Saya selalu memegang prinsip bahawa nilai berita itu mahal harganya. Untuk mendapat kepercayaan dan menyampaikannya dengan penuh tanggungjawab adalah satu sifat asas seorang Wartawan, atau penggiat media di lapangan.

Meskipun Majalah Nona memfokuskan kisah-kisah kewanitaan dan gaya hidup, namun profesionalisme Wartawan tetap penting bagi memastikan kesahihan sesuatu artikel yang diterbitkan.

IKLAN

Berita yang baik, tepat dan benar membentuk aliran pemikiran sesebuah masyarakat yang bertamadun. Tanggungjawab kami sebagai Wartawan bukan hanya terhadap syarikat tempat bekerja, tapi pada komuniti dan pembaca-pembaca Majalah Nona.

“Kalau Doktor Berjuang Dengan Sut Hazmat, Wartawan Berjuang Dengan Pena & Kamera!” Zuraida, Nancy Shukri Zahir Penghargaan
Warga kerja Majalah Nona

 

Jiwa kewartawanan hidup dalam jiwa ramai orang. Kebanjiran ‘Wartawan segera’ juga meningkat sejak aliran media sosial menjadi pilihan masyarakat mendapatkan berita terkini.

Namun berapa ramai yang tewas, menulis berita palsu dan sanggup menokok-tambah cerita demi mendapatkan Like serta Share semata-mata?

Kerana itu hanya Wartawan sebenar yang mampu menyebarkan sesuatu berita dengan seluruh tanggungjawab di bahunya.

Lebih-lebih lagi sewaktu pandemik COVID-19 ini, tugas Wartawan menjadi semakin besar dalam menyampaikan maklumat tepat, sekaligus mengekang berita-berita tidak benar yang bertebaran di media sosial.

Tonton sesi IG Live Majalah Nona bersama Wartawan Kanan serta Penulis Gaya Hidup, Zehan Suziana, Editor Majalah Nona, Norzalina Mohd Alias dan Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

 

PENGHARGAAN PEMIMPIN

Sempena Hari Wartawan Nasional 2021 pada 29 Mei lepas, Nona tertarik berkongsi ucapan dua pemimpin wanita yang cukup disegani ini. Ingatan dan ucapan penghargaan yang mereka sampaikan benar-benar menyentuh hati kami sebagai Wartawan.

 

IKLAN

UCAPAN YB ZURAIDA KAMARUDDIN:

“Kalau Doktor Berjuang Dengan Sut Hazmat, Wartawan Berjuang Dengan Pena & Kamera!” Zuraida, Nancy Shukri Zahir Penghargaan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Dr Hajah Zuraida Kamaruddin

 

Jika petugas barisan hadapan lain memerangi COVID-19 dengan alatan perubatan dan sut Hazmat, Wartawan dan pengamal media memerangi pandemik ini dengan pena dan kamera.

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional kepada semua wartawan dan pengamal media yang sanggup mendedahkan diri kepada risiko dalam situasi pandemik hari ini.

Teruslah berbakti kepada negara tercinta, dengan menyediakan berita yang tepat, telus dan beretika untuk masyarakat.

IKLAN

 

UCAPAN YB DATO’ SRI NANCY SHUKRI:

“Kalau Doktor Berjuang Dengan Sut Hazmat, Wartawan Berjuang Dengan Pena & Kamera!” Zuraida, Nancy Shukri Zahir Penghargaan
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

 

Dari kaca mata saya, Wartawan adalah wira dan wirawati yang sentiasa bersiap sedia tidak kira masa dan di mana sahaja, menabur bakti tanpa mengenal erti perit jerih demi negara tercinta.

Apa lagi pada ketika ini, kita masih belum menang dalam peperangan menentang pandemik COVID-19. Rakan-rakan wartawan kita jugalah yang bertungkus-lumus turun ke padang demi mendapatkan maklumat terbaru dan sahih untuk disajikan kepada seluruh rakyat di negara ini.

Terima kasih rakan-rakan Wartawan. Selamat menyambut Hari Wartawan Kebangsaan 2021. Saya amat mengagumi anda semua! Semoga jasa dan pengorbanan anda dirahmati Allah SWT. Amiiin!

 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan buat dua pemimpin wanita hebat ini. Terima kasih kerana sentiasa mengingati dan menghargai Wartawan! Editor Majalah Nona, Norzalina Mohd Alias

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI