Pemilihan kaca mata yang salah dapat memberi kesan yang tidak seimbang buat keseluruhan penampilan anda. Selain itu, ia juga menjadikan seseorang kelihatan lebih tua daripada usia sebenarnya. Oleh itu, pemilihan bingkai kaca mata yang sesuai dengan bentuk wajah perlu diberi perhatian agak anda kelihatan lebih menarik dan trendy. Jom intai tip memilih kaca mata yang sesuai dengan bentuk muka.
BENTUK WAJAH PERSEGI
Buat anda yang memiliki bentuk wajah persegi, anda boleh mengenakan kaca mata yang memiliki sudut melengkung atau oval. Kaca mata dengan bentuk ini dapat menyamarkan bentuk rahang dan tulang pipi anda yang lebar.
BENTUK WAJAH BULAT
Jika anda mempunyai bentuk muka yang bulat, kaca mata yang paling ideal ialah yang memiliki bingkai yang lebih lebar dari wajah kamu iaitu dengan bentuk sudut runcing atau menyiku. Kaca mata jenis ini
akan membuatkan wajah kelihatan lebih tirus dan pipi terlihat lebih kurus. Elakkan dari memilih kaca mata dengan bentuk bingkai yang membulat.
BENTUK WAJAH SEGI TIGA
Memilih kaca mata yang jenis model cat eye atau melebar ke bahagian atas amat sesuai buat mereka yang memiliki bentuk wajah segi tiga atau dagu runcing. Kaca mata jenis ini akan menyeimbangkan bentuk
wajah. Selain model cat eye alternatif lain yang boleh digunakan ialah kaca mata dengan bentuk bingkai persegi pancang.
BENTUK WAJAH OVAL
Mereka yang mempunyai bentuk wajah ini dianggap beruntung kerana boleh menggayakan kaca mata dengan bentuk apa sekalipun. Memilih kaca mata dengan bingkai tidak terlalu kecil atau pun kaca mata
dengan bingkai yang besar akan membuat wajah terlihat lebih sempurna. FADLI ISMAIL
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Selepas kisah inspirasi rumah flat miliknya viral di media sosial, baru-baru ini pempengaruh Syamimia menjadi perhatian pereka fesyen terkenal pula.
IKLAN
Bukan calang-calang, ibu seorang cahaya mata ini mampu menjalin kolaborasi dengan nama besar dalam industri fesyen tanah air iaitu Ezuwan Ismail!
Bersempena CIMB Actober Fashion Week yang menjadi pentas peragaan himpunan jenama fesyen terkemuka negara, Syamimia turut diundang menyaksikan pertunjukan fesyen Ezuwan Ismail. Lebih istimewa, dia berpeluang memperagakan koleksi eksklusif Porcelain.
Memuat naik video di media sosial miliknya, Syamimia tampil menawan dalam persalinan dres paras lutut berilhamkan corak porcelain.
Kongsinya, “My first fashion show. Alhamdulillah thank you so much Abang Ezuwan Ismail for this collaboration.
To be part of your creation, the Porcelain Collection. I received a text from Abang Wan to say yes to a dress that he created exclusively for me, the extra sleeves puff, printed chiffon and square neck style. Perfectly my style!
I went to CIMB Artober Fashion Week last night with my lovely Akhmal Husni and Bimalik.”
Nama Syamimia mendapat tumpuan meluas di alam maya beberapa bulan kebelakangan ini selepas kisah Influencer ini mendiami rumah flat dan cita rasanya menghiasi ruang kediaman dikagumi warga maya.
IKLAN
Walau memiliki ruang yang terhad namun dia bijak dan cukup kreatif dalam dekorasi hiasan dalaman.
Seperti kisah cinta, setiap gaun dalam Koleksi Pengantin Bernard Chandran menceritakan corak inspirasi, reka bentuk dan inovasi yang unik.
Diilhamkan oleh pelbagai aspek wanita moden, Bernard menetapkan landasan untuk tiga ‘wanita’ yang berjalan di pentas fesyen ini. Yang pertama adalah pengantin Perempuan yang suka acara riang yang romantis, kedua pula mengenai pengantik vintaj yang membangkitkan daya tarikan dunia lama ke dalam zaman moden dan yang ketiga pula berkisarkan pengantin moden nan kontemporari yang bersedia untuk menggabungkan kualiti fesyen yang memandang ke hadapan.
Dalam satu liga sepenuhnya sendiri, Bernard Chandran memandang pernikahan sebagai sesuatu yang sangat peribadi dan memahami banyak pendapat yang mengelilingi gagasan gaun yang sempurna.
“Saya mengambil cabaran dan dan mencabar diri untuk menghasilkan rekaan busana yang sesuai untuk pelanggan saya,” ujar beliau ringkas.
Melakar warna rekaan dari transisi gaun ala dongeng yang mengasyikkan ke vintaj, mewah nan sofistikated, dan klasik bergaya, gaun itu dihasilkan secara terperinci dari tekstur hingga ke olahan leretan panjang yang begitu megah. Gaun itu bersinar dengan mutiara, hiasan kristal dan bordir manik rona perak.
Perincian renda dengan ilusi telus menambah sentuhan yang cukup berkarismakepada gaun. Kisah bersulam yang membuat pernyataan, jaket yang unik dalam renda yang terperinci, bahagian belakang terbuka, satin yang dilukis tangan dan skirt berjalur pada renda lembut merupakan beberapa ciri cantik yang terdapat dalam koleksi ini.
Koleksi ini juga penuh dengan kejutan dalam pilihan palet warna. Bersama-sama dengan rona putih bersih, putih gading emas champange serta warna-warna lain termasuk merah, biru dan bahkan hitam.
Rata-rata wanita tidak yakin untuk menggayakan baju sleeveless jika mempunyai lengan yang besar. Sebolehnya mereka ingin menutupi bahagian tersebut, bimbang akan menjejaskan penampilan.
Namun usah bimbang kerana ada tip mudah untuk menutupi lengan yang besar. Jom Nona kongsikan 4 tip yang bakal membuatkan keyakinan anda bertambah dan kelihatan anggun!
BAJU LENGAN ¾
Wanita biasanya mempunyai masalah yang sama iaitu mereka lebih mengambil berat dengan keadaan lengan bahagian atas yang terlihat lebih besar daripada pergelangan tangan.
Baju dengan lengan 3/4 adalah penyelamat yang mampu menutupi bahagian atas tersebut, tetapi tetap menonjolkan keadaan lengan bawah yang lebih kecil.
BAJU LENGAN PANJANG FABRIK SHEER
Lengan panjang adalah pilihan fesyen yang cukup sesuai untuk menutupi lengan besar anda. Namun Malaysia dengan iklim tropika membataskan anda untuk mengenakan pakaian berlengan panjang stiap hari.
Panas! Untuk tampil lebih selesa, pilih baju lengan panjang dengan fabrik sheer yang menutupi lengan tetapi tidak membuatkan anda kepanasan.
KARDIGAN DAN BLAZER
Memakai kardigan dan blazer juga menjadi pilihan terbaik untuk menutupi lengan besar Anda. Pilih cardigan dari fabrik nipis yang tidak akan membuat anda kepanasan di siang hari yang terik.
Untuk tampil yang lebih profesional, kenakan fitted blazer agar tubuh anda kelihatan lebih langsing.
OFF THE SHOULDER TOP
Memakai baju lengan panjang yang sama setiap kali tentu sahaja membosankan. Anda boleh bermain dengan fesyen iaitu dengan mengenakan pakaian atas seperti off the shoulder, half the shoulder dan shoulder cut.
Pakaian seperti ini akan membuatkan anda kelihatan seimbang kerana ia mengalih fokus pada bahu dan bukannya lengan anda.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona