Siapa yang tidak mengenali selebriti Hollywood ini. John Travolta bukan suatu nama yang asing dalam industri seni Amerika Syarikat malah namanya tersohor sehingga seluruh pelosok dunia.

IKLAN

Sudah pasti lakonannya dalam filem Saturday Night Fever dan Grease dikenang sehingga kini. Ramai gadis ketika itu meminati pelakon ini dan menjadi ‘celebrity crush‘ mereka. Aktor luar biasa ini bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah boleh menari dengan baik dan juga menyanyi dengan cemerlang.

John Travolta Dulu ‘Celebrity Crush’, Usia 68 Ada Lebih 3 JET Nilai Million Dollar 
Foto: Instagram @johntravolta

Kebanyakan filem lakonan lelaki yang lahir pada 18 Februari 1954 ini memerlukannya  menari dan juga menyanyi. Bakat milik lelaki ini bukan calang-calang kerana telah memenangi anugerah di Golden Globe menerusi lakonannya dalm filem Get Shorty.

Apabila usia semakin meningkat pelakon hebat ini mula meneroka watak baharu dalam kariernya. Pada tahun 1989, John Travolta telah membintangi filem Look Who’s Talking dan filem ini begitu sukses telah mencatat keuntungan yang besar. Kejayaan filem ini begitu memberangsangkan sehingga melahirkan sekuel Look Who’s Talking Too dan Look Who’s Talking Now.

John Travolta Dulu ‘Celebrity Crush’, Usia 68 Ada Lebih 3 JET Nilai Million Dollar 
Foto: Instagram @johntravolta

Lelaki yang lahir di Englewood, New Jersey, A.S ini juga pernah menjayakan filem thriller bersama Nicolas Cage dalam filem Face Off.

John telah berkahwin dengan bintang Hollywood, Kelly Preston pada tahun 1991 setelah bertemu buat kali pertama ketika screen test sebuah filem pada tahun 1989. Pasangan selebriti ini mempunyai tiga orang anak bersama.

John Travolta Dulu ‘Celebrity Crush’, Usia 68 Ada Lebih 3 JET Nilai Million Dollar 
Foto: Instagram @johntravolta

Kisah cinta di antara John dan Kelly benar-benar menyentuh hati apabila kedua-duanya  saling mencintai dan melengkapi sehingga Kelly Preston meninggal dunia pada bulan Julai 2020 kerana kanser payudara. Cinta pandang pertama John terhadap isterinya hingga ke hujung nyawa. Bukan senang nak cari suami sebegini.

IKLAN

Menariknya, apabila mengikuti perkembangan John di laman media sosialnya, ayah kepada Benjamin Travolta, Ella Bleu Travolta, Jett Travolta ini mempunyai ‘hobi’ memiliki jet terbang yang berharga million ringgit.

John Travolta Dulu ‘Celebrity Crush’, Usia 68 Ada Lebih 3 JET Nilai Million Dollar 
Foto: Instagram @johntravolta

Menurut Business Jet Traveller, lelaki yang berusia 68 tahun ini mempunyai beberapa kapal terbang termasuk Bombardier Challenger 601, Boeing 707-138B, and an Eclipse 500.

IKLAN

Harga jet terbang itu juga bukan calang-calang kerana mencecah nilai yang begitu tinggi. Dikatakan nilai jet terbang tersebut sehingga US$77 million (RM373 million). Memang kaya-raya lelaki yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Dwight Morrow ini.

John Travolta Dulu ‘Celebrity Crush’, Usia 68 Ada Lebih 3 JET Nilai Million Dollar 
Foto: Instagram @johntravolta

Baru-baru ini lelaki ini telah berkongsi di laman media sosialnya menerima lesen untuk memandu pesawat 737. Hebat sungguh aura lelaki ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by John Travolta (@johntravolta)

Baca juga; New Zealand Buka Sempadan Awal, Ini 20 Lokasi Wajib Singgah Dari Ratu Cantik NZ 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI