Kejutan Kereta Mewah Dari Suami!
Kredit Instagram @say_shazril
Jadi Owner Jaguar I-Pace Ke-3 Di Malaysia, Dr Azura Tergamam Dapat Kejutan Kereta Mewah Dari Suami!
Kredit Instagram @say_shazril

Ujar Dr Say, “Dalam kesempatan ini, I wanna thank you Azura Abas for being my advisor, photographer, videographer, content creator, mother to two little monsters, sentiasa berfikiran wise dan bermulut laser sebab tanpa you, I wouldn’t have achieved what I have achieved today.

Maka this is for you unny and I hope you like it sebab I love gila kereta ni.

IKLAN

Kenapa UG 44? Barulah ‘U Go Azura Abas’ sebelah dengan UG 55 ‘U Go Say Shazril’. Love you so much Hun.”

Pada Ogos tahun lalu, Dr Say berjaya memiliki kereta idamannya iaitu Jaguar F-Pace. Kini dia pula menghadiahkan jenama kereta mewah itu kepada isteri tercinta dengan no plat kenderaan yang hampir sama.

Jadi Owner Jaguar I-Pace Ke-3 Di Malaysia, Dr Azura Tergamam Dapat Kejutan Kereta Mewah Dari Suami!
Kredit Instagram @say_shazril
Jadi Owner Jaguar I-Pace Ke-3 Di Malaysia, Dr Azura Tergamam Dapat Kejutan Kereta Mewah Dari Suami!
Kredit Instagram @say_shazril
Jadi Owner Jaguar I-Pace Ke-3 Di Malaysia, Dr Azura Tergamam Dapat Kejutan Kereta Mewah Dari Suami!
Kredit Instagram @say_shazril

Dr Azura sah bergelar isteri Dr Shazril Shaharuddin pada 30 Mac 2014 selepas lebih lima tahun mengenali hati budi masing-masing. Mereka berkenalan ketika menuntut dalam jurusan dan tempat pengajian yang sama di India.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI