Nama Nabila Syakieb dalam dunia hiburan Indonesia sememangnya tak asing lagi.
Figura cantik berusia 37 tahun ini terkenal dengan gelaran ‘Ratu Sinetron Indonesia’ kerana telah membintangi berpuluh-puluh sinetron popular.
Antaranya Cinta Sekolah Menengah, Anakku Bukan Anakku, Aku Bukan Untukmu, Ratu, Ibu Mertua dan Menantu, dan Maha Cinta.
Kini, ibu dua anak ini sudah lama tidak muncul dalam industri hiburan. Seperti dilaporkan KompasTV, Nabila sedang mengusahakan bisnes kulinarinya di Bali.
Ads
Bersama rakannya, Nabila membuka gerai masakan Arab di Bali yang menjual pelbagai hidangan seperti nasi kebuli, nasi ulam dan beberapa lagi masakan khas Arab yang dimasak sendiri.
Menurut portal TribunMedan, Nabila mengakui harga menu di kedainya adalah mampu milik.
Ads
Menariknya, Nabila rajin turun ke gerainya dan tidak kekok melayan para pelanggan yang datang makan di situ.
Selain terjun ke bidang kulinari, Nabila turut mempunyai hobi menunggang kuda.
Ads
Untuk info, Nabila berkahwin dengan atlet berkuda, Reshwara Argya Ardial pada 2015.
Dedah Nabila, suaminya itu bukanlah seorang lelaki yang romantik tetapi sangat penyabar orangnya.
Semoga Nabila Syakieb terus sukses dalam bidang yang diceburinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita bakal meraikan sambutan Hari Malaysia. Keluarga Malaysia yang ingin hadir untuk memeriahkan sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, Melaka, digalakkan mengenakan busana era 50-an, 60-an atau pakaian tradisi masing-masing.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata ia bagi meraikan kepelbagaian dan penyatuan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum selain dapat mengimbau kembali sejarah negara mencapai kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.
“Di situ nanti kita boleh lihat kepelbagaian kaum, dan di sebalik kepelbagaian itu ada penyatuan di antara kaum.
“Ini adalah antara aspirasi dalam Keluarga Malaysia iaitu Kebersamaan, Keterangkuman dan Kesyukuran dan dengan kita bersyukur, maknanya kita boleh kumpul serentak dalam pelbagai kaum, bangsa dan agama dalam satu platform bagi meraikan sambutan Hari Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program wawancara Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.
Menurut Mohammad pengunjung yang hadir bakal dihiburkan dengan persembahan artis tempatan antaranya Datuk Jamal Abdillah, Ernie Zakri, Jimmy Palikat dan persembahan lakonan semula detik-detik bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di lokasi bersejarah itu.
Sementara itu, Mohammad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 berkata persiapan sambutan pada 16 September ini telah mencapai kemajuan hampir 80 peratus.
“Saya amat berharap semoga acara berlangsung dengan lancar, kita berdoa agar cuaca baik. Saya juga ingin menggalakkan pengunjung hadir bukan sahaja dari Melaka bahkan dari negeri sekitar seperti Johor, Negeri Sembilan dan sebagainya,” katanya.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Shell Malaysia mengumumkan pelantikan Siti Hurrairah Sulaiman sebagai Pengerusi Negara berkuat kuasa 1 Januari 2023, wanita pertama yang memegang jawatan berkenaan di Malaysia. Siti Hurrairah akan menggantikan Datuk Ivan Tan, yang akan memegang jawatan sebagai Naib Presiden Eksekutif, Telaga, bagi Shell Group.
Tan akan berpangkalan di The Hague, Belanda sebaik saja memegang jawatan global berkenaan.Sebagai Pengerusi Negara Shell Malaysia, Siti Hurrairah akan memantau semua perniagaan Shell Malaysia, selain peranannya sebagai Naib Presiden Kanan bagi perniagaan huluan di negara ini.
Siti Hurrairah berasal dari Kuching, Sarawak dan memulakan kerjaya bersama Shell sebagai pemegang biasiswa. Beliau menamatkan pengajian dari Imperial College di London dengan ijazah sarjana muda kelas pertama dalam Kejuruteraan Mekanikal dan memulakan kerjaya sebagai jurutera operasi di Shell Malaysia Upstream.
Semasa awal kerjaya, Siti Hurrairah memainkan peranan dalam pembangunan, perancangan, komersial dan strategi di United Kingdom serta Malaysia. Pada 2011, beliau dilantik sebagai Pengurus dan Pengarah Aset Malaysia wanita pertama Shell Petroleum Company Limited, bertanggungjawab bagi operasi minyak dan gas huluan Shell di Sabah.
Pada 2015, Siti Hurrairah berpindah ke London sebagai Pengurus Besar Operasi Komersial dalam perniagaan perdagangan dan bekalan Shell, di mana beliau bertanggungjawab terhadap perkhidmatan komersial global Shell Group.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden, Penerokaan Gas Bersepadu Timur, yang bertanggungjawab terhadap pelbagai portfolio Usaha Sama Shell di pelbagai negara di wilayah timur, sebelum memegang jawatan semasa sebagai Naib Presiden Operasi Aset Teknikal, yang menyelia organisasi global besar bagi menyokong aset serta unit operasi merentasi Shell Group.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Lelawati Raffik atau Datin Leyla ternyata bertuah kerana kecantikan aslinya sebagai anak kacukan Melayu-India masih terserlah walaupun kini mencecah usia 40 tahun.
Bukan saja anggun malah Datin Leyla juga berjaya mengekalkan bentuk tubuh yang langsing biarpun bergelar ibu kepada tiga anak remaja iaitu Aretha Ann Philis (15), Alysha Ann Philis (13) dan Emir Adam Shah (10).
Ternyata, Datin Leyla memiliki pakej yang cukup sempurna sebagai seorang wanita, isteri serta ibu terbaik yang boleh dijadikan inspirasi buat wanita-wanita di luar sana.
RAHSIA CANTIK
“Setiap pagi saya amalkan meminum satu liter air kosong di samping mengambil suplemen secukupnya. Saya juga menggunakan produk yang bebas bahan berbahaya serta ada bukti penyelidikan. Walaupun kesannya lambat yang penting ia selamat.
Untuk kekal cergas saya melakukan rutin workout di rumah kerana tak ada masa ke gim. Di rumah pun lebih selesa dan bebas. Kalau ke spa pula biasanya saya pergi ketika bercuti saja.
Untuk penampilan antara koleksi barangan yang gemar dikumpul seperti beg tangan, kasut, buku dan minyak wangi. Salah satu jenama minyak wangi pilihan saya semestinya Guerlain Champs Elysees. Dah hampir 20 tahun saya setia dengan jenama ini.”
KELUARGA
“I’m quite a tradisional mom. Setiap hari rutin saya pasti bermula jam 5.30 pagi. Sebaik anak-anak keluar rumah sekitar pukul 6.50 pagi untuk ke sekolah, saya akan menyediakan secawan kopi bersama suplemen untuk suami.
Setiap pukul 7 pagi saya dan suami akan duduk di patio sambil menikmati kopi bersama. Ketika inilah kami akan berbincang mengenai kerja serta perancangan untuk perniagaan. Ketika ini juga saya akan berkongsi tentang perkembangan anak-anak sebelum suami ke tempat kerja.
Sebaik anak-anak pulang dari sekolah saya akan pastikan masa diluangkan bersama mereka di rumah. Kalau pada hari biasa anak-anak sibuk dengan urusan sekolah dan tuisyen. Saya dan suami pula sibuk dengan urusan kerja.
Maka, setiap Sabtu dan Ahad kami sekeluarga akan keluar sama ada menonton wayang atau makan-makan. Kadang kala, jika ada masa saya akan meluangkan masa bersama teman-teman rapat antaranya keluar minum kopi.”
IBU YANG TERBAIK
“Saya mengharapkan agar dapat sentiasa meluangkan masa bersama keluarga biarpun kadangkala sibuk dengan urusan kerja. Saya bersyukur kerana keluarga sentiasa menjadi tulang belakang untuk saya menjadi isteri dan ibu terbaik.
Sebagai wanita saya sangat kagum kerana kita mampu mengendalikan beberapa situasi dalam satu masa. Kitalah wonder women. We can do things at one go!” Suami dan anak-anak menjadi kekuatan maka saya berusaha melakukan yang terbaik demi mereka.
Zaman sekarang nak mendidik anak-anak sangat mencabar. Sebagai ibu juga saya sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anak. Saya sering meletakkan diri ini sebagai sahabat kepada anak-anak di samping menasihati, menegur dan berkongsi pendapat bersama mereka.”
KERJA DARI RUMAH
“Sebelum ini hampir 14 tahun saya dan suami berada dalam industri oil and gas. Kini saya serahkan semuanya kepada suami yang bertindak sebagai ketua atau mastermind untuk syarikat kami. Saya hanya bekerja dari rumah.
Selain menguruskan bahagian jualan dan pemasaran, saya juga bertanggungjawab terhadap hal-hal berkaitan kakitangan dan mesyuarat. Bekerja dengan suami ada kelebihan dan cabarannya. Tapi apa yang penting saling profesional, komited dan banyak bersabar.
Setakat ini, sepanjang bekerja bersama kami tiada masalah. Sejujurnya memang seronok menguruskan perniagaan bersama suami kerana masing-masing mengambil semangat serta saling memberi sokongan. Susah senang pun bersama-sama.
Kesimpulannya saya suka bekerja dengan suami. Kami bebas berbincang apa saja perkara tanpa berselindung. Masing-masing jujur dan ikhlas memberi teguran mahupun nasihat. Yang penting hormat kedudukan masing-masing barulah segalanya mudah.”
Kredit Foto: Instagram Leyla Raffik
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.