Datin Sri Min baru sahaja lepas menjalani rawatan kimoterapi. Datin Sri buat breast cancer treatment di kota London dan telah berusaha seribu satu rawatan untuk menyelamatkan nyawanya. Ada yang berkata nasibnya baik. Kata mereka, orang berharta kalau di timpa kanser boleh pergi berubat dengan pakar di luar negara. Merana dan terlantar pun di hospital lima bintang, suite mewah berhias bunga segar. Bukan sakit macam orang biasa! Ada yang mampu menggeleng kepala mendengarnya.

IKLAN

Namun hakikat tuan badan yang merasai dan melalui kesakitan sama sahaja dengan mangsa lain yang pernah merana akibat kanser. Sayangnya, kata doktor kanser yang di alami oleh Datin Sri sudah merebak ke tulang belakang, sukar untuk diselamatkan. Di mana Dato’ Sri? Dengarnya sibuk dengan isteri muda, dah kahwin dua kali… Bayangkan emosi yang di lalui oleh Datin Sri! Nasib ada anak-anak bersama memberi kekuatan, biarpun takdir menentukan segala-galanya.

Kanser Tidak Mengenal Darjat, Kesakitan Mengiringi Perjuangan Penderita Kanser!
Females hands. Top view, close up. Pink ribbon like a symbol of Breast Cancer Awareness.

Maria, ibu tunggal menderita penyakit kanser payudara tahap empat. Terlantar sakit berdenyut-denyut dada, merana tidak tertahan. Lebih menyedihkan, Maria mempunyai tiga cahaya mata dan diceraikan suami di saat wanita itu memerlukan sokongan insan tersayang ketika bertarung dengan penyakit berkenaan. Seorang lagi, wanita muda di usia 29 tahun, Asma telah disahkan menghidap kanser membabitkan saraf otak sebelum diuji sekali lagi apabila turut disahkan doktor menghidap kanser payudara. Dan bagi wanita bernama Sara, alhamdulillah beliau semakin sihat setelah menjalani rawatan buang sebelah payudara, dua tahun lalu… Itu antara perjalanan cerita mereka yang mengalami kisah satu persatu kes ‘sapaan maut’. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu tentang perasaan, tangis hati dan doa pengharapan mereka dalam mengharungi dugaan ini.

Kanser Tidak Mengenal Darjat, Kesakitan Mengiringi Perjuangan Penderita Kanser!
Gambar Hiasan

Paling kecewa, bila suami tidak ada di samping isteri untuk memberi sokongan bersama. Masa awal perkahwinan, janji bersama sampai ke jannah. Tapi bila hilang sebelah aset isteri, wanita lain yang dicari. Lebih muda dan seksi. Kes lain, suami yang tidak benarkan isteri untuk melalui proses pembedahan buang payudara yang telah dikenal pasti kanser sampai stage 3. Oh! Suami pula yang membuat keputusan atas badan isteri dan biarkan isteri menanggung kesakitan.

Namun tidak semua suami begitu. Ada yang sangat tabah dan sabar menjalani hari-hari rawatan bersama isteri. Tidak putus memohon doa kepada Yang Maha Esa untuk diringankan beban yang ditanggung oleh isterinya. Sambil memegang tangan isteri, suami meminta ‘Ya Allah yang Maha Mengetahuinya, Engkau ampunkanlah segala dosa dan ringankan kesakitan setiap malam. Tangan ini lah yang akan menjadi saksi bahawa suami mu yang akan memimpin mu masuk Syurga yang mana kamu sukai.’ Aamiin. Hebat sungguh kuasa cinta, sesama manusia itu dan inilah sepertinya di harap oleh semua wanita dan isteri.

IKLAN

Kanser Tidak Mengenal Darjat, Kesakitan Mengiringi Perjuangan Penderita Kanser!

IKLAN

KANSER payudara merupakan antara penyakit yang menghantui setiap insan yang bergelar wanita di seluruh dunia. Tiada wanita yang sanggup menanggung derita penyakit ini namun jika sudah terkena ia bagaikan satu ujian besar bagi mereka. Kesannya bukan sahaja ditanggung oleh si penghidap, malah sakitnya turut akan dirasai oleh seisi keluarga terutama pasangan dan ahli keluarga yang lain. Mungkin boleh dikatakan satu tsunami yang datang melanda. Harapan itu pastinya ada tapi sebagai manusia, ada kalanya emosi tetap rapuh dan berputus asa. Yang hanya mampu membalut kelemahan itu, kala berbicara pada Tuhan untuk memberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi setiap dugaan ini.

Sebenarnya sukar untuk berbicara tentang KANSER ini. Ada yang kata, saya sudah jaga makan, jaga kesihatan, selalu senaman tapi dapat juga kanser. Backgroud family tak ada pula yang kena kanser tapi saya pula menjadi mangsanya. Hendak disalahkan siapa… tenggelam punca dibuatnya kalau memikirkan musibah tanpa iman di dada. Ya! Bukan mudah menerima hakikat bagi yang tak pernah mengalaminya.
Sehingga itu, sama-samalah kita ingat-mengingati. Saling menjaga dan mengambil berat. Tabah ilmu kesihatan dan rajin mengamalkan gaya hidup sihat, selamat dan berkat…

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI