Tiada wanita yang ingin tampil serabai atau kurang bergaya. Karakter wanita boleh dinilai dengan cara mereka berpakaian.

Tiada peraturan khusus ketika anda memilih gaya untuk penampilan anda. Tapi anda boleh memilih untuk kelihatan elegan atau punk, trendy atau kasual namun pastikan anda tidak kelihatan murah atau selekeh dan hal ini tidak ada kena mengena dengan harga pakaian anda.

IKLAN

Namun, banyak perkara yang boleh membuatkan penampilan anda tampak tidak bergaya. Nona senaraikan 5 gaya fesyen yang boleh membuatkan anda tampak tidak menarik!

(a) WARNA PELIK

Kalau Sekarang Anda Masih Pakai 5 Benda Ni, Confirm Anda Memang KETINGGALAN ZAMAN!

Penggayaan warna neon sememangnya sesuai untuk parti mahupun majlis yang meriah namun jika anda cuba untuk menggayakannya dalam gaya seharian, cubaan anda akan mengalami kegagalan. Sekiranya minat anda pada warna garang yang tidak boleh dibendung, apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengurangkan tona pada warna pakaian anda.

(b) KILAUAN BERLEBIHAN

Kalau Sekarang Anda Masih Pakai 5 Benda Ni, Confirm Anda Memang KETINGGALAN ZAMAN!

Peraturan penting yang seharusnya anda ingat adalah perhiasan rhinestone perlu disesuaikan dengan acara yang sesuai. Mungkin pada acara makan malam atau di majlis yang tertentu. Menggunakan perhiasan batu permata palsu pada pakaian kasual yang dipakai setiap hari mungkin akan menjejaskan gaya anda.

(c) AKSESORI

IKLAN

Kalau Sekarang Anda Masih Pakai 5 Benda Ni, Confirm Anda Memang KETINGGALAN ZAMAN!

Bukan pemakaian aksesori yang menjadi masalah disini tetapi kuantiti dan kaitannya dengan acara yang dihadiri itu yang penting. Terutama sekali jika anda memakai aksesori yang diperbuat daripada logam dan dipadankan dengan aksesori yang lain. Ini akan membuatkan penampilan anda tampak serabut. Ingat peraturan less is more. Padankan subang kecil dengan pakaian formal anda untuk memberikan perhatian  lebih kepada pakaian anda.

(d) KASUT PUTIH

IKLAN

Kalau Sekarang Anda Masih Pakai 5 Benda Ni, Confirm Anda Memang KETINGGALAN ZAMAN!

Percaya atau tidak penggunaan kasut putih (melainkan kasut sukan atau sneakers) tidak lagi menjadi trend fesyen. Malah pengantin juga akan memakai kasut dengan rona yang berbeza. Menggayakan rona putih dari atas sampai bawah mungkin agak sukar untuk gaya seharian. Pilihan yang terbaik untuk menggayakan kasut berwarna nude. Rona ini sesuai dipadankan dengan apa jua warna yang ada di dalam gerobok fesyen anda.

(e) BARANGAN TIRUAN

Kalau Sekarang Anda Masih Pakai 5 Benda Ni, Confirm Anda Memang KETINGGALAN ZAMAN!

Kebanyakan pengilang menggelarkan barangan ini sebagai replika namun ia tidak menjadikannya sebagai barangan yang asal. Barangan yang berkualiti rendah dari kedai diskaun tidak ada kaitan dengan pereka fesyen terkenal di dunia. Oleh itu, beli barangan fesyen yang membolehkan anda berpakaian dengan gaya anda sendiri tanpa perlu membebankan kewangan anda.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI