Keadaan ekonomi negara yang tidak menentu susulan Covid-19 memaksa masyarakat dan usahawan khususnya untuk tampil lebih kreatif demi kelangsungan hidup. Selebriti yang juga adik-beradik kembar popular iaitu Nora’ashikin Rahmat atau Ekin dan Nora’ain Rahmat, Aen ini misalnya meraih pendapatan menguntungkan hasil jualan Polka Pops Dessert keluaran mereka berdua sejak lebih setahun yang lalu.
Ekin yang merupakan isteri kepada Mawi makin rancak merencana karier sebagai usahawan. Baru menyambut ulang tahun kelahiran bersama Aen pada 5 November lalu, kedua-duanya sangat akrab dan mempunyai rupa paras yang seiras. Apatah lagi, pasangan kembar ini suka bergaya sedondon, Dari dulu sampai sekarang, memang susah hendak cam mana satu Aenn dan Ekin!
Ekin & Aen ketika sambutan birthday merekaEkin di samping Mawi & anak mereka
Bagi Ekin, meskipun Mawi kini lebih selesa berkarya di sebalik tabir sebagai pengarah dan mampu menampung perbelanjaan mereka sekeluarga, namun ibu kepada Cahaya Malaika berusia lapan tahun tersebut enggan terlalu bergantung kepada suami dan selesa berdikari. Menceburi bidang pernigaan bukanlah satu perkara baru buat Ekin dan Aen kerana sebelum ini mereka turut pernah mengusahakan produk kesihatan, Unequein. Tapi hari ini kedua-duanya memilih meluaskan empayar mereka dengan menceburi perusahaan makanan pula.
Ads
Pernah bergelar pelakon, percaturan Ekin dan Aen untuk menjadi ahli perniagaan nyata membuahkan hasil. Satu per satu produk berjaya dihasilkan dan terbaharu, mereka mengambil risiko menjadi usahawan makanan dengan menjual sajian pencuci mulut Polka Pops Dessert. Difahamkan idea untuk menghasilkan dessert ini bermula sejak Ogos tahun lalu.
Menyedari kehendak dan cita rasa pelanggan masa kini, Ekin dan Aen mencurah keringat dan kreativiti demi memberikan dessert terbaik dan mampu dibeli orang ramai. Sebekas Polka Pops Dessert mengandungi pelbagai elemen pencuci mulut menyelerakan dan berwarna-warni seperti pearl (boba), cincau, mochi serta kuah sebagai pelengkap sajian. Ia juga paling sesuai dinikmati dengan ais atau sejuk.
Ads
Untuk memastikan pelanggan dan penggemar dessert tidak jemu dengan produk mereka, Ekin dan Aen kreatif mempelbagaikan Polka Pops Dessert mengikut edisi atau sempena sesuatu perayaan. Terdahulu, mereka pernah menghasilkan polka pops versi Olaf ketika perayaan Krismas dan sempena lebaran yang lalu pula terdapat polka pops versi raya mengandungi mochi berupa bentuk ketupat, kuih tart dan kuih makmur. Memang kreatif sangat!
Tidak ketinggalan, sempena Hari Kebangsaan ke-63 yang lepas… polka pops edisi Merdeka turut dihasilkan. Ia berupa bentuk buah-buahan tempatan seperti manggis, nanas dan bunga raya. Terbaharu, Polka Pops Dessert ditawarkan dalam bentuk ninja dan panda pula! Atas sambutan menggalakkan pelanggan, pada awal September lalu satu lagi produk baharu ditawarkan iaitu minuman Polka Jelly Drink.
Ads
Kongsi Ekin, “Korang boleh dapatkan Polka Jelly Drink. Kita dah start masuk Polka Jelly kat cawangan Shell terpilih. Don’t worry air kami ni tiada pengawet dan home made. Semua peringkat usia boleh minum.”
Moga kesungguhan Ekin dan Aen memajukan diri dan perniagaan ini mampu menjadi suntikan semangat kepada masyarakat untuk berjuang mengejar impian.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi veteran dan legenda Zaiton Sameon yang dahulu pernah popular dengan lagi Menaruh Harapan kini lega apabila dirinya diberikan status Orang Kelainan Upaya (OKU) kategori fizikal dan mengharapkan ianya dapat membantu dirinya mengharungi kehidupan mendatang.
Zaiton yang kini berumur 66 tahun berharap status yang diterima dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan, memberi sinar baharu dalam kehidupannya. Malah pemberian status tersebut membolehkan dia layak memohon untuk menduduki rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur.
“Alhamdulillah, status OKU ini melayakkan saya untuk mendapat bantuan tersebut,” katanya selepas majlis penyerahan kad OKU yang turut dihadiri Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Che Samsu Zuki Che Noh, petang tadi.
Zaiton layak menerima status OKU kategori fizikal selepas disahkan mengalami trauma kecederaan otak oleh pihak hospital berikutan kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya. Pada 1990, Zaiton mengalami kemalangan jalan raya sehingga mengakibatkan anaknya, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 13 tahun meninggal dunia, manakala dia mengalami kecederaan parah di kepala hingga hilang ingatan sementara.
Penyanyi itu juga memaklumkan, status tersebut memudahkannya untuk menjalani kehidupan yang selama ini serba kekurangan kerana tiada tempat bergantung.
“Saya tidak punya siapa-siapa dan hanya bergantung harap kepada anak angkat, Che Sikah Ismail yang menggalas tanggungjawab menjaga saya.
Sementara itu, Che Samsu memaklumkan, pemberian status tersebut berdasarkan pengesahan pihak hospital tentang keadaan penyanyi itu selepas pemeriksaan kesihatan dibuat. “Pihak hospital mengesahkan, Zaiton layak menerima status tersebut selepas pemeriksaan kesihatan ke atasnya dilakukan,” katanya.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak pagi, berita penahanan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi tajuk bualan utama hari ini. Tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira 10.30 pagi.. ribuan rakan media dari dalam dan luar negara telah mula membanjiri perkarangan mahkamah. Apa yang pasti, seluruh rakyat menanti-nantikan perkembangan Perdana Menteri ke-6 ini. Hingga ada yang sanggup ‘melekat’ di kaca televisyen!
Melalui rakaman video yang terpapar secara meluas, kelihatan beberapa pemimpin parti UMNO dan penyokong Datuk Seri Najib hadir ke mahkamah sebagai tanda sokongan. Turut kelihatan, dua anak beliau iaitu Nooryana Najwa dan Mohd Norashman yang setia menemani bapa tersayang.
Yana bersama suami
Berusia 30 tahun, anak perempuan Datuk Seri Najib yang mendirikan rumah tangga pada 2015 dengan jejaka dari Kazakhstan, Daniyar Kesikkba dilihat cukup tenang melalui detik sukar berkenaan.
Meskipun telah bergelar ibu, Yana tetap meluangkan masa bersama ahli keluarga dan tidak mengalah menyuarakan kata-kata semangat kepada para penyokong bapanya menggunakan platform media sosial miliknya.
“No one is as kind, loving and gentle as this man. He has more emotional and mental strength than all of us put together. Even in the face of adversity today, he smiled, laughed and gave us all a hug… worried more for the family than himself.
For 42 years, he thinks of the ‘rakyat’ when he wakes up from sleep until he goes to bed. Let’s just think of him this one time when he needs us the most. You can paint a man black but Allah knows. If it can happen to our leaders, it can happen to anyone of us…. nevertheless we believe Allah is not sleeping.”
Keterbukaan Yana menzahirkan suara hatinya itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang positif memberi kata-kata semangat, tidak kurang juga yang mengecam tindakan Yana tersebut.
Sebagai anak, sudah tentu Yana rasa bertanggungjawab dan sanggup melakukan apa saja untuk menyokong bapa tersayang tidak kira dalam apa jua keadaan.
Difahamkan, Datuk Seri Najib telah dibebaskan petang tadi dengan jaminan RM1juta dengan dua orang penjamin iaitu anaknya, Ashman dan Yana. Mahkamah juga menetapkan tarikh perbicaraan pada 18 Februari tahun depan dan menetapkan 8 Ogos ini untuk pengurusan kes.
Sumber: Instagram Yana Najib
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Manis betul raut wajah anak kepada selebriti Uyaina Arshad! Kecil-kecil lagi sudah terserlah ketampanan putera kesayangan pengacara dan pelakon popular ini.
Berkongsi wajah terkini Raja Urhan di media sosial sempena Ramadan baru-baru ini, perkongsian tersebut nyata menarik perhatian peminat.
Lengkap mengenakan persalinan jubah rona hitam keemasan, anak sulung kepada pasangan Uyaina Arshad dan Raja Syahiran ini kelihatan ceria bergambar di hadapan sebuah masjid.
Kalau memang dah berbakat, pergi ke mana-mana pun tetap bersinar. Apatah lagi, Uyaina seorang personaliti yang bijak, memiliki kelulusan undang-undang dan keperibadian yang baik.
Tak hairanlah rezeki jelitawan ini tidak pernah putus.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada Allah jua kita kembali. Baru beberapa hari menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihanraya Negeri Sabah ke-17, Datuk Seri Bung Moktar Radin kembali ke rahmatullah pada 5 Disember 2025.