Dalam episod pertama program realiti digital pencarian makeup artist Fabulous MUA 1 November lepas… selain para peserta, pastinya kehadiran salah seorang juri jemputan iaitu Zulin Aziz antara yang terkesan di hati penonton. Mana tidaknya, setiap komen yang diberikan Zulin sangat jujur dan ‘tajam’ hingga membuatkan para peserta turut merasa gementar. Iyalah, selama ini ramai yang mengenali perwatakan Zulin sebagai pelawak. Tak sangka pula dia rupa-rupanya seorang yang tegas!
Berpeluang bertemu Zulin selepas penggambaran selesai, persoalan pertama yang diajukan kepada aktres ini tentunya mengenai kelantangannya dalam memberikan komen. Sambil tersenyum, dia menyusun kata. “Sebab kalau saya baik, mereka tak belajar. Saya pun sebenarnya belajar dari director yang garang… daripada benda-benda yang ‘pedas’. Daripada benda yang ‘pedas’ tu, membakar semangat untuk berjaya.
‘Kau tunggulah Zulin, satu hari nanti aku akan jadi makeup artist berjaya. Muka kau pun aku tak pandang!’ Benda tu yang kita nak!”
Tambahnya lagi, “Jangan bila kita marah dia sebagai peserta, dia rasa lagi down. Sebab apa yang saya cakap tu jujur. Nak saya jaga hati ke? Kalau nak jaga hati, jangan panggil saya pengkritik. Panggil saya pemuji… saya akan datang puji je. Tapi sebab kita datang sini, kita nak bagi komen. Bukan saja mengkritik. Tapi kalau lawa, kita kata lawa… kalau tak betul, kita kata tak betul. Berdasarkan apa yang saya pandang.
Ads
Sudut mata makeup artist lain, sudut mata dari seorang klien pun lain. Saya mewakili klien. Sebab saya artis, saya yang bakal hire mereka. InshaAllah, mana tahu kan? Jadi apa yang boleh saya cakap adalah… semua ini sebenarnya nak bagi mereka buka mata dan jangan play safe. Sebab dalam industri ni dah ramai makeup artist dah. Tapi apa yang membuatkan kita nak dia (makeup artist) adalah, apa yang saya cakap itu tadilah.”
Biarpun secara luaran Zulin disifatkan sebagai seorang yang ‘sempoi’ dan penuh lawak jenaka, hakikatnya apabila menyentuh soal kerja… dia cukup komited dan teliti! Lebih-lebih lagi melibatkan solekan wajah ketika penggambaran drama atau program hiburan. Sepanjang lebih 12 tahun terlibat dalam industri, dia mengakui tidak terlepas daripada mengalami igauan ngeri solekan daripada makeup artist.
“Saya ni orangnya particular bab mekap. Kalau saya sendiri mekap, saya tahu yang saya ni malas ke time tu. Tapi orang (makeup artist) tak boleh, sebab kita klien dia kan. Dia tak boleh bagi alasan macam mana saya bagi alasan kat diri saya.
Ads
Macam hari ni saya malas… saya comot. Tapi kalau saya hire dia sebagai makeup artist, dia tak boleh bagi saya alasan yang dia malas.
Ada satu insiden tu… saya tak tahu dia makeup artist dari mana. Dia mekap saya untuk live show. Dia pakaikan bulu mata saya, terlebih atas. Saya pula tak tengok cermin sebab saya dah lambat. Bukan je bulu mata terlalu ke atas, eyeliner comot dan bila saya commercial break, saya tengok muka saya… saya menjerit.
Tapi demi menjaga hati dia, saya macam buat relax je. Sebenarnya saya buka balik bulu mata tadi dan mekap sendiri,” terang Zulin penuh jujur.
Zulin Aziz dijemput selaku juri undangan Fabulous MUA episod 1 yang disiarkan menerusi Youtube, Facebook dan laman web Majalah Nona pada 1 November lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terharu dengan hubungan akrab rakan selebriti ini. Meskipun sahabat tersayang sudah tiada dan pergi buat selamanya namun Nikki Palikat dan Suki Low masih mengenang kemanisan persahabatan yang terjalin di antara mereka.
Di samping menghargai segala kebaikan yang pernah diberikan Allahyarham Adibah Noor Mohd Omar selama ini.
Perkongsian yang dibuat penyanyi yang juga dua peserta All Stars Gegar Vaganza berkenaan di media sosial mereka baru-baru ini nyata meruntun jiwa peminat.
Memuat naik gambar terkini, Nikki dan Suki dilihat memakai selendang serta menabur bunga di pusara rakan tersayang, Allahyarham Adibah Noor.
Dalam foto tersebut kelihatan Nikki dan Suki mengenakan blaus hitam dan berseluar jeans biru serta masing-masing berselendang putih dan merah jambu. Turut menemani kedua duanya ialah bekas pembantu peribadi Allahyarham dan beberapa rakan lain.
“Melepaskan kerinduan.. Kakakku, semoga tenang di sana bersama mereka yang beriman. Al-fatihah Adibah Noor Mohd Omar.”
Perkongsian itu meraih perhatian ramai dan rata-rata peminat meluahkan rasa senang dengan sikap Nikki Palikat serta Suki.
Allahyarham Adibah Noor Mohd Omar yang cukup sinonim dengan lagu Terlalu Istimewa kembali ke rahmatullah pada 18 Jun 2022 akibat kanser ovari tahap empat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehidupan berpoligami tidak semestinya perlu timbulnya isu malah bermasam muka. Ini yang dibuktikan oleh keluarga pelakon tampan Ashraf Muslim yang memuat naik gambar meraikan kedatangan bulan kemenangan bersama-sama kedua-dua isteri, mendapat perhatian netizen.
Biarpun berpoligami, Ashraf berjaya memberikan kebahagiaan buat keluarga besarnya. Malah perkahwinan Ashraf bersama dua isteri yang harmoni sering menjadi perhatian warganet.
Suami kepada Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi itu berkongsi foto mereka sekeluarga memakai sepersalinan biru pastel dan kelabu berlatarkan keindahan desa di samping ditemani kemeriahan keluarga masing-masing.
“Assalamualaikum guys. Kita masih lagi bulan syawal ini. Masih belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini serta keluarga saya. Ampun maaf dipinta dengan kesilapan yang kami lakukan sebelum ini. Selamat hari raya!,” tulis Ashraf.
Hubungan baik antara kedua-dua orang isteri beliau dan anak-anak menjadi inspirasi dan ramai yang mengagumi cara Ashraf yang sentiasa dilihat berlaku adil dan bahagia menjalani kehidupan dengan dua orang isteri.
Tak kurang juga ada yang mengagumi kedua-dua isteri Ashraf yang dilihat cukup bahagia dan masing-masing memahami peranan dan kepentingan masing-masing sebagai seorang isteri kepada seorang selebriti terkenal. Sesungguhnya kedua-duanya wanita ini cukup hebat dan kuat di mata NONA.
Menjengah perkongsian Ashraf di Instagram, ramai warga maya mendoakan agar keluarganya bahagia selama-lamanya. Untuk info, hasil perkongsian hidup Ashraf dengan Noor Dayana, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 8.
Manakala bersama Wan Sakinah pula, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 9, Adam Ashraf, 8, dan Safiyyah Ashraf, 4.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelakon dan pelantun lagu Gatal, Janna Nick ada berkongsi beberapa keping foto ketika menyambut ulang tahun kelahiran adik perempuannya, Kissya Nick di sebuah restoran terkemuka. Hantaran tersebut nyata mengundang perhatian peminat Janna yang kagum melihat keakraban keluarga Janna.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner meraikan hari lahir adiknya yang ke-18 tahun itu bersama ahli keluarga serta teman lelaki yang juga pelakon dan model, Dini Schatzmann.
Menurut kepsyen yang ditulis Janna, dia ada menitipkan kata-kata istimewa kepada Kissya atau nama sebenarnya Nurul Balqish dalam menempuh hari mendatang serta mendoakan adiknya berjaya mendapat gelaran doktor satu hari nanti. Menjengah akaun Instagram Nurul Balqish sendiri, dia kinipun sudah memiliki hampir 63 ribu pengikut.
“Happy birthday @kissyanick. Semoga setiap langkah dijaga, semoga setiap impian dimakbulkan, semoga dijauhkan dari perkara yang tak baik, paling penting semoga dapat jadi Dr. Balqish,” tulisnya.
Selain sebiji kek, turut kelihatan Janna dan ahli keluarganya memberikan kejutan menghadiahkan sebuah iPhone 14. Yang turut menarik perhatian warga maya juga adalah kecantikan dua adik beradik ini yang nyata manis kerana sudah tentu diwarisi daripada ibu mereka.
Menjengah di ruangan komen, ramai rakan artis dan pengikut turut memberikan ucapan hari lahir kepada Kissya selain mendoakan umurnya panjang, dimurahkan rezeki serta berjaya dalam pelajaran.
Anak imigran dan tak selesai pengajian, kini Lucy Guo tersenarai sebagai antara wanita termuda dalam senarai America's Richest Self-Made Women pada usia 30 tahun!