Diberi peluang berada di atas pentas bersama wakil dari seluruh dunia membuatkan Kimi Tomas bersemangat untuk meneruskan impiannya sehingga dinobatkan ‘Mrs Global Asian 2023’ yang berlangsung di Melaka pada Mac lalu.
Memetik perkongsian di Utusan Borneo Online, wanita berusia 35 tahun ini turut memenangi ‘Best National Costume’ serta tiga tempat teratas bagi kategori ‘Darling of the Crowd’.
“Pertandingan edisi pertama ini disertai 22 delegasi dari sembilan negara sudah pasti membuatkan saya teruja, apatah lagi mewakili Sarawak, sekali gus wakil dari Borneo.
“Ini merupakan satu pencapaian terbesar dalam hidup, sudah pasti saya amat berterima kasih kepada keluarga, sahabat handai serta mereka yang menyokong dan kata-kata semangat buat saya sejak dari mula hingga akhir pertandingan,” katanya.
Ads
Kimi yang menetap dan bekerja di Kuala Lumpur turut berterima kasih kepada Tiara Management & Leading Management yang diasaskan Leo Raynold yang juga dari Sarawak dan Nickson Sim kerana memberi peluang untuknya menyerlah dalam pertandingan tersebut.
Malah, Kimi bertuah kerana berpeluang memperagakan gaun malam dan kostum tradisional yang direka khas pereka Sarawak Gilbert Headhunter.
Menerusi pencapaiannya itu, Kimi mahu semangat yang ada padanya menjadi contoh kepada golongan wanita untuk terus bersemangat dalam menggenggam kejayaan.
Ads
Malah, kejayaan yang dicapainya itu turut membanggakan dirinya bukan sahaja sebagai seorang wanita yang mempunyai kerjaya serta berumahtangga, tetapi juga sebagai rakyat Sarawak dan mewakili masyarakat Dayak di mata dunia.
Jelas Kimi, pertandingan berprestij dunia itu memberi peluang kepada kaum wanita untuk menyerlahkan diri bukan sahaja menonjolkan peranan seorang wanita bahkan menjadi landasan untuk mewakili wanita di dunia menyuarakan pendapat serta kesedaran yang diperjuangkan.
Ads
“Sekiranya anda (wanita) diberi peluang dalam apa jua bidang atau pertandingan, lakukan yang terbaik dan semampu yang boleh. Saya yakin kejayaan itu akan menjadi milik anda.
“Jangan pernah putus asa, rezeki kita memang berbeza namun pencapaian kita pastinya indah dan membuahkan hasil bila kita bersungguh-sungguh,” UNGKAPnya.
Semoga Kimi terus sukses dan menjadi inspirasi buat seluruh wanita.
Kredit Foto: Utusan Borneo Online
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak sangka rupanya sudah setahun kisah adik Ainul Mardhiah yang menghidap ‘Germ Cell Tumor’ ini mendapatkan rawatan di Kota London. Ketika itu kisah adik Ainul Mardhiah ini telah mendapat perhatian Dr Nur Amalina Che Bakri.
Pelajar cemerlang SPM 2004 ini telah bertanggungjawab menjalankan koordinasi pasukan perubatan di hospital di London dengan menghubungi konsultan dan pelbagai bidang kepakaran seperti pediatrik, onkologi, radiologi serta pakar telinga, hidung dan tekak.
Tambah Dr Amalina lagi, “Terutama sekali Prof David Dunway dan Mr Juling Ong dan seluruh pasukan. Tidak lupa juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang banyak membantu. Anda adalah hero yang sebenar. Tidak sabar mahu melihat Ainul berlari-lari di taman permainan, InsyAllah,” coretnya di laman Twitter.
Gambar diambil pada Jun 2019 Foto: Twitter @DrAmalinaBakriGambar diambil pada Mei 2020 Foto: Twitter @DrAmalinaBakri1
Mengimbas kembali detik sebelum Adik Ainul dibedah, Dr Nur Amalina Che Bakri ketika ditemubual oleh Buletin Utama berkata, “Saya buat ini bukan nak dapat nama tapi nak menolong orang yang dalam kesusahan. Sebagai seorang doktor dan seorang manusia biasa, kita semua nak menolong orang yang dalam kesusahan.
Apa yang saya boleh tolong, saya tolong sebab saya ada kawan di hospital ini dan ada connection di London. Saya akan try my best to help whatever I can.
And I mentioned about the fact that to help the family, I really want to help me to get this family over here. That why I want to say thank you all Malaysian for the donation and also to the team anaesthetists who company Ainul while in the plane and also the team Malaysian doctors who actually living in London at the moments to help out with sorting accomodation, finance and everything else,” kata Dr Amalina.
Kini anak kepada pasangan Nurul Erwani Zaidi dan Ahmad Safiuddin Abdul Razak, masing-masing berusia 25 tahun ini sudah semakin sihat dan aktif. Semoga Adik Ainil terus sihat dan boleh berlari seperti yang mahu dilihat oleh Dr Amalina.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Success has no age limit. Inilah gambaran pertama di mata rakyat Malaysia saat menatap potret pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Michelle Yeoh semalam, dua tokoh kebanggaan Malaysia!
Selain berkunjung dan membawa trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi (Oscar) ke-95, pertemuan itu turut membuktikan bahawa impian mampu tertunai tak kira seberapa pun usia kita.
KEBANGGAAN NEGARA
Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri ke-10 pada umur 75 sementara Tan Sri Michelle Yeoh genggam trofi Oscar pada umur 60.
Tiada istilah tua, semak ringkasan kejayaan dua tokoh ini yang mencipta sejarah baru Malaysia…
Sosok pemimpin ini cukup kontroversi. Pernah dipalit dengan pelbagai tuduhan sebagai salah satu cara untuk menghalang kemaraan beliau dalam pentas politik di Malaysia sejak September 1998.
Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 22 November 2022. Bapa anak enam dan 12 cucu itu memegang jawatan tertinggi negara pada usia 75 tahun.
Aktres Hollywood kelahiran Ipoh, Tan Sri Michelle Yeoh mencatat sejarah luar biasa apabila menjadi anak Malaysia pertama merangkul trofi berprestij dunia, Academy Awards ke-95.
Michelle menang trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan sebagai Evelyn Wong dalam filem fenomena, Everything Everywhere All at Once pada usia 60 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Syabas Fynn Jamal kerana berjaya menjadi contoh anak yang baik. Walau sudah berstatus isteri dan ibu, tanggungjawab sebagai anak perempuan juga tetap tidak dilupakan. Kalau bukan anak sendiri yang membahagiakan kedua-dua orang tua, siapa lagi, bukan? Apa-apa pun moga segala kebaikan yang dilakukan Fynn Jamal ini memberi pengajaran buat semua agar sentiasa menghargai jasa pengorbanan ibu bapa.
Berangkat ke Eropah lima hari lalu, ia merupakan kali pertama Fynn atau nama sebenarnya Nur Affina Yanti Jamalludin ke sana bersama bapa tersayang. Tanpa ditemani suami dan anak-anak, selebriti yang terkenal dengan penulisan penuh puitis tersebut menganggap percutian istimewa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menggembirakan hati insan yang banyak mendidik dan membesarkan dirinya selama ini.
Pemergian Fynn Jamal ke beberapa pelosok Eropah ini antara lain turut bertujuan untuk memenuhi undangan majlis-majlis ilmu yang diadakan di sana. Mengembara dari Birmingham, Glasgow, London dan Paris, ke mana saja destinasi hentian Fynn turut ditemani bapanya.
Malah, menerusi foto-foto yang dikongsikan bekas guru Bahasa Inggeris di Kazakhstan ini … jelas terpancar sinar bahagia dua beranak. Tidak kira ketika mereka sedang makan, dalam kereta api, melawat tempat tumpuan pelancong hinggalah masa di lapangan terbang, Fynn setia memotretkan wajah kesayangannya itu. Terserlah niat ikhlas seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi meraih senyuman bapanya yang berusia 67 tahun.
Selain berkongsi cerita-cerita lucu dan pengalaman mereka berdua sepanjang berada di bumi Eropah, Fynn tanpa melahirkan rasa bersyukur kerana hasrat untuk mencurah bakti kepada bapanya diperkenankan Allah, mendapat keizinan suami dan dipermudahkan.
“Semoga Allah izinkan pengalaman pertama abah di Paris untuk jadi yang manis-manis sahaja. Manchester, Glasgow, Birmingham, London were supernice to him. Hopefully this trip to France would do the same. Because he deserves all happiness in the world.
I make du’a as Allah promised the du’a of a musafir has no hijab. Semoga kalian semua berkesempatan meraikan ibu bapa kalian jua. Dengan rezeki yang halal, dengan niat yang terjaga. Amin.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diva lagenda Indonesia Kris Dayanti kini telah mencecah usia 50 tahun. Sebagai penyanyi yang sentiasa kelihatan memukau, Kris Dayanti mengekalkan gaya tersendiri termasuklah dalam...