Setiap hujung mingga pasti anda tidak terlepas daripada jemputan majlis perkahwinan rakan-rakan dan sanak-saudara. Pastinya anda ingin kelihatan cantik dan sempurna untuk menghadiri majlis tersebut. Namun harus diingatkan, penampilan anda perlulah kelihatan tidak terlalu menonjol sehinggakan boleh menenggelamkan aura pengantin itu sendiri. Tip fesyen kali ini memberikan tip agar anda tampil ringkas namun masih tampak anggun dan menawan.

Jangan ‘OVERSHADOW’ Pengantin, Ini Tip Fesyen Ideal Untuk Menghadiri Majlis Raikan Cinta!

Ads

BUSANA

Busana yang dipilih haruslah tidak terlalu menonjol. Elakkan dari memakai busana atau pakaian yang mempunyai manik atau jemeki yang terlalu sarat. Cukup sekadar di pergelangan tangan atau di bahagian kolar busana. Lebih manis sekiranya memakai dress atau kurung moden yang ringkas dan minimalis.

 

SOLEKAN

Jangan ‘OVERSHADOW’ Pengantin, Ini Tip Fesyen Ideal Untuk Menghadiri Majlis Raikan Cinta!

Ada sesetengah tetamu yang datang ke majlis perkahwinan dengan mengenakan solekan yang terlalu tebal. Harus diingatkan yang berkahwin adalah rakan anda. Cukup sekadar mengenakan solekan yang nipis dan tidak terlalu menyerlah.

 

SEPATU

Sepatu juga memainkan peranan yang penting apabila menghadiri majlis perkawhinan. Sekiranya anda dipilih rakan anda untuk menjadi pengapit atau bridesmaid, Sebaiknya pakailah kasut tumit tinggi yang sesuai. Jangan sesekali memakai selipar kerana boleh mencacatkan keseluruhan gaya anda.

Ads

Jangan ‘OVERSHADOW’ Pengantin, Ini Tip Fesyen Ideal Untuk Menghadiri Majlis Raikan Cinta!

 

AKSESORI

Ads

Jangan ‘OVERSHADOW’ Pengantin, Ini Tip Fesyen Ideal Untuk Menghadiri Majlis Raikan Cinta!

Pakailah askesori yang tampak ringkas dan tidak terlalu menonjol. Cukup sekadar mengenakan subang ringkas dan anda pasti nampak lebih moden dan anggun. Bagi yang berhijab, elakkan dari memakai aksesori dikepala seperti kerongsang yang terlalu besar dan tudung yang mempunyai perincian manik terlalu sarat.

 

RAMBUT

Jangan ‘OVERSHADOW’ Pengantin, Ini Tip Fesyen Ideal Untuk Menghadiri Majlis Raikan Cinta!

Sesuaikan rambut anda dengan majlis yang dihadiri. Sekiranya majlis diadakan pada waktu siang, cukup sekadar sanggul ringkas. Sekiranya diadakan pada waktu malam dan bertempat di dewan, dandan sedikit rambut anda agar kelihatan lebih sempurna.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI