Pemilihan aksesori yang sempurna mampu menyerlahkan penampilan wanita. Pemilihan kalung atau rantai juga perlu diberi perhatian agar ia tampak sempurna buat diri dan personaliti anda.

IKLAN

Anda perlu mengenal pasti rantai yang sesuai dengan bentuk leher supaya ia kelihatan terletak dan seimbang. Sesungguhnya pemilihan rantai yang ideal boleh memberi impak menawan buat keseluruhan gaya anda. Nona kongsikan tip memilih rantai agar terlihat tepat dan sempurna mengikut bentuk leher anda!

(a) LEHER PENDEK

Jaga-Jaga Si Leher Pendek, Ini 4 Tip Memilih RANTAI SEMPURNA Mengikut Bentuk Leher Anda!

Wanita yang mempunyai leher pendek sesuai untuk menggayakan rantai yang berjuntai berbentuk V. Rantai jenis ini akan membuatkan leher anda tampak panjang dan jinjang. Selain itu, pilih rantai yang tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang dimana ia hanya sekitar 2 ke 3 inci di bawah tulang belikat anda.

(b) LEHER KURUS DAN PANJANG

Jaga-Jaga Si Leher Pendek, Ini 4 Tip Memilih RANTAI SEMPURNA Mengikut Bentuk Leher Anda!

Elakkan mamakai rantai berbentuk V kerana ia akan membuatkan leher anda terlihat panjang dan tidak seimbang. Anda boleh memilih rantai yang berbentuk melingkar di sekitar leher dan tidak menjuntai. Contohnya, pemilihan rantai mutiara yang melingkari leher cukup sesuai dan sempurna kerana bentuknya yang bulat akan memberikan keseimbangan buat penampilan anda.

IKLAN

(c) LEHER BESAR

Jaga-Jaga Si Leher Pendek, Ini 4 Tip Memilih RANTAI SEMPURNA Mengikut Bentuk Leher Anda!

IKLAN

Wanita yang mempunyai bentuk leher yang besar juga boleh memakai rantai, namun anda harus bijak memilih rantai yang sempurna. Rantai jenis berantai panjang dimana panjangnya melebihi 18 inci di bawah tulang belikat merupakan pilihan yang tepat.

(d) LEHER MELEBAR

Jaga-Jaga Si Leher Pendek, Ini 4 Tip Memilih RANTAI SEMPURNA Mengikut Bentuk Leher Anda!

Leher melebar ialah bentuk leher yang semakin mendekati tulang belikat. Pilih rantai yang panjang menjuntai dengan 24 inci di bawah tulang belikat untuk memberikan bentuk leher yang lebih seimbang. Sebaiknya, anda boleh memilih rantai yang nipis di bahagian atas dan semakin melebar di bahagian bawah. Fadhli Ismail

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI