Meskipun belum selesai berpantang 40 hari, Datin Rita Sosilawati dan suaminya, Datuk Kamarulzaman Mohammad Hanafiah mengadakan majlis kesyukuran dan cukur jambul sempena kelahiran anak kelima mereka baru-baru ini.
Menurut Datin Rita Sosilawati melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, meskipun dirinya masih dalam berpantang selepas melahirkan anak bongsunya itu, namun majlis kesyukuran dan cukur jambul tetap diadakan untuk anak tersayang. Malah, Datin Rita dan suami turut berkongsi nama yang dipilih untuk anak bongsunya itu.
Ads
Menurut Datin Rita, nama KAAFI RAIF menjadi pilihan dia dan suaminya kerana nama tersebut mempunyai makna yang indah. Kaafi Raif membawa maksud yang mencukupkan dari semua segi, penyayang dan baik hati.
“Maksud namamu begitu indah seperti dirimu yang cukup melengkapkan keluarga ini,” ujar Datin Rita lagi.
Ads
Sebagai ibu, Datin Rita sempat menitipkan doa buat permata hatinya yang disifatkan sebagai pelengkap keluarganya itu.
~KAAFI RAIF~
Jadilah orang yang berpengetahuan,
Ilmu dan adab jangan ditinggalkan
Jika ingin selamat diri,
Dekatkan diri dengan Allah dan juga Nabi.
Ya Allah kurniakanlah anak-anakku iman yang sempurna, kesihatan yang berterusan, keselamatan yang berpanjangan, dilimpahkan rezeki yang cukup dari semua segi malah melimpah ruah, dan jadikanlah mereka penyejuk mata dan pelengkap hidup kami🥰
Untuk rekod, Kaafi Raif dilahirkan pada 19 Mei lalu dan merupakan anak kelima Datin Rita Sosilawati dan suaminya, Datuk Khamarulazlan Mohammad Hanafiah.
Terdahulu, Rita memaklumkan dia pernah mengalami keguguran pada awal tahun lalu sebelum dikurniakan rezeki untuk hamil lahi pada hujung 2022. Dia sebelum ini menyuarakan hasrat untuk dikurniakan cahaya mata kelima dan berdoa di tanah suci Makkah ketika menunaikan umrah bersama suami, November tahun lalu.
Sekadar info, Rita dan Kamarulzaman mendirikan rumahtangga pada 4 Disember 2011. Rita dan suami dikurniakan empat cahaya mata iaitu Kaisar Raees, Khalid Rashad, Khaylila Rafaahiyah dan Khalil Rizqullah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantiknya dia! Makin meningkat usia dan ada anak, makin berseri-seri kecantikan Nia Ramadhani. Kalau tengok susuk tubuh ibu berusia 29 tahun ini pasti ramai yang tidak menyangka Nia sudah pun mempunyai tiga orang anak. Yang pasti, kejelitaan Nia hari ini lebih menarik berbanding ketika dia masih bergelar anak dara.
Mula mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Anindra Ardiansyah Bakrie pada April 2010.. perkahwinan yang meniti usia hampir sembilan tahun ini lebih bermakna apabila pasangan romantis Indonesia tersebut dikurniakan tiga cahaya mata comel iaitu Mikhayla Zalindra (7 tahun), Manaika Zannati (4 tahun) dan Magika Zalardi (2 tahun).
Walaupun anak-anak masih kecil, tapi penampilan selebriti Indonesia ini tetap menawan dan mencuri perhatian. Bahkan, kemesraan Nia di samping suami tercinta juga cukup intim seolah-olah seperti pasangan baru berkahwin.
Sedang menikmati percutian keluarga di London, Nia atau nama sebenarnya Prianti Nur Ramadhani seorang yang aktif bersukan. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan sukan ski. Antara pergunungan salji yang menjadi pilihan Nia untuk melakukan sukan berkenaan ialah Switzerland, New Zealand dan Australia.
Sering tampil dengan gaya mewah, perkahwinan Nia bersama Ardie Bakrie nyata bukan calang-calang. Ardie Bakrie merupakan ahli lembaga pengarah bagi stesen television TV One dan dilahirkan dalam keluarga ternama Indonesia juga anak bongsu kepada Aburizal Bakrie, seorang usahawan terkaya di Asia Tenggara yang memiliki empayar Bakrie Group.
Mengimbas kembali detik pernikahan gilang-gemilang mereka, antara tetamu kehormat yang menyaksikan majlis ijab kabul Nia dan Ardie Bakrie ialah Presiden Republik Indonesia ketika itu.. Susilo Bambang Yudhoyono. Perkahwinan mereka juga mencipta sejarah tersendiri apabila cincin kedua-dua mempelai bertatahkan darah yang diambil daripada Nia dan Ardie kemudian disatukan di atas batu cincin sebagai lambang sehidup semati selamanya.
Nia memulakan karier seni di Indonesia sebagai penari cilik sebelum mengembangkan bakat dalam industri lakonan. Antara lakonan hebat Nia dan memberi kesan kepada penonton di Malaysia adalah menerusi sinetron popular, Bawang Putih Bawang Merah yang turut dibintangi pelakon handalan, Revalina S Temat.
Foto: Instagram Nia Ramadhani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wow, belum pun cecah usia 20 tahun tapi model dari Perancis ini sudah dinobatkan Wajah Wanita Tercantik Di Dunia 2018! Satu kejayaan besar bagi remaja bernama Thylane Blondeau ini. Raut wajah unik Thylane terutamanya di bahagian bibir menyerlahkan aura seksi gadis ini dan sudah tentu ia salah satu tarikan yang membuatkan ramai terpegun.
Menampilkan 100 Most Beautiful Faces of 2018, keputusan TC Candler itu menyaksikan Thylane berada di kedudukan paling atas mengalahkan 99 calon wanita cantik di seluruh dunia. Antaranya nama-nama bintang terkenal antarabangsa termasuk Keira Knightly, Ariana Grande, Selena Gomez, Deepika Padukone, Natalie Portman dan Emma Watson.
Tahun lalu, model dari Filipina iaitu Liza Soberano dinobatkan sebagai The Most Beautiful Faces of 2017. Acara yang mula diadakan sejak tahun 1990 ini turut pernah menampilkan wajah aktres, pelakon dan penyanyi terkenal seperti Nicole Kidman, Lindsay Lohan, Keira Knightly, Emma Watson dan Natalie Portman sebagai pemenang hasil undian pengguna Internet.
Thylane Blondeau merupakan Duta Loreal Paris dan juga Pengasas Heaven May. Menerusi Instagram miliknya, gadis ini turut berkongsi rasa teruja dan tidak menyangka sama sekali akan terpilih sebagai The Most Beautiful Faces of 2018.
Dilahirkan pada 6 April, Thylane kini bertapak kukuh sebagai model popular bernaung di bawah agensi IMG Models yang menghiasi kempen label terkenal seperti Ralph Lauren, Fendi dan banyak lagi.
Kredit: Instagram Thylane Blondeau
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan heroin filem epik tersohor, Titanic yang telah melonjakkan nama Kate Winslet antara artis wanita popular pada era tersebut. Walaupun dah jarang kita melihat artis jelita ini di layar filem namun ibu kepada 3 anak ini tetap kelihatan mempesona walaupun kini usianya menjangkau 40an.
Ternyata, Kate Winslet masih tampak awet muda serta langsing. Sebenarnya, Kate Winslet seorang yang begitu menitikberatkan soal penjagaan wajah dan tubuh khususnya dalaman. Jom semak apa rahsia Kate Winslet.
Untuk wajah, Kate Winslet mengamalkan satu diet khusus untuk wajah agar kesegaran wajahnya kekal terpancar. Diet ini dilakukan 2 hari secara konsisten bagi membuang racun dari wajah. Salah satu caranya, Kate Winslet mengamalkan meminum segelas jus limau yang dicampur lemon, kiwi dan raspberry.
Untuk tubuh langsing dan ideal, Kate Winslet mengikuti kelas tarian dan pilates secara rutin. Kate Winslet turut menasihatkan agar setiap wanita mencintai tubuh masing-masing walau apa pun keadaannya.
Kate Winslet juga sering tampil dengan solekan sederhana dan natural. Setiap kali muncul di acara-acara tertentu, Kate Winslet berusaha untuk mengenakan solekan seminima mungkin agar kulitnya dapat bernafas dengan baik. Jika untuk aktiviti biasa Kate Winslet lebih selesa mengenakan concealer dan lip balm saja.
Tak ketinggalan, Kate Winslet juga mementingkan penjagaan rambut. Cara yang diamalkan oleh Kate Winslet mudah saja. Rambut tak akan disikat ketika masih basah. Agar rambut tak mudah kusut pula Kate Winslet akan menyikatnya dua kali sehari. Agar rambut tumbuh sihat, Kate Winslet akan pastikan hujung rambutnya di trim setiap 3 bulan sekali.
Sumber: Instagram kate.winslet.official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.