Kuasa antioksidan yang terdapat dalam vitamin C boleh membantu mencerahkan kulit, memberi kesan awet muda dan melicinkan kedutan. Tidak salah jika dikatakan vitamin C adalah bahan wajib yang diperlukan setiap wanita.
Vitamin C juga boleh melindungi kulit daripada kesan negatif sinaran ultraviolet. Memakai krim tabir suria dengan SPF (perlindungan UVB) dan PA++ (perlindungan UVA) sekadar memberi memberikan perlindungan luar kulit. Perlindungan akan lebih berkesan jika diimbangi dengan pengambilan vitamin C yang mencukupi.
Tahukah anda bahawa vitamin C merupakan senjata rahsia untuk awet muda? Vitamin C mengandungi antioksidan yang mampu membantu menghalang radikal bebas yang merosakkan sel kulit. Radikal bebas terbentuk daripada pencemaran dan terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin C memiliki kemampuan untuk menyembuhkan kulit yang terbakar akibat sinar matahari serta mencegah kerosakan kulit.
Vitamin C merupakan komponen penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen merupakan sejenis protein yang terdapat pada jaringan kulit, otot dan tulang. Peranannya penting kerana berfungsi mengaktifkan enzim yang merangsang pembentukan kolagen dalam tubuh.
Memang benar vitamin C patut menjadi sahabat baik setiap wanita. Bagi memiliki kulit yang sihat dan cantik perlu mengambil vitamin C setiap hari. Kadar vitamin C yang perlu diambil oleh setiap wanita dewasa adalah 75 gram.
Vitamin C boleh didapati melalui buah-buahan seperti lemon, oren, jambu, kiwi, betik, strawberi dan nanas. Sementara bekalan vitamin C dalam bentuk sayur-sayuran boleh diperoleh daripada paprika merah, brokoli, tomato dan cili.
Ads
Manfaat Untuk Kecantikan
(a) Rambut sihat
Vitamin C adalah salah satu nutrisi yang dapat membantu pertumbuhan dan menguatkan akar rambut. Mendapat manfaat vitamin C untuk kesuburan rambut boleh dilakukan dengan mengambil vitamin C dan menggunakan masker vitamin C secara semula jadi seperti menggunakan strawberi atau betik.
(b) Lebih bertenaga
Vitamin C berfungsi dalam penyerapan zat besi dalam tubuh. Zat besi sangat penting untuk kecantikan dan kesihatan tubuh. Jika kekurangan zat besi tubuh akan merasa lesu, lemah dan mengantuk.
Ads
(c) Awet muda
Dalam American Journal of Clinical Nutrition ada menyatakan wanita pertengahan usia yang mengambil vitamin C mencukupi tidak mempunyai kedut dan hidrasi kulit. Vitamin C dapat mencegah radikal bebas dan menghalang proses penuaan.
(d) Kesihatan kuku
Ads
Vitamin C membantu menjaga kesihatan kuku serta menguatkan ketahanan kulit, jaringan kulit, tulang dan dinding pembuluh darah. Nutisi ini sekali gus dapat mengelakkan kuku cepat rosak dan menguatkan kuku dari dalam.
Produk Pilihan Nona
Wanita urban yang dihambat masa untuk menyiapkan tugasan yang penuh dengan deadline sering merasakan diri terabai akibat kurang penjagaan kulit. Sel-sel kulit mati yang tidak disingkirkan boleh menjadi punca masalah kulit seperti jerawat dan pigmentasi. AstaVita+ Re-fueling Mist Serum menjadi solusi dalam melengkapkan penjagaan kulit wanita.
Diformulasi khas dengan kombinasi elemen semula jadi yang kaya dengan kandungan antioksidan tertinggi bertindak membantu menyelesaikan masalah kulit.
Mengadunkan bahan-bahan terpilih dan berkualiti daripada Astaxanthin, StemCell Epal, StemCell Anggur, Vitamin C, ekstrak Argan dan Pati Bunga Ylang Ylang membuat kulit wajah kekal terpelihara dengan serta-merta di samping memelihara kelembapan kulit. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersandarkan rupa paras cantik, pengaruh dan cita rasa mewah yang sering digayakan, tidak hairanlah Ameera Khan selalu diundang menghadiri majlis pelancaran eksklusif dan Fashion Week pelbagai jenama fesyen mewah.
Antaranya Fendi, Louis Vuitton, Christian Dior, Balenciaga, Valentino, Prada dan Longchamp. Untung empunya diri!
Tak dinafikan adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor ini ada pesona tersendiri. Kecantikan Ameera bukan saja jadi perhatian golongan lelaki. Bahkan kaum wanita juga mengagumi kejelitaan anak perempuan bongsu Datin Noor Kartini dan Dato’ Abdul Halim Khan ini.
Ternyata Ameera atau dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) mengikut jejak langkah kakak tersayang, Neelofa yang sering menerima undangan label fesyen ternama antarabangsa sebelum mendirikan rumah tangga.
Meniti usia 23 tahun, populariti Ameera dalam industri fesyen kian melonjak naik. Kebanyakan posting di media sosial miliknya juga memaparkan aktiviti Ameera bergaya sofistikated ketika berada di luar negara dan menghiasi kempen terbaharu fesyen mewah antarabangsa.
April lalu, dia menghadiri pertunjukan fesyen LV Prefall 2023 di Korea Selatan yang hanya dihadiri golongan kenamaan dan selebriti terkemuka saja.
Walau tanpa solekan tebal dan aksesori, penampilan Ameera tetap menarik tumpuan. Pendek kata apa saja yang disarungkan ke tubuh badan rampingnya pasti terletak cantik dan menjadi ikutan penggemar fesyen.
Nampak lebih muda, eksklusif dan cantik! Itu antara pujian warga maya apabila melihat penampilan usahawan popular, Dato’ Seri Vida baru-baru ini. Terkenal dengan gaya fesyen extravaganza dan berani sebelum ini, kelibat pengasas Vida Beauty Sdn Bhd ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan nyata mendapat pujian rakan-rakan artis dan followers.
Ini selepas Dato’ Seri Vida atau nama penuhnya Hasmiza Othman memuat naik gambar di majlis tersebut di media sosial miliknya. Menerusi perkongsian itu, Dato’ Seri Vida mengenakan persalinan rona lembut dengan rekaan serba minimalis. Ia sekaligus membuatkan dia kelihatan berbeza dan memikat!
Memetik kapsyen Dato’ Seri Vida, “Kenduri kendara, betul ke nampak muda pakai macam ni?”
Ruangan komen Dato’ Seri Vida dibanjiri dengan kata-kata pujian yang kebanyakan daripada mereka menyukai penampilan ahli perniagaan itu.
Malah, rekaan busana tersebut juga sangat padan dengan bentuk tubuh Dato’ Seri Vida kelihatan lebih kurus.
Bukan hanya busana ilham Khuntumn yang digayakan menjadi tumpuan bahkan solekan pada majlis itu juga tidak keterlaluan. Sekaligus menyerlah kelembutan wajah ibu dua anak ini.
Peminat juga merasakan ahli perniagaan popular berkenaan sesuai dengan imej sedemikian berbanding fesyen ‘meriah’ dengan busana yang agak pelik dan variasi warna-warna garang.
Dato’ Sri Vida kini berusia 51 tahun memiliki Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu dan Sejarah) dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan dikurniakan dua anak iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Muhammad Eric Zacquan atau mesra disapa Kacak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat kemesraan pasangan selebriti ini terus teringat momen mereka berdua sebelum bergelar suami isteri dalam klip video nyanyian duet mereka, Penghujung Cintaku. Waktu itu, Adelia Wilhelmina belum lagi mengenakan hijab namun kecantikannya jelas terserlah. Kini selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga dan memiliki anak, suri hati Pasha masih kekal menawan. Malah penampilannya lebih sopan sejak memakai tudung.
Pastinya ramai yang turut terpegun dengan kecantikan asli isteri vokalis kumpulan Ungu tersebut. Mana tidaknya, walau sudah dikurniakan empat orang anak namun tetap ramping. Ditambah pula penampilan Adelia yang anggun berhijab… bagai tidak puas mata memandang!
Tampil lebih matang dan sopan, ibu berusia 30 tahun ini dilaporkan membuat keputusan untuk berhijab kira-kira empat tahun lalu. Sejak detik itu, Adelia dilihat selesa menyarung
busana labuh dan bertudung litup setiap kali berhadapan dengan khalayak.
Pernah berkhidmat sebagai pramugari, Adelia bagaimana pun nekad berhenti daripada kerjaya di awan biru semata-mata mahu memberi sepenuh tumpuan menguruskan keluarga dan anak-anak. Alahai, beruntung Pasha!
Sah bergelar isteri penyanyi lelaki popular Indonesia berkenaan pada tanggal 11 November 2011, usia perkahwinan Adelia dan Pasha yang bakal meniti usia sembilan tahun terus
diulit bahagia. Apatah lagi dengan kehadiran empat cahaya mata comel mereka iaitu Dewa Hikari Zaidan Ibrahim, Sakha Dyandra Sultan Yusuf, Aliyan Akhtar Raja Sulaiman dan Kayla Mutiara Pasha.
Adelia nyata seorang sosok ibu penyayang. Dia tidak hanya mengasuh dan menjaga semua anak-anak dengan baik bahkan dia juga sangat akrab dengan tiga lagi anak Pasha hasil perkahwinan sebelumnya ketika bersama bekas isteri, Okie Agustina.
Pasha yang aktif menceburi bidang politik Indonesia dan sibuk dengan jadual tugas sebagai Wakil Wali Kota Palu dilihat tetap meluangkan masa bersama keluarga. Dek selalu menemani sang suami menghadiri program politik, Adelia juga difahamkan turut terlibat dengan parti politik yang diceburi Pasha.
Hampir sedekad melayari bahtera perkahwinan, Adelia tanpa silu menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan insan bergelar suami yang sangat memahami dan penyayang. Kongsinya, “Mudah-mudahan Allah selalu melindungi pernikahan kita. Tak terasa sudah masuk 9 tahun pernikahan. Cepat sangat waktu berputar.
Terima kasih sayang, jadi suami yang sabar, menerima aku apa adanya, tak bisa masak seperti isteri-isteri lain. Maaf belum bisa jadi isteri yang sempurna dan serba kekurangan.
Ada satu perkara yang tak pernah berubah dari suamiku dari hari pertama bertemu sampai hari ini iaitu perhatian dan kasih sayangnya dalam memperlakukan isterinya.”
Kredit: Instagram Adelia Pasha
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.