Sempena bulan syawal yang mulia dan diraikan selama sebulan, pastinya jemputan ke rumah terbuka sukar untuk dielakkan. Sama ada di pejabat mahupun di rumah pastinya anda tidak mahu melepaskan peluang menghadirinya bagi mengeratkan jalinan silaturahim. Bagi wanita, sudah pasti rancak memikirkan busana yang akan digayakan bagi menghadiri rumah terbuka. Namun, sewaktu menghadiri rumah terbuka, etika berpakaian harus dititikberatkan agar anda terlihat cantik dan sempurna. Tip fesyen kali ini berkongsikan tip berpakaian ke rumah terbuka supaya penampilan anda bukan sahaja anggun menawan malah lebih praktikal dan relevan.

1. PAKAIAN TRADISIONAL

Jangan Pakai Baju Merepek Ke Rumah Terbuka, Ini Stail Fesyen Sempurna Agar Nampak Manis Dipandang!

Jika menghadiri rumah terbuka, lebih elok jika menggayakan busana tradisional kebanggaan melayu kita. Anda boleh mengenakan busana kurung moden, kebaya, kebarung, kurung kedah dan sebagainya. Terdapat banyak pilihan busana raya yang diberi suntikan tradisional yang boleh dijadikan pilihan hati. Malah ada busana tradisional yang diberi garapan moden agar ia relevan untuk digayakan di masa kini. Bukankah lebih manis jika memakai busana tradisional? Selain tampak sopan dan ayu, pakaian tradisional memudahkan anda untuk menyesuaikan dengan tema sambutan lebaran.

2. MIX & MATCH

Jangan Pakai Baju Merepek Ke Rumah Terbuka, Ini Stail Fesyen Sempurna Agar Nampak Manis Dipandang!

Mungkin anda buntu untuk memilih pakaian ke rumah terbuka memandangkan semua busana raya anda sudah disarungkan. Jangan membazir untuk membeli pakaian baharu semata-mata untuk ke rumah terbuka. Anda boleh menggunakan konsep ‘mix & match’. Anda boleh memadankan koleksi top sedia ada samaada , peplum blouse ,body con dress, tunic, fishtail blouse bersama dengan skirt pelbagai potongan. Pilih skirt labuh potongan A , mermaid atau slit. Untuk padankan warna pakaian, fesyen blok warna atau colour blocking sentiasa menjadi penyelamat anda kala berfesyen. Malah trend ini juga menyuntik elemen segar dan ceria dalam gaya anda.

3. TIDAK MENJOLOK MATA

Jangan Pakai Baju Merepek Ke Rumah Terbuka, Ini Stail Fesyen Sempurna Agar Nampak Manis Dipandang!

Anda dinasihatkan agar memakai pakaian yang sopan dan sedap mata memandang. Sekiranya busana anda diperbuat daripada fabrik sifon, pakailah inner atau pakaian dalam supaya tampil lebih sopan dan sempurna. Berpakaian seksi pula adalah tidak sesuai sama sekali untuk menghadiri rumah terbuka. Ingat, anda bukan menghadiri pertunjukan fesyen ya! Elakkan memakai pakaian yang mendedahkan terutama di bahagian dada dan kaki. Sebaiknya, pakailah pakaian dengan siluet yang lebih besar. Pakaian ini bukan sahaja lebih sopan dipandang malah akan memudahkan anda untuk bergerak.

4. SELESA

Jangan Pakai Baju Merepek Ke Rumah Terbuka, Ini Stail Fesyen Sempurna Agar Nampak Manis Dipandang!

Jangan mementingkan kecantikan busana semata-mata! Tidak dinafikan, pasti ada ingin kelihatan menawan saat menghadiri rumah terbuka namun jangan ketepikan soal keselesaan. Keselesaan amat penting dalam berpakaian. Pilih pakaian yang selesa yang diperbuat daripada fabrik lembut dan tidak panas. Contoh fabrik yang boleh dijadikan pilihan adalah fabrik jenis cotton, sifon, como crepe, satin dan banyak lagi. Fabrik jenis akan memastikan anda berasa selesa sepanjang masa, malah jika anda seorang yang cepat berpeluh, fabrik ini mampu menyerap peluh dengan baik. Selain itu, sekiranya majlis diadakan di ruang terbuka, fabrik jenis ini akan memastikan anda sentiasa berasa selesa sepanjang majlis berlangsung.

5. PRAKTIKAL

Jangan Pakai Baju Merepek Ke Rumah Terbuka, Ini Stail Fesyen Sempurna Agar Nampak Manis Dipandang!

Pastikan pakaian yang bakal anda sarungkan cukup relevan dan praktikal. Selain selesa, pakaian yang praktikal juga amat penting ketika menghadiri rumah terbuka. Jangan memakai pakaian yang terlalu sendat sehingga menyukarkan anda untuk bernafas. Selain itu, jangan memakai pakaian yang meleret dan sarat dengan perincian manik. Pakaian seperti ini membataskan pergerakan anda dan khuatir penampilan anda kelihatan seperti pengantin. Jika anda seorang yang gemarkan perincian, cukup sekadar di beberapa tempat seperti di pergelangan tangan atau di bahagian pinggang.

6. KASUT

Jangan Pakai Baju Merepek Ke Rumah Terbuka, Ini Stail Fesyen Sempurna Agar Nampak Manis Dipandang!

Pilih kasut yang tidak terlalu tinggi agar memudahkan pergerakan anda. Untuk rasa yang lebih selesa, anda boleh memilih kasut jenis block heels ataupun wedges kerana kasut jenis ini mempunyai tapak yang lebih tebal dan seimbang. Sekiranya anda tidak biasa mengenakan kasut tumit tinggi, anda boleh memilih kasut jenis flat pump shoes. Kasut jenis ini memberikan keselesaan maksima buat anda dan memudahkan pergerakan. Ia juga amat praktikal sekiranya anda membawa anak anda ke rumah terbuka. Jangan sesekali memakai selipar kerana boleh mencacatkan keseluruhan penampilan anda.

7. BEG TANGAN & AKSESORI

Jangan Pakai Baju Merepek Ke Rumah Terbuka, Ini Stail Fesyen Sempurna Agar Nampak Manis Dipandang!

Sebaiknya, pilihlah beg tangan yang bersaiz sederhana yang boleh memuatkan keperluan penting anda seperti telefon bimbit, kunci rumah dan kereta, beg dompet dan lain-lain lagi. Anda dilarang membawa beg tangan yang terlalu besar kerana menyukarkan anda semasa menjamu selera lebih-lebih lagi jika lokasi rumah terbuka diadakan di kawasan terbuka. Selain itu, Padankan beg tangan anda dengan busana pilihan anda agar tampil bergaya dan sempurna. Untuk pemilihan aksesori, cukup sekadar memilih aksesori yang ringkas dan minimalis. Pilih aksesori bersaiz sederhana dan sesuai dengan anda. Selain itu, Elakkan memakai perhiasan barang kemas yang terlalu sarat.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI