Setiap kali muncul di pentas nyanyian Anuar Zain tidak pernah gagal melontarkan suara penuh emosi dan penghayatan. Karisma penyanyi yang terkenal dengan lagu balada ini terserlah dengan kematangan suara walau sudah lebih tiga dekad berkecimpung dalam industri hiburan. Namun, penyanyi terkenal ini tidak pernah meninggi diri dan sentiasa ramah-tamah dalam setiap perbualannya.

IKLAN
Foto: Koleksi Majalah Nona

Kemunculan artis-artis baru dengan genre muzik yang pelbagai tidak sedikit pun menggugat kehadiran pelontar lagu Lelaki Ini untuk memeriahkan industri hiburan. Namun saat ditanya bagaimana Anuar mengekalkan populariti dari dahulu sehingga kini, beliau hanya tersenyum sambil berkata, “Secara jujurnya saya tidak pasti bagaimana cara untuk mengekalkan populariti.

Foto: Instagram @anuarzain70

Namun, saya memanjatkan rasa syukur yang tidak tertinggi kerana keluarga, sahabat-sahabat dan semua peminat tidak pernah berhenti memberikan sokongan serta dorongan untuk terus berkarya. Saya sangat berterima kasih atas segala doa mereka. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT,” tutur Anuar yang pernah menjayakan konsert ‘Cinta Takkan Berakhir Live In Singapore 2018’ di The Star Theatre @ The Star Performing Arts Centre, Singapura.

Foto: Koleksi Majalah Nona

Mula memeriahkan industri hiburan dengan lagu Kain Pelekat dendangan bersama Elina. Pengalaman yang dikutip sejak remaja bergelar anak seni sudah tentu mematangkan Anuar dan terus optimis memperjuangkan karya seninya. Anuar turut berada dalam perubahan arus perkembangan muzik sehingga pada zaman muzik di internet.

IKLAN
Foto: Koleksi Majalah Nona

“Memang banyak perbezaan muzik 10 tahun lalu dengan sekarang. Daripada zaman kaset, cakera padat dan kini hanya boleh diperoleh di internet sahaja. Sekarang juga lebih mudah untuk menceburkan diri di dalam bidang seni dengan adanya berbagai-bagai platform bagi mencari ruang di dalam industri hiburan.

IKLAN
Foto: Instagram @anuarzain70

Sungguh bertuah artis tanah air sekarang ini dan saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang ke dalam industri hiburan tanah air. Saya dapati ramai sungguh yang berbakat sekarang ini, alhamdulillah semoga industri hiburan tanah air terus berkembang dan maju ke hadapan,” jawab Anuar penuh yakin.

Foto: Instagram @anuarzain70

Anuar juga sempat berkongsi kenangan terindah yang telah dikecapnya seperti, “Banyak kenangan indah yang berlalu antaranya adalah kejayaan konsert ‘Cinta Takkan Berakhir Live In Singapore 2018’ dan saya membuka akaun Instagram peribadi saya,” kata Anuar Zain.

Foto: Instagram @anuarzain70