
Apabila tiba musim cuti persekolahan, sekaligus musim naik pelamin juga rancak direncanakan memandangkan sepanjang tiga tahun kebelakangan ini majlis perkahwinan merupakan industri’ yang berhadapan dengan kekangan jumlah tetamu dan sebagainya.

Namun, sejak pertengahan tahun lalu, industri perkahwinan kembali rancak setelah kapasiti majlis perkahwinan tidak dihadkan seperti sebelumnya. Sekaligus ia melegakan pemain industri perkahwinan di mana tempahan berkaitak perkahwinan kembali rancak dan berkembang baik.

NONA berkesempatan bertemu pasangan suami isteri, Janice Mok dan Alvin Goh, empunya JV Crafts & Gifts yang memperkenalkan selebriti Ryan Deedat sebagai Duta Jenama bagi Syarikat JV Craft & Gifts baru-baru ini.
Menurut Janice, JV Crafts & Gifts merupakan one stop centre yang menjual pelbagai keperluan untuk majlis perkahwinan Melayu. Ia ditubuhkan pada 2019 dan beroperasi di Setia Alam, Selangor. Pada tahun yang sama, seluruh dunia dikejutkan dengan pandemik Covid-19. Banyak perniagaan terjejas teruk dan JV Crafts & Gifts tidak terkecuali.

“Ketika Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pertama dilaksanakan, saya dan suami berasa tidak senang duduk mengenangkan kami baharu sahaja membuka perniagaan tersebut,” ujar Janice memulakan sesi temubual.
Tetapi saya bersyukur kerana Alvin mempunyai idea untuk membawa perniagaan kami ini ke platform digital dan mendaftarkan JV Craft & Gifts di Shopee dan Lazada.

Ternyata mengalihkan perniagaan ke platform digital telah membuka ruang rezeki yang baik untuk kami dan memberikan pelanggan lebih banyak pilihan dan mudah untuk membeli barangan keperluan perkahwinan secara dalam talian.
Malah kami telah menambah cara untuk membeli produk dengan menggunakan medium Tik Tok Shop dan laman sesawang,” ujar Janice ketika ditemui di JV Craft & Gifts baru-baru ini.

Ditanya mengenai keunikan JV Craft & Gifts, Janice berkata ia mempunyai variasi pilihan cenderahati perkahwinan untuk majlis perkahwinan selain perkakasan dulang hantaran, bunga hiasan, pokok viral, barangan dekorasi kediaman dan sebagainya.
Selain itu, JV Craft & Gifts turut menawarkan perkhidmatan untuk gubahan hantaran, bunga tangan, bunga pasu dan mas kahwin.

Berbalik mengenai perlantikan Ryan Deedat sebagai duta jenama, ia merupakan kolaborasi pertama Ryan Deedat dan JV Craft & Gifts.
“Secara jujurnya saya tidak pernah ditawarkan menjadi duta bagi jenama lain. Ini merupakan kolaborasi yang istimewa dan saya berasa amat bersyukur diberi peluang menggalas tugas sebagai duta,” ujar Ryan Deedat ketika ditemui di majlis menandatangani persefahaman di antara dirinya dan JV Craft & Gifts.

Dalam majlis yang sama, Janice berkata projek pertama antara mereka adalah mengeluarkan lagu raya berjudul “Hantaran Raya” yang baharu selesai menjalani penggambaran muzik video baru-baru ini.
Lagu tersebut telah dicipta oleh Adam Armin, Yusuff Khan selaku komposer dan lirik oleh Adam Armin, Yusuff Khan dan Ryan Deedat. Lagu tersebut turut menampilkan penglibatan kakitangan dan pengurusan JV Craft & Gifts dan gandingan bersama Nisha Que sebagai penyanyi jemputan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!






Kuantan 188 turut menjadi sebuah mercu tanda strategik yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi
Pada 20 Februari 2022, Hospitality 360 mengumumkan perasmian Kuantan 188 menara setinggi 188 meter yang menjadi nadi bandar Kuantan, Pajang serta menara kedua tertinggi di Malaysia. Turut dilancarkan logo baharu dan penerimaan sijil sebagai ahli rasmi World Federation of Great Towers.
“Saya percaya, pelancaran hari ini akan memberi suntikan dan nafas baharu kepada pengurusan Kuantan 188 untuk memperkenalkan menara ini ke mata dunia. Pelancaran Ini seiring dengan pengambilalihan operasi menara ini pada 1 Januari 2022. Kami menyasarkan untuk menjadikan Kuantan 188 sebuah hub destinasi pelancongan moden di Pajang dan Pantai Timur dengan melancarkan siri-siri aktiviti di sini pada bulan-bulan mendatang,” ujar Dato’ Indera Omar.
Untuk berkunjung ke menara ikonik ini, penduduk tempatan dan pelancong kini boleh membeli tiket secara dalam talian di laman web rasmi Kuantan 188, platform teknologi AI pelancongan Go Tifi dan juga di menara itu sendiri. Di samping menikmati panorama bandar dan sungai Kuantan, anda juga berpeluang untuk merasai detik mencabar dengan melakukan aktiviti seperti ‘Sky Walk’, ‘Drop Zone’ dan ‘Anthena Climb’ sama seperti yang terdapat di Menara Macau dan Taipei 101.
Kuantan 188 boleh dikunjungi dari jam 10 pagi sehingga 10 malam pada hari biasa, atau 10 pagi hingga 12 tengah malam pada hujung minggu. Tiket adalah mengikut harga dewasa dan kanak-kanak. Manakala pakej lawatan terbahagi kepada tingkat pemerhatian sahaja (deck only); Skydeck; dan kombo (tingkat pemerhatian dan Skydeck).
KONSEP REKA BENTUK
Manakala reka bentuk Anjung Menara berdasarkan inspirasi daun dan bunga pokok Teruntum Putih.







