Ini bukan situasi biasa apabila wanita salah memilih bra. Pemilihan yang salah ini boleh mengundang poster badan yang salah dan sakit belakang. Namun, ramai wanita tidak ambil peduli tentang kepentingan memilih bra yang betul. Keterujaan memilih bra kerana rekaan semata-mata sebenarnya bakal mengundang kesihatan payudara dan bentuk tubuh seorang wanita.
Persepsi wanita terhadap payudara adalah subjektif kerana ada yang mahu menonjolkan payu dara tidak kurang juga mahu menyembunyikan payudara. Namun, faktor utama yang perlu diambil kira ketika memilih bra adalah ukur lilit tulang rusuk dan saiz payu dara itu sendiri.
Fungsi bra itu sebenarnya adalah untuk menyokong dan memberi perlindungan kepada payu dara. Adalah penting untuk memilih bra yang memberi keselesaan bukan yang menyakitkan. Jika masih ragu-ragu dengan saiz yang betul, sebaik-baiknya berbincang dengan pakar kerana mereka lebih arif tentang saiz dan ukuran yang betul.
Ads
Anda Salah Memakai Bra Bila…
Tidak selesa
Rasa tidak selesa timbul ketika memakai bra apabila tali bra kelihatan ‘tenggelam’ di atas bahu. Ini kerana mangkuk bra yang digunakan mungkin terlalu kecil dan tidak padan dengan saiz payudara. Lebih-lebih lagi apabila memakai bra berdawai dan ‘mencengkam’ payu dara. Payu dara yang terlalu merapat sehingga menimbulkan rasa tidak selesa juga adalah kerana mangkuk bra yang dipakai terlalu kecil. Bahaya mengundang akibat ketidakselesaan ini boleh menyumbang kesakitan di bahagian belakang, leher dan bahu.
Ukuran yang betul
Mengetahui ukuran yang betul sangat penting dalam memilih bra. Peningkatan usia, perubahan saiz badan, perubahan gaya hidup dan kehamilan menjadikan saiz dan ukuran payudara berubah-ubah. Jadi anda tidak boleh mengikut saiz yang sama sejak mula membeli bra dahulu sehingga sekarang. Buang jauh-jauh rasa malas untuk mencuba bra baru di fitting room. Hampir semua pengeluar pakaian dalam memberi pelanggan mencuba dahulu bra dan nasihat memilih saiz bra yang betul. Mendapat saiz bra yang betul kadang-kadang memberi kejutan!
Ads
Beautiful sensual woman in jeans clothes stands by the grunge wall. Fashion.
Beli bra yang murah
Mengikut statistik setiap wanita memiliki sekurang-kurangnya 19 helai bra tetapi hanya memakai empat bra yang selesa. Biasanya bra yang mahal mempunyai reka bentuk yang khusus dan selesa berbanding dengan bra yang murah. Manakala bra yang murah tidak mempunyai pakar untuk mengira saiz bra yang sesuai. Membeli bra tanpa mencuba dahulu adalah cara yang salah kerana setiap rekaan mempunyai mangkuk dan tali bra yang berbeza.
Beli bra yang cantik
Ada di kalangan wanita yang menganggap memilih saiz bra yang betul adalah membazir. Bagi mereka lebih baik membeli bra yang cantik tetapi murah. Setiap wanita sepatutnya memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli bra yang terbaik dan sesuai mengikut keperluan. Cantik tidak semestinya elok.
Membasuh bra di dalam mesin basuh
Tidak kira anda memakai bra yang betul atau tidak tetapi mencampak bra di dalam mesin basuh boleh merubah reka bentuk asalnya. Ambil masa sedikit dengan membasuh bra dengan tangan dan sabun yang lembut agar bra tahan lama. Jangan jemur terus di bawah cahaya matahari untuk mengekalkan ketahanan bra tersebut.
Ads
Memakai bra yang sama selamanya
Mungkin memakai bra yang betul tetapi asyik memakai bra yang sama sepanjang masa. Ini akan mempercepatkan jangka hayat bra tersebut. Mungkin tali bra menjadi cepat longgar dan tidak anjal dan cangkuk mudah tertanggal. Sekurang-kurangnya ada empat bra untuk dipakai secara bergilir-gilir.
Perubahan tubuh
Selaras dengan peredaran masa tubuh anda juga turut berubah. Saat akil baligh, mengandung, merancang keluarga, peningkatan usia dan stres fizikal tubuh juga berubah. Payu dara anda boleh membesar dan mengecil mengikut perubahan tubuh. Oleh itu, tukar bra mengikut perubahan tubuh anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susu sememangnya kaya dengan nutrisi dan menyihatkan. Ia bukan saja boleh diperlukan untuk keperluan menu sihat bahkan bermanfaat untuk rawatan kecantikan. Jika di pusat-pusat kecantikan sering menawarkan rawatan susu.
Namun sebenarnya banyak manfaat susu segar untuk kesihatan rambut. Malah, anda tidak perlu ke spa atau salun. Di rumah pun boleh buat sendiri. Jom semak 4 manfaat susu segar kepada rambut.
RAWATAN RAMBUT KERING & KASAR
Caranya ialah cuma dengan menyapu susu segar di seluruh kulit kepala. Atau boleh juga mencampurkan tiga sudu makan susu segar bersama setengah biji pisang, satu sudu makan madu dan satu sudu makan minyak zaitun. Kisar halus semuanya lalu sapukan pada rambut. Biarkan selama satu jam kemudian bilas bersih.
SEBAGAI PERAPI
Susu juga bleh dijadikan sebagai perapi terbaik untuk rambut. Apa yang perlu anda lakukan ialah masukkan susu sejuk ke dalam sebuah botol semburan. Kemudian sembur susu tersebut ke keseluruhan rambut. Kemudian sikat rambut dengan lembut. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas bersih.
RAWATAN RAMBUT KUSUT
Untuk dijadikan masker rambut kusut anda memerlukan kopi, yogurt, telur, minyak badam, minyak zaitun dan beberapa titis susu segar. Kemudian campurkan semua bahan lalu sapu di kulit kepala. Biarkan sehingga satu jam kemudian bilas dengan air suam.
RAMBUT LEBIH BERKILAU
Seperti kita tahu menggunakan santan juga boleh menjadikan rambut lebih lembut, lebat dan hitam berkilau. Namun susu segar juga tak kurang manfaatya. Ianya membantu menjadikan kulit kepala lebih sihat. Anda hanya perlu menyapunya ke seluruh helaian rambut seterusnya biarkan beberapa saat. Bilas sampai bersih. Selamat mencuba!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada yang berpendapat hitam itu seksi. Tapi bukan pada bibir yang hitam dan kusam. Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan kopi dan teh yang berlebihan disamping penggunaan gincu bibir yang murah dan tidak berkualiti merupakan antara penyebab kondisi bibir yang merah berubah gelap.
Usah khuatir! Kini anda tidak perlu lagi bersembunyi di sebalik palitan rona gincu bibir yang menyerlah, kelak anda juga akan menyerah. Apa kata anda ikuti tip dan petua yang boleh diamalkan untuk mencerahkan bibir anda semula! Nak tahu?
Anda boleh gunakan berus lembut atau berus gigi untuk menanggalkan sel kulit mati atau rekahan bibir yang kering. Apabila sel kulit mati telah dibuang, sel kulit yang baru akan kembali, sekali gus melembutkan bibir.
Letakkan madu di bibir anda selama 15 minit sebelum dibasuh dengan air. Lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
Letakkan ubat gigi pada bibir selama 3 minit dan dibasuh dengan air. Lakukan setiap hari sehingga warna bibir menjadi agak cerah.
Sapukan santan kelapa pada bibir untuk membantu mencerahkan kulit bibir. Sapuan dilakukan sebelum tidur pada setiap malam sampaikan bibir cerah kembali.
Kurangkan merokok. Perokok tegar yang terdedah dengan nikotin akan menyebabkan bibir menjadi gelap.
Hadkan pengambilan kopi dan teh berlebihan. Makan buah-buahan segar dan sayuran serta minum air dengan secukupnya.
Amalkan makan buah kurma. Kurma dikenali sebagai buah yang dapat membantu meningkatkan peredaran darah dalam badan dan membantu memperbaharui kulit anda.
Urut bibir anda dengan setengah sudu teh minyak zaitun atau castor oil, setengah sudu teh gliserin, dan setengah sudu teh jus lemon dicampurkan bersama-sama. Biarkan semalaman sebelum dibasuh dengan air biasa. Boleh membantu dalam mencerahkan warna bibir anda dan mencegah kekeringan.
Sebelum membeli gincu, anda boleh buat patch test dahulu. Sapukan gincu pada tangan anda. Jika anda merasa gatal-gatal atau alahan, elakkan dari membeli gincu itu. Selain itu tanggalkan gincu sebelum tidur dan bersihkan bibir anda. Jangan gunakan gincu yang sudah tamat tempoh.
Jika anda keluar rumah, jangan lupa untuk sapukan lipbalm untuk melindungi bibir daripada sinar UV. Jangan tak tahu, pancaran matahari bukan saja boleh menggelapkan kulit, tapi juga boleh menggelapkan bibir. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejuk mata memandang personaliti diraja Brunei ini! Dikurniakan rupa paras cantik penuh kelembutan, pesona Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bukan hanya menarik perhatian rakyat Brunei Darussalam. Bahkan penampilan baginda sentiasa menjadi tumpuan warga maya di negara ini.
Menyambut ulang tahun perkahwinan ke-18 pada Disember lalu, perkahwinan YTM Paduka Seri Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bersama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah pernah mendapat julukan ‘Asian Wedding of the Year’.
Mengimbas kembali detik bersejarah majlis perkahwinan gilang-gemilang itu, pasangan diraja ini mengenakan persalinan biru yang turut dihadiri orang kenamaan, keluarga diraja asing di Istana Nurul Iman.
Pasangan mempelai kemudian dibawa menaiki kereta open-topped Rolls-Royce dan mengelilingi seluruh Bandar Seri Begawan sambil disambut masyarakat di sepanjang jalan.
Tidak hanya dikurniakan rupa paras lembut menawan, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Sarah turut menjadi tumpuan di Malaysia kerana penampilan yang mempesona di samping tingkah laku yang sarat dengan nilai wanita Timur.
Malah, ada segelintir warga maya mengaitkan selebriti cantik Malaysia iaitu Datin Lisa Surihani memiliki wajah seiras YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anak Sarah.
Diputerikan sebagai Dayangku Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman pada 9 April 1987 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Bandar Seri Begawan, Brunei, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah merupakan satu-satunya puteri kepada pasangan Yang Mulia Pengiran Salleh Abdul Rahaman dan Yang Bahagia Rinawati binti Abdullah.
Hasil perkahwinan selama 18 tahun, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dikurniakan dua putera iaitu Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman serta dua puteri, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.
Baru-baru ini, beliau berkenan melancarkan pusat komuniti Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA) di Jalan Pengiran Babu Raja, Brunei. Anggun mengenakan tudung bawal polos mint green dan baju kurung bercorak bunga, penampilannya cukup bersederhana namun terserlah kecantikan semula jadi.
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah juga merupakan penderma darah di Pusat Derma Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...