Beg tangan semestinya menjadi kesukaan para wanita untuk memilikinya samada untuk keperluan mahupun dijadikan sebagai koleksi peribadi. Terdapat pelbagai jenama beg tangan di pasaran yang boleh dijadikan pilihan hati dari harga puluhan ringgit hingga ke ratusan ribu ringgit. Setiap beg tangan mempunyai nilai tersendiri yan membuatkan setiap beg hadir dengan harga yang berbeza. Namun anda harus bijak dalam memilih beg yang berkualiti kerana terlalu banyak lambakan beg tiruan di luar sana. Jom Nona kongsikan tip mudah untuk mengetahui beg anda ori ataupun fake!

1 PERHATIKAN JAHITANNYA

IKLAN

Jangan Terkejut, Ini 6 Tip Mudah Untuk Ketahui Beg Tangan Berjenama Anda Ori Atau Tiruan!

Mesti ramai yang tahu tengok pada jahitannya, tapi bagaimana untuk mengetahui jahitan tersebut palsu atau tulen? Setiap satu item yang dihasilkan oleh jenama terkenal diseluruh dunia akan diperiksa dengan teliti mengenai kecacatannya sebelum dijual. Semua jahitan mestilah sempurna dan tidak ada benang longgar atau sebarang kecacatan visual atau ketidaksempurnaan yang lain. Setiap perincian halus harus diteliti dengan baik.

2. CINCIN LOGAM, ZIP & BUTANG

Jangan Terkejut, Ini 6 Tip Mudah Untuk Ketahui Beg Tangan Berjenama Anda Ori Atau Tiruan!

Beri khusus kepada barang-barang kecil seperti logam, butang, zip, plat dan kunci. Kualiti barangan tersebut sepatutnya sempurna dan ia mempunyai nombor atau nama yang dicetak di badan metal tersebut yang merupakan tanda kualiti dan kesasihan. Sebagai contoh, setiap beg Hermes mempunyai ukiran logo Hermes Paris dibuat di Perancis di belakang flap yang menunjukkan tahun dan bahan yang digunakan.

3. MATERIAL BEG

Jangan Terkejut, Ini 6 Tip Mudah Untuk Ketahui Beg Tangan Berjenama Anda Ori Atau Tiruan!

Jenama yang terkenal tidak menggunakan kulit yang jenis keras dan kasar. Mereka menggunakan bahan halus, berkualiti tinggi sahaja. Barangan dengan trim kulit tidak boleh berminyak atau melekit. Sesetengah beg tangan berjenama boleh menjadi lembut dan fleksibel tetapi ia mengekalkan bentuknya tidak kira apa sekalipun.

IKLAN

4. TULISAN JENAMA

Jangan Terkejut, Ini 6 Tip Mudah Untuk Ketahui Beg Tangan Berjenama Anda Ori Atau Tiruan!

Terlalu semak yang terperinci hingga tidak perasan perkara utama iaitu “nama” jenama tersebut. Barang-barang palsu sering mempunyai nama-nama yang dicetak dalam fon yang berbeza, huruf-huruf yang berbulu bahkan dengan salah ejaan.

5. NOMBOR SIRI

IKLAN

Jangan Terkejut, Ini 6 Tip Mudah Untuk Ketahui Beg Tangan Berjenama Anda Ori Atau Tiruan!

Salah satu taktik peniaga atau rakan anda untuk meyakinkan beg tangan itu adalah tulen denga adanya nombor siri. Kononnya nampak berprestij dan kesasihan di mata anda. Tapi mereka lupa bahawa label dengan nombor itu dimeteraikan dan dilampirkan dengan cara yang istimewa, menjadikan mustahil untuk dibuang tanpa merosakkannya. Bagi yang palsu pula, biasanya ia mempunyai pelekat dengan nombor yang hanya ditampal di suatu tempat permukaan.

6. PACKAGING

Jangan Terkejut, Ini 6 Tip Mudah Untuk Ketahui Beg Tangan Berjenama Anda Ori Atau Tiruan!

Ingat bahawa beg tangan berjenama mahal sentiasa mempunyai pembungkusan yang mahal, sering dibuat daripada bahan yang paling berkualiti tinggi. Bungkusan beg berharga tidak akan mempunyai sebarang kecacatan warna. Semua aksesori tambahan perlu dibungkus secara keseluruhan dengan beg.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI