Hidup ini memang banyak dugaan. Terpulang kepada kekuatan individu itu sendiri macam mana hendak menangani permasalahan yang melanda diri mereka. Instafamous Farah Lee misalnya, seorang wanita cekal yang sangat positif menerima takdir ilahi. Meskipun bergelar ibu tunggal namun status itu sedikit pun tidak menjejaskan dirinya untuk merasai nikmat Allah di dunia ini.

Sering berkongsi mutiara kata yang menyuntik semangat kepada kaum wanita sepertinya untuk kuat menjalani liku kehidupan, Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli merupakan pelajar di sebuah universiti di United Kingdom yang dalam masa sama aktif mengusahakan perniagaan busana miliknya, Omma & Esabel. Dalam kesibukan ‘berperang’ dengan pengajian dan perniagaan, graduan Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Inha, Korea Selatan ini juga adalah seorang ibu.

Tinggal bersama permata hatinya, Maream Esabel yang kini berusia 4 tahun di bumi UK… Farah dilihat cukup tenang meniti hari mendatang di samping anak kecilnya itu. Satu perkara yang berjaya menguatkan semangatnya untuk terus tabah adalah kerana sikap dan pemikiran Farah yang optimis. Walau apa pun, hidup tetap diteruskan!

Jangan Biarkan Orang Perlekeh Status Janda @ Anak Dara Tua, FARAH LEE Mahu Wanita Kagum Dengan Diri Sendiri!

Tulisnya di Instagram, “Macam mana nak buat orang respect dengan status anda sekarang adalah dengan anda sendiri respect status tersebut. Be it janda or anak dara tua or mandul or loser or whatever terms the ignorants gave you, be thankful for it. Kerna dalamnya terdapat banyak pengajaran, yang tak semua diberi merasa oleh Tuhan. Embrance and be you.”

Enggan mengaitkan posting tersebut dengan diri sendiri… Farah bagaimana pun menjelaskan ia adalah pandangan umum yang dibuat kepada segelintir masyarakat yang prejudis terhadap isu tersebut.

“Don’t get me wrong. It’s not about bawang-bawang well you know I memang usually pangkang je benda-benda tu and live my own life. What I meant was, some people rasa down dengan status mereka sekarang tambah dengan mulut bawang. Whatever they’re facing right now, is the best for them and they should embrace, and learn from the journey.

Because only them have the power to control themselves. Selagi diri malu dengan diri sendiri, selagi tu kita akan affected dengan mulut orang, malu nak bangkit berdiri lagi. Then they won’t heal.”

Jangan Biarkan Orang Perlekeh Status Janda @ Anak Dara Tua, FARAH LEE Mahu Wanita Kagum Dengan Diri Sendiri!

Jangan Biarkan Orang Perlekeh Status Janda @ Anak Dara Tua, FARAH LEE Mahu Wanita Kagum Dengan Diri Sendiri!

Dalam masa sama, Farah turut berharap agar masyarakat lebih sensitif terhadap isu penceraian orang lain dan tidak lagi mengeruhkan keadaan. Akuinya lagi, walaupun kini berstatus ibu tunggal… namun dia tetap bersyukur dan bahagia dengan kehidupan sekarang.

“99% orang yang suruh Omma cecepat kahwin atau kahwin balik dengan daddy tu dia tak pernah pun melalui fasa penceraian mahupun went through the struggle of saving a marriage. Sebab kalau dia pernah melalui, dia akan faham. Dan dia akan tahu, kata-kata itu sedikit pun tidak membawa kebaikan malah mungkin menyakitkan. Omma bersyukur Omma melaluinya, jadi Omma faham dan takkan buat orang lain macam tu.

Omma harap, mereka yang baca ni, walau tak pernah melalui, buka hati, cuba fahami dan tidak menyakiti. Kami takkan doakan supaya mereka laluinya juga untuk faham sebab kami tahu sakitnya tu bagaimana. Kami cuba harap, mereka diam, kalau tiada apa yang baik untuk diperkatakan.”

Buat Farah Lee, semoga terus tabah menjalani kehidupan Bersama Maream dan jangan pernah berhenti menjadi sumber inspirasi kepada kaum wanita lain.

 

Kredit: Instagram Farah Lee

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI