Berbaki beberapa hari saja lagi umat Islam bakal melangkah ke bulan penuh keberkatan Ramadan. Seperti mana kita tahu berpuasa memberi manfaat kepada kesihatan.

IKLAN

Ketika berpuasa kita menahan diri daripada makan dan minum di siang hari sekaligus dapat menjaga sistem pencernaan dengan baik. Oleh itu, elak 5 tabiat buruk ini ketika di bulan puasa.

MAKAN JUNK FOOD ATAU FAST FOOD

Tinggi kandungan MSG (bahan perasa), garam, gula dan minyak. Jika terus diamalkan anda tidak akan ada tenaga secukupnya sepanjang berpuasa. Sebaliknya pilihlah makanan sihat ketika sahur atau berbuka yang membuatkan anda lebih rasa kenyang dan elak makan dalam jumlah besar.

MAKANAN BERMINYAK & BERGULA

Makanan tinggi kandungan minyak sukar dicerna terutama ketika berbuka puasa. Ganti dengan pemanis semula jadi seperti madu, gula tebu atau buah-buahan. Makanan atau minuman manis lebih cepat dicerna seterusnya menyebabkan anda cepat rasa lapar. Sebaiknya dulukan dengan makan kurma sebanyak 2-3 biji bersama segelas air putih.

IKLAN

TERLALU BANYAK KARBOHIDRAT KETIKA SAHUR

Karbohidrat berubah menjadi gula dan bertindak balas dengan badan setelah selesai makan. Ia meningkatkan insulin dan kenaikan berat badan terutama sekitar hulu hati. Terlalu banyak karbohidrat ketika berbuka menyebabkan ketidakselesaan perut. Imbangkan dengan makanan kaya protein seperti ayam, ikan, udang, daging dan keju.

IKLAN

MINUMAN BERKAFEIN KETIKA SAHUR & BERBUKA

Teh atau kopi ketika sahur boleh mengakibatkan dehidrasi (kehilangan air), sakit kepala dan mudah rasa lapar. Minum air putih secukupnya ketika sahur dan berbuka bagi mengurangkan dehidrasi. Namun jangan berlebihan kerana boleh menyebabkan kembung perut dan gangguan pencernaan.

BERBARING ATAU TIDUR SEMULA SELEPAS SAHUR

Badan terpaksa bekerja keras untuk mencerna makanan ketika badan dalam keadaan istirehat. Maka elakkan tidur semula atau berbaring selepas sahur.