Wanita yang mempunyai kerjaya dan dalam masa yang sama mempunyai suami dan anak-anak tentu mendambakan pertolongan daripada pembantu rumah. Kerap kita dengar tentang isu Pembantu Rumah ini. ada yang positif dan tidak kurang juga yang negatif. Baru-baru ini pelakon terkenal, Catriona Ross berkongsi rasa rindu tentang pembantu rumahnya yang sangat cekap dan menyayangi anak-anaknya Jammal Raess Ross-Iddin Shaharuddin yang telah disahkan autisme.
Catriona beruntung kerana mempunyai pembantu rumah yang banyak membantunya selama ini dalam menguruskan anaknya. Ungkap Catriona di lama Instagramnya, “Pernah tak rasa rindu dengan pembantu rumah/helper yang dah balik kampung? Pernah tak rasa selesa dan sayangkan pembantu? I dah faham dah perasaan tu. Sebelum ni kalau ada my friends yang cakap rindu dekat maid and sering call, I macam – apooooo? Tapi betul la, bila pembantu tu berdisiplin, rajin, amanah dengan kerja, jujur dalam berkata-kata dan hormat kita memang kita appreciate sangat bila ketiadaan dia.
Kayu pengukur I buat pembantu is my autistic son sebab anak istimewa has a 6th sense which we, neuro typical people dont have. Bila pembantu I datang dulu, Jammal Raess datang dekat and peluk my helper so I tau she was the one. Bila pembantu mesra dengan anak-anak dan pegang amanah yang diberi apa lagi kasih dengan anak istimewa, makin la kita sayang kan dia. Sebab kita tau hati nya baik. Sapa yang baca post ni, faham maksud i? Di mana juga kamu, moga bahagia sama famili iya,” bicara Catriona.
Pembantu Rumah Catriona yang dikongsingakn di laman Instagramnya
Menurut wanita yang diberi nama Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross atau lebih mesra disapa Cat ini anaknya tergolong dalam kategori mild, non verbal dan Raess belum mampu berkomunikasi dengan baik. Namun anaknya yang persis kanak-kanak lelaki Inggeris ini tidak mencederakan diri sendiri cuma ada waktunya sedikit hiperaktif.
Ads
Setiap dugaan hanya datang kepada mereka yang mampu memikulnya. Dugaan tidak pernah salah alamat. Jika dahulu sebelum memiliki anak autisme Cat hanya mengetahui perkataan autisme tanpa ilmu yang mendalam.
“Sebelum tahu anak autisme, saya hanya tahu perkataan itu dan apa kah autisme tapi setelah disahkan baharu saya baca secara terperinci dan mendalam. Saya habiskan masa dua bulan pertama membaca berbagai-bagai forum antarabangsa, laporan, jurnal dan artikel. Terdapat juga buku-buku yang berkaitan saya beli dan baca. Semuanya demi melengkapkan diri untuk membesarkan Raess tersayang.
Saya sekarang makin faham tentang autisme secara keseluruhan dan boleh mengandaikan kebarangkalian yang akan berlaku. Segala-galanya saya peroleh daripada membaca dan menyertai support groups. Melihat kepada anak-anak autisme yang lain walau pun keadaan mild, saya boleh kenal pasti,” ujar graduan Komunikasi Massa, Universiti Putra Malaysia ini.
Ads
Wanita yang berusia 37 tahun ini nyata positif dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan bersama keluarganya yang tersayang. Cat bersemangat bercerita tentang hala tuju pendidikan yang mahu diterapkan untuk anaknya.
“Saya akan pastikan Raess boleh berdikari dan menguruskan dirinya sendiri. Itu objektif saya buat masa ini. Supaya dia dapat berdiri atas kaki sendiri. Anak-anak autisme ini kebiasaannya delay 3 tahun ke belakang berbanding anak tipikal. Jadi saya nak pastikan Raess boleh pakai baju, mandi dan memasak makanan diri sendiri. Jika semua ini teratur, lega sikit hati ini.
Ads
Saya akan study minat dia dan akan hantar ke sekolah vokasional atau ke pusat latihan buat anak-anak istimewa. Di sana ada berbagai latihan seperti housekeeping, mekanikal dan sebagainya. Tapi buat masa sekarang saya akan fokus kepada toilet training dan perkara-perkara asas saja dulu ini memandang dia baru berusia 6 tahun.
Alhamdulillah sekarang pun dia akan buka pakaian sendiri untuk bilik air. Apa pun segalanya kita tempuhi dengan sabar dan yang penting, jangan soal kenapa Allah SWT beri nasib sebegini. Tetapi kita lalui dengan yakin, apa cara terbaik untuk kita layari hidup kita. Tak perlu kita soal kenapa tapi, kita soal apa yang boleh kita lakukan,” ujar Cat yang wajar diangkat menjadi salah seorang wanita inspirasi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hubungan baik Nora Danish bersama ibunya memang tidak boleh diselindung lagi. Nora kerap memuat naik gambar bersama ibunya yang tercinta. Kejelitaan yang dimiliki oleh Nora nyata mengikut kejelitaan ibunya.
Dalam ucapan Nora untuk hari lahir ibunya, “Today, 10th June is your birthday Mama, alhamdullilah. Terima kasih Allah SWT kerana jadikan Mama sebagai ibu yang terbaik untuk ATOK.
You are my father, my mother and my best friend! You thought me so much about life, how to be strong, to be independent, to be happy, just happy and to appreciate dengan apa yang ada serta sentiasa bersyukur.
You are my mentor, my idol and my everything. On your birthday, ATOK doakan agar mama dipanjangkan umur, sihat selalu supaya dapat menjalani ibadah dengan sempurna, bahagia dunia akhirat, dimurahkan rezeki kami supaya dapat memberikan apa yang mama impikan, hajati.
ATOK sayang amieeeeee, terima kasih di atas 37 tahun ini… I love you,” kongsi Nora di laman Instagramnya.
Dalam perkembangan lain, Nora Danish telah mengumumkan tak lagi mempunyai kaitan dengan produk kosmetik jenama OhMostWanted serta merta sejak April lalu.
Selepas dua tahun menjalankan perniagaan berkenaan bersama tiga lagi rakan kongsi, Nora percaya keputusan ini sudah ditimbang tara sebaik mungkin.
“Selepas memikirkan perkara ini semasak-masaknya dan atas sebab tertentu, saya percaya apa yang dilakukan ini untuk kebaikan bersama. Saya sendiri begitu mencintai perniagaan kosmetik dan mempunyai perancangan lain pada masa mendatang.
Melihat perkembangan dan kejayaan jenama ini daripada hari pertama hingga sekarang. Saya juga percaya penarikan diri ini sudah tepat waktunya dan membiarkan rakan kongsi lain meneruskan legasi yang dimulakan,” kata Nora.
Tambah Nora penarikan dirinya juga bukan kerana mempunyai masalah dengan rakan kongsi lain. “Kami profesional dalam hal perniagaan. Apa yang dilakukan ini adalah atas kehendak sendiri. Saya doakan mereka terus berjaya,” katanya.
Nora juga berharap apa yang dijelaskan ini dapat memberikan pencerahan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini mahupun salah faham.
“Selepas ini sebarang imej atau nama saya tidak boleh digunakan jenama itu
lagi untuk apa saja tujuan promosi berkuatkuasa sejak 1 Mei supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan,” tutur Nora.
Nora kini selesa memberi tumpuan kepada dua perniagaan lain termasuk mengusahakan Salun Karva dan jenama pakaian OwlbyNd.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fasha Sandha bakal mengakhiri kehidupan sebagai ibu tunggal apabila memilih pelakon Aidil Aziz sebagai suaminya. Kelihatan menawan dengan persalinan rona ungu ketika majlis berinainya baru-baru ini Fasha begitu optimis apabila berbicara tentang anak-anaknya, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.
Ketika diajukan pertanyaan bagaimana menghabiskan masa dengan anak-anak, jawabnya, “Memang jadual kerja saya tidak mengira masa. Kadang-kadang hari cuti pun saya terpaksa bekerja. Namun, sesibuk mana sekalipun saya akan meluangkan masa bersama anak-anak.
Sekurang-kurangnya saya akan menonton televisyen bersama-sama atau mempunyai sedikit masa kami akan keluar menonton wayang. Ini merupakan aktiviti wajib yang dilakukan bersama. Saya juga sering mengharapkan waktu kerja saya tidak melampaui waktu tidur anak-anak kerana sudah menjadi kebiasaan saya untuk membaca bedtime stories sebelum mereka tidur.
Saya juga suka berbual dengan kedua anak-anak kerana mereka petah kala bercakap. Ada sahaja cerita menarik yang keluar daripada bibir kecil mereka. Paling menyedihkan sebagai seorang ibu apabila saya terpaksa keluar bekerja dan melihat anak kedua, Putri Raysha Jemyma menangis mahu mengikut keluar bekerja.
Ramai juga yang bertanya tentang komen saya jika suatu hari nanti ditakdirkan anak-anak menceburi bidang seni. Jika ditanya kepada saya, saya lebih bersikap terbuka tentang hala tuju anak-anak namun ayah mereka Rizal Ashram Ramli, tidak membenarkan sama ada Putra Rayfal mahupun Putri Raysha Jemyma terlibat dalam bidang seni. Full stop,” ulas Fasha Sandha.
Ramai wanita yang beranggapan setelah memiliki anak, seorang ibu tidak perlu menjaga penampilan dan cukup hanya memikir tentang keselesaan. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai anak yang masih kecil. Apabila diutarakan tentang persoalan adakah peningkatan usia atau mempunyai anak-anak yang masih kecil menjadi penghalang dalam berfesyen kepada wanita yang bijak bergaya ini, Fasha bersetuju dengan pandangan tersebut.
“Memang benar apabila memiliki anak-anak yang masih kecil masa kita agak terhad dalam bergaya. Namun, sebagai wanita kita tidak boleh terus meminggirkan soal penampilan ini, namun biarlah kena tempat dan masanya. Tak kan nak menghadiri majlis berprestij hadir dengan t-shirt dan jean sahaja, itu tidak menghormati majlis namanya.
Kekangan dalam saya menjaga anak dengan keluarga adalah salah satu faktor tambahan pula saya tidak mempunyai pembantu untuk menguruskan anak-anak. Saya sendiri seorang yang simple. Cukuplah jeans dan baby T untuk pakai harian. Saya percaya pada less is more.
Cuma apabila saya bertugas dalam lakonan atau perlu menghadiri sebarang majlis berprestij, saya harus menggayakan macam-macam gaya fesyen. Bagi saya bereksperimen dengan fesyen ini terpulang pada individu, ianya sangat subjektif. Saya tidak kisah apa saja yang dikatakan masyarakat atau netizen kerana saya akan buat apa yang selesa,” jelas Fasha Sandha menjadikan Fazura dan Scha AlYahya sebagai ikon fesyen di dalam serta Angelina Jolie dan Charlize Theron sebagai ikon fesyen di luar negara.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja De Fam pasti kenal dengan salah seorang anggotanya iaitu Nur Shazwani Shamsuddin atau lebih mesra disapa sebagai Cik Manggis yang dilihat semakin manis apabila berhijah mengenakan hijab sejak tiga tahun lalu.
Sejak tampil dengan imej lebih muslimah dan sopan, stail dan penampilan Cik Manggis sentiasa menjadi sorotan para peminatnya kerana beliau sering kelihatan ‘On Point’ dalam setiap stail yang digayakannya.
Malah, sejak berhijab Cik Manggis tidak melihat ianya sebagai halangan untuk menjadi diri sendiri dan melakukan sebarang aktiviti lasak sebagai seorang hijabi. Justeru, imej dirinya yang optimis ini sering menerima pujian dari netizen.
Cik Manggis Bukti Wanita \Mampu Ikuti Trend Sukan Ekstrem, ‘Skateboarding’
Cik Manggis sekali lagi menjadi perhatian dan sorotan ramai apabila penyanyi berbakat besar ini juga mempunyai kemahiran dan kebolehan bermain skateboard.
Rata-rata wargamaya akui terkedu melihat ‘performance’ Cik Manggis yang lincah meluncur diatas papas selaju (Skateboard)
Mana tidaknya, menerusi sebuah video yang tular di laman sosial memaparkan, Cik Manggis yang menaiki papan selaju seperti seorang proffesional, lantas membuatkan netizen membanjiri ruangan komen hantaran berkenaan dengan pelbagai maklum balas berserta puji-pujian.
“Aku rasa Cik Manggis ni kau bagi la apa pun.. Semua dia boleh.
“Salute.. Even muslimah sekarang but u in trend sis🥰..
“Akak ni tapau semua. Semua akak boleh. Love sangat energy akak. Stay safe kak. Jangan injured lagi tau 🥰
Malah, ada juga peminat yang menyatakan bahawa Cik Manggis adalah anak seni yang serba boleh, kerana jika berikan apa sahaja kepada selebriti ini tentu dia boleh melakukannya.
Hijabista mendapati video berdurasi pendek yang dikongsikan dilaman sosial, memaparkan Cik Manggis sedang bermain skateboard itu telah menerima ribuan tanda suka dan menimbulkan rasa kagum dikalangan netizen.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di Telegram