Menjadi seorang penyampai berita bukanlah mudah seperti yang disangka, terutama sekali apabila bersiaran secara langsung. Apa saja boleh terjadi di luar kawalan. Inilah yang terjadi pada penyampai berita Global News Canada, Farah Nasser yang mengalami satu momen yang pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Menurut laporan Daily Mail UK, berdasarkan rakaman yang tular di media sosial, Farah Nasser dilihat telah tersedak akibat tertelan lalat ketika sedang menyampaikan berita mengenai tragedi banjir yang berlaku di Pakistan.
Saat insiden itu berlaku, eskpresi wajah Farrah terus berubah malah sedikit tidak selesa. Beliau dilihat seperti tersedak apabila haiwan itu memasuki rongga mulutnya hingga membuatkan beliau terdiam seketika. Meskipun sedikit cemas, Farrah tidak melatah atau menunjukkan reaksi malu.
Ads
Sebaliknya beliau bertindak profesional apabila meneruskan kembali tugasnya menyampaikan laporan berita, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Sikap profesionalisme Farrah juga turut dipuji oleh warga maya yang melihat video tersebut dan memuji sikapnya berhadapan dan mengawal situasi yang tidak dijangka.
Dalam temu bual berasingan bersama ET Canada pula, wanita berkenaan menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana keadaan itu berlaku. “Saya hanya bimbang kalau haiwan itu boleh menutup lensa kamera, tetapi tanpa disangka haiwan berkenaan ‘singgah’ di kerongkong saya. Bagi saya, ia bukanlah satu situasi yang memalukan, tetapi sesuatu yang lucu bagi saya”. katanya.
Ads
Untuk rekod, Farah Nasser ialah seorang wartawan Kanada yang pernah memenangi anugerah.Beliau merupakan graduan Ryerson University dalam jurusan Seni Radio & Televisyen. Pada Mei 2015, beliau dinamakan oleh Shaw Media sebagai penaung bersama siaran berita 5:30 petang dan 6 petang Global Toronto, bersama Alan Carter. Sebelum peranan ini, beliau adalah seorang wartawan dan penaung dengan CablePulse24 di Toronto pada tahun 2010.
Beliau juga merupakan Anggota Lembaga Pengarah untuk Yayasan Penyelidikan Arthritis, Rangkaian Kesihatan Universiti dan menjadi tuan rumah untuk pengumpulan dana yoga Power of Movement setiap tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penampilan pelakon Datin Lisa Surihani sejak berhijrah menggenakan tudung dan semakin melibatkan diri dalam kelas-kelas ilmu keagamaan mendapat pujian peminatnya.
Lisa atau nama sebenar, Lisa Surihani Mohamed, 36, berkata dia berharap dirinya akan kekal istiqamah dengan penghijrahan tersebut.
“Alhamdulilah kalau ada mereka yang rasa benda itu baik untuk mereka, saya doakan untuk mereka juga.
“Kita semua dalam perjalanan (masing-masing), jauh lagi, banyak benda yang saya tak tahu, yang saya nak belajar tentang ilmu agama… harap saya istiqamah,” katanya kepada NONA.
Selain imej berhijab, wajahnya yang kini sering tampil polos tanpa mengenakan sebarang solekan turut dipuji netizen yang mana rata-rata sukakan dengan fasa perubahan Lisa ke arah lebih baik.
Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Lisa berkata dia kini sudah tidak berapa rajin untuk menata rias wajahnya ketika keluar ke mana-mana.
“Saya sebenarnya dah malas nak fikir sangat pasal make up apabila pergi keluar, kadang rasa tak suka pun nak pakai.
“Kalau ada komen netizen yang kata lebih suka saya tanpa make up, saya tak berapa nak pasti berkenaan itu.
“Saya sendiri tidak fikir terlalu terperinci berkenaan isu menggunakan atau tidak menggunakan make up semua ini,” katanya.
Sekadar info, artikel in merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Laluan Hanoi-Ho Chi Minh kini dikhabarkan sebagai antara 7 laluan penerbangan terbesar di dunia. Ditambah faktor tambang murah dan peningkatan jumlah pelancong di Vietnam, maka tidak hairanlah jika VietJet Air menempa laluan mudah dalam industri penerbangan antarabangsa.
Ditubuhkan oleh seorang wanita, Nguyen Thi Phuong Tuo, 47, melancarkan syarikat penerbangan ini pada tahun 2011. Gimik pelancaran VietJet Air yang menggunakan pramugari seksi berbikini cepat tersebar dan meniti dari mulut ke mulut.
Menurut Forbes, nilai kekayaan Nguyen hari ini dianggarkan sekitar $1.57 bilion di bawah syarikat Sovico Holdings. Selain VietJet Air yang menawarkan 300 penerbangan setiap hari, beliau juga melabur di HD Bank dan sektor hartanah, termasuk 3 buah resort di pesisiran pantai.
Sebagai ibu kepada 2 cahaya mata, isteri kepada Nguyen Thanh Hung itu mula mendapat idea untuk melancarkan syarikat penerbangan tambah murah semasa menjadi seorang peniaga, iaitu semasa beliau menjangkakan permintaan terhadap pengangkutan udara di Vietnam bakal meningkat.
Nguyen memiliki kelulusan PhD Pengurusan Ekonomi dari D. Mendeleev University of Chemical Technology of Russia dan Ijazah Pengurusan Ekonomi & Kewangan dari Plekhanov Russian University of Economics.
Minat dalam perniagaan disemai melalui pengalamannya mengedarkan barangan ke Jepun, Hong Kong dan Korea Selatan, sebelum akhirnya beliau menubuhkan VietJet Air dan Sovico Holdings.
“Saya sentiasa menyasarkan sesuatu dalam skala besar. Apabila orang lain meniaga satu kontena, saya sudah pun meniaga beratus-ratus kontena.”
Forbes menyenaraikan Nguyen sebagai di antara wanita paling berkuasa dan di antara individu terkaya di dunia.
Sempena ketibaan lebaran ini, pemilihan busana tradisional pastinya menyempurnakan lagi sambutan Aidilfitri yang dinanti. Meneruskan tradisi, TOP sekali lagi berkolaborasi dengan majalah Nona bagi meraikan Syawal anda dengan koleksi eksklusif rekaan pereka terkenal, Hatta Dolmat.
Demi mengabadikan kenangan raya yang penuh glamor dan bermakna, hadiah busana yang ditawarkan ini pasti mengujakan.
Tempat Utama
1 x Hatta Dolmat Couture (2 dewasa 2 kanak-kanak) + Tajaan Produk TOP selama 6 bulan Hadiah Saguhati
4 x Hatta Dolmat Ready To Wear (Pasangan Lelaki / Perempuan untuk setiap pemenang) + Tajaan Produk TOP selama 3 bulan Hadiah Sampingan
10 x pemenang Tajaan Produk TOP selama 3 bulan
Langkah 1: Beli mana-mana produk TOP bernilai minimum RM20 Langkah 2: Ambil gambar selfie / Wefie terbaik anda Langkah 3: Hantar penyertaan anda menerusi borang yang boleh didapati di majalah Nona / Majalah Mingguan Wanita / Akhbar Sinar Harian melalui pos ke alamat:
PERADUAN GAYA RAYA BERSAMA TOP NO 1, JALAN RENGGAM 15/5 OFF PERSIARAN SELANGOR SEKSYEN 15, 40200 SHAH ALAM, SELANGOR atau secara online dengan menghantar gambar beserta resit asli, nama penuh (space) alamat (space) emel (space) melalui Whatsapp ke http://topgayaraya2018.wasap.my untuk penyertaan melalui telefon pintar.
SYARAT PENYERTAAN
Pembaca hendaklah membaca syarat penyertaan dengan berhati-hati sebelum menyertai peraduan ini. Dengan menyertainya, anda telah pun menerima semua syarat penyertaan dan bersetuju mematuhinya. Penganjur berhak meminda Syarat Penyertaan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
MAKLUMAT PERADUAN
Peraduan TOP GAYA RAYA 2018 dianjurkan oleh Southern Lion Sdn Bhd . Peraduan ini bermula pada 16 April 2018 dan berakhir pada 31 May 2018.
Pihak pengajur berhak mengubah, melanjutkan atau menamatkan masa peraduan mengikut budi bicara sendiri.
KELAYAKAN
Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang bergelar ibu dan berusia 18 tahun ke atas.
Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan Kumpulan Media Karangkraf, Sinar Harian, Southern Lion, Lam Soon Edible Oil Sdn Bhd dan anak syarikat yang berkenaan.
Pihak penganjur berhak untuk mengedit, membuang atau menolak sebarang peserta yang tidak mengikut syarat dan penyertaan yang disebutkan.
MEKANISME PERADUAN
1.Peserta boleh menghantar penyertaan bersama gambar melalui aplikasi whatsapp
2.Setiap penyertaan haruslah dikepilkan gambar berserta resit minima RM20 barangan TOP.
3.Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan dalam peraduan ini mengikut syarat yang di tetapkan.
PEMILIHAN PEMENANG & HADIAH
1.Semua pemenang akan dihubungi melalui telefon atau e-mel. Sekiranya tidak dapat dihubungi selepas tiga kali percubaan dan selepas dua hari bekerja selepas pemberitahuan melalui e-mel, pihak pengajur berhak memilih pemenang lain yang berkelayakan. Selain daripada pemberitahuan melalui telefon dan/atau e-mel, nama pemenang akan disiarkan dalam laman web.
2.Pemenang utama perlu hadir untuk sesi fotografi dan temubual di Studio Karangkraf pada tarikh dan waktu yang akan di tetapkan. Kegagalan untuk hadir membolehkan pihak penganjur memilih pemenang lain yang berkelayakan.
3.Semua kos pengangkutan, caj-caj internet, kos-kos peribadi dan / atau mana-mana kos-kos lain, yuran dan / atau apa-apa jenis perbelanjaan ditanggung oleh peserta berkaitan dengan peraduan ini (sama ada untuk tujuan menyertai, menyertai atau menerima apa-apa faedah atau hadiah dari peraduan) atau untuk tujuan penebusan hadiah atau berkaitan perjalanan ialah di bawah tanggungjawab pemenang, dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kos-kos tersebut. Sebarang perubahan hadiah tertakluk kepada pihak penaja.
4.Semua pemenang perlu mengambil Hadiah di tempat yang akan di beritahu oleh pihak Karangkraf. Hadiah yang di tawarkan. Hadiah Utama – 1x Hatta Dolmat Couture ( 2 dewasa 2 kanak- kanak + tajaan produk TOP selama 6 bulan Hadiah Saguhati – 4x Hatta Dolmat Ready To Wear ( Pasangan Lelaki / Perempuan untuk setiap pemenang + tajaan produk TOP selama 3 bulan Hadiah Sampingan– 10x pemenang tajaan produk TOP selama 3bulan
HAK PIHAK PENGAJUR
1.Pihak editorial web berhak menggunakan gambar-gambar yang dihantar untuk tujuan promosi dan aktiviti berkaitan laman web dan majalah Nona dan Sinar Harian.
2.Semua pemenang akan disiarkan gambarnya di majalah Nona dan Sinar Harian.
3.Semua disiarkan secara online dan juga media cetak.
LIABILITI & TANGGUNGJAWAB
1.Bukti e-mel tidak boleh menjadi bukti penghantaran.
2.Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap gambar yang tidak sampai atau dengan borang penyertaan yang tidak lengkap.
3.Sebarang pengesahan mengenai penerimaan gambar tidak dilakukan oleh pihak kami sepanjang peraduan ini berjalan.
4.Semua keputusan adaah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan di layan
Mudah kan? Jom ramai-ramai participate dalam contest ni. Hehe kalau bertuah anda bakal bergaya sakan dengan persalinan eksklusif busana raya sedondon seisi keluarga rekaan Hatta Dolmat.
Fuyoo!! Siapa tak nak baju raya free kan dengan hanya selfie / wefie je. Goodluck uols!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Syafiqa Melvin uruskan 2 bayi serentak selepas bersalin namun tetap kuat turun padang berniaga. Kisah inspirasi ibu, isteri dan usahawan wanita yang tidak berhenti berjuang membina empayar bisnes sendiri.