Pasti kebanyakan pembaca-pembaca majalah NONA adalah mereka yang membesar menonton drama lipur lara atau telenovela yang mencipta fenomenanya sendiri sekitar awal tahun 20-an. Telenovela dari Sepanyol dan Mexico seperti Maria Mercedes, La Usurpadora, Mis Tres Hermanes, Rosalinda dan Rubi yang ditayangkan di TV3, RTM dan NTV7 suatu ketika antara telenovela popular yang cukup digemari.
Dilakonkan oleh barisan pelakon jelita lagi menawan seperti Gabriella Spanic, Scarlet Ortiz, Barbara Mori dan Thalia sudah pastinya wajah mereka kekal dirindui sehingga kini. Tidak lupa juga seorang lagi pelakon jelita terkenal yang pernah membintangi telenovela terkenal seperti Paloma, Cuando Seas Mia dan Catalina Y Sebastian, iaitu si cantik Silvia Navarro.
Lahir pada 14 September September 14, 1978 di Irapuato, Guanajuato; Silvia Navarro ialah pelakon Mexico yang memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 1997 menerusi telenovela terkenal Perla. Sebelum itu, Silvia merupakan seorang model dan pernah membintangi beberapa buah iklan sejak dari usianya masih bayi.
Ads
Selepas Perla, Slivia mencipta kemasyuran membintangi telenovela terkenal di bawah rangkaian TV Mexico TV Azteca, dan kemudian untuk Televisa dan Telemundo seperti Quando Seas Mia, Catalina Y Sebastian dan lain-lain, sehingga pernah menggondol beberapa buah anugerah.
Selepas dari dua telenovela hit tersebut, populariti Silvia terus mencanak dan dia kemudiannya membintangi pelbagai projek, dan wajahnya juga terus menjadi perhatian jenama-jenama kosmetik terkenal. Kali terakhir Silvia berlakon adalah menerusi drama La Suerte De Loli pada tahun 2021.
Memiliki seramai 3.6 juta pengikut di Instagram, sudah pasti wajah Silvia menjadi dambaan ramai peminat yang membesar menonton telenovela dibintanginya. Dek parasnya, malah dilihat masih kekal awet muda di usia 44 tahun, Silvia kelihatan masih lagi jelita walaupun sudah memiliki seorang anak yang diberi nama León Casanova hasil perkahwinan bersama pelakon Gerardo Casanova, namun perhubungan selama 8 tahun mereka tidak kekal lama.
Jika dilihat di akaun Instagramnya, Silvia banyak menghabiskan masa bercuti dan menikmati kehidupan bersama anak dan teman rapatnya, malah Silvia juga masih lagi menjadi pilihan jurugambar untuk sesi pengambaran majalah serta jenama terkemuka seperti Garnier dan lain-lain.
Dan khabarnya juga Silvia dikatakan kini sedang dilamun cinta dengan buah hatinya, Flavio Medinal yang juga aktor terkenal di sana namun tidak dipastikan sejauh mana keseriusan perhubungan mereka. Semoga yang baik-baik saja buat Silvia!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kate Middleton kini kembali sihat selepas menjalani rawatan kansernya. Kate kini aktif melakukan aktiviti seperti biasa menemani suaminya, Putera William menghadiri pelbagai acara.
Penampilan Kate sememangnya sering mencuri perhatian. Kate memilih pakaian rona cerah bersesuaian dengan tema acara.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini tampil dengan pakaian dan aksesori yang pernah dipakainya sebelum ini.
Calon ratu ini mengenakaan penampilan yang sama ketika menghadiri acara Thanksgiving Jun 2022 bagi menghormati Jubli Platinum Ratu Elizabeth dan 70 tahun bersejarahnya di atas takhta.
Anting-anting pula adalah yang dipakainya ketika majlis perkahwinannya dahulu. Berikut adalah enam gaya Kate Middleton di acara garden party tersebut.
Kate Middleton menyarungkan gaun kuning cerah Emilia Wickstead yang pernah dipakainya pada 2022.
Kate melengkapkan gayanya dengan topi fascinator daripada Philip Treacy, digabungkan dengan aksesori bunga di belakang topi. Rambutnya diikat ke belakang dan disanggul.
Puteri Wales ini tampil berkilauan dengan anting-anting berlian Robinson Pelham yang pernah dipakainya semasa berkahwin dengan Putera William pada April 2011.
Anting-anting Robinson Pelham adalah hadiah istimewa daripada ibu bapanya, Carole dan Michael Middleton. Ia menampilkan butiran daun oak dengan berlian berbentuk pir serta biji berlian yang tergantung di tengah.
Kate melengkapkan penampilannya dengan kasut tumit stiletto dan nude clutchh yang sangat kontra dengan pakaiannya.
Wajah Kate dirias dengan solekan minimalis, hanya pemerah pipi merah jambu di;ayangkan berserta gincu nude. Manakala solekan matanya dirias lebih gelap.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wajah jelita Che Puan Juliana Evans pasti mengingatkan peminat ketika awal kemunculannya sebagai pengacara program TV popular, Remaja. Meskipun ketika itu dia baru mencecah usia belasan tahun namun bakat Che Puan Juliana di samping rakan pengacara, Aidid Marcello masih segar di ingatan penonton.
Biarpun tidak lagi selincah dulu untuk mengendalikan program-program di kaca televisyen kerana memberi tumpuan kepada keluarga namun isteri Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj ini menerima tawaran pengacaraan sekiranya bersesuaian dengan minat dan dirinya.
Tanggal 5 Julai lepas genap 36 tahun usia jelitawan ini. Sempena ulang tahun kelahiran, Che Puan Juliana memuat naik gambar terkini. Paling mencuri tumpuan, rupa paras selebriti ini yang masih kelihatan muda remaja walau hakikatnya sudah pun bergelar ibu dua cahaya mata.
Kongsi Che Puan Juliana, “Cake, candles, and lots of smiles.”
Malah dia turut menyertakan hashtag ‘Sweet16’ dan ‘Teenmum’!
Che Puan Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj pada 30 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Yang Mulia Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah dan Yang Mulia Tengku Saidatul’Ihsan Putri.
Che Puan Juliana Evans Bahagia
Menerusi salah satu posting Che Puan Juliana sebelum ini, pengasas Jevans Jewelry berkenaaan menzahirkan rasa syukur dikurniakan dua anak dan status seorang ibu menjadikannya lebih matang dan kuat.
“Becoming a mother makes you realise that you can do almost anything one-handed.”
Bersandarkan status anak selebriti dan lahir dalam kalangan kerabat diraja Selangor, tidak hairanlah kedua-dua permata hati Che Puan Juliana dan Tengku Sharrifuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj menjadi tumpuan peminat.
Dua puteri Che Puan Juliana membesar sihat dan ceria. Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah misalnya menginjak usia enam tahun. Sementara Tengku Saidatul’Ihsan Zabedah Fauziah Putri berusia dua tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, anakanda kedua Che Puan Juliana Evans menginjak usia sembilan bulan. Bayi comel yang diberi nama Yang Mulia Tengku Saidatul’Ihsan Zabedah Fauziah Putri binti Tengku Shariffuddin Shah ini ternyata mewarisi kecantikan ibunda tersayang.
Bersandarkan status sebagai anak selebriti dan lahir dalam kalangan kerabat diraja Selangor tidak hairanlah Tengku Saidatul’Ihsan Putri menjadi perhatian warga maya khususnya peminat setia Che Puan Juliana.
Apatah lagi pengusaha Jevans Jewelry ini rajin mengemaskini media sosial miliknya dan memuat naik gambar puteri kesayangan.
Dalam salah satu hantaran di Instagram, Che Puan Juliana berkongsi foto di samping Tengku Saidatul’Ihsan beserta kapsyen, “Baby Ihsan stole mummy’s face.”
Tak dinafikan puteri kedua bekas pengacara program Remaja ini mempunyai banyak persamaan raut wajah dengan ibundanya, Che Puan Juliana. Terutama bahagian mata, hidung, bibir dan juga kulit.
Selepas melahirkan anak kedua pada 17 Jun tahun lepas, isteri Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj ini kembali rancak menghadiri majlis perasmian jenama ternama seperti Rado dan Lanvin. Juga pertunjukan fesyen daripada pereka tanah air, Hatta Dolmat.
Meskipun tanggungjawab sebagai ibu semakin bertambah sejak kehadiran cahaya mata kedua ini namun Che Puan Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans bahagia dan teruja menggalas tugas berkenaan.
Apatah lagi, dapat melihat anak yang dikandung sembilan bulan membesar sihat di depan mata.
Che Puan Juliana Sophie Johari Evans sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj pada tanggal 30 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan puteri sulung iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang meniti usia lima tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dikurniakan seraut wajah yang sweet persis seorang remaja, Hannah Delisha sebenarnya bakal mencecah usia 28 tahun Oktober ini.Isteri kepada aktor Singapura, Imam Shah Abdul...