Perdana Menteri Britain ini mempunyai cita rasa fesyen yang baik. Walaupun tidak terlalu menyerlah, jelas menerusi pilihan pakaian dan juga aksesori, beliau pandai menggabungkannya dengan baik. Atas aspek ini beliau mendapat perhatian dari penggiat dunia fesyen.

IKLAN

Kecintaan Theresa May terhadap fesyen telah dibuktikan dalam hadiah yang diperolehnya daripada pereka seperti Stella McCartney. Perkara ini telah ditunjukkan oleh data ketelusan kerajaan.

Tetapi di bawah peraturan Whitehall, Theresa May membayar dengan wang sendiri untuk menyimpan pakaian dari Stella McCartney – dan kasut bernilai £495 dari Charlotte Olympia. Dia juga membeli kalung £160 dari Presiden Ukraine Petro Poroshenko. Jadi mengapa Theresa perlu membayar pemberian tersebut?

Di bawah kod tata kelakuan Menteri, hadiah yang diterima oleh para menteri bernilai lebih dari £140 menjadi milik kerajaan. Tetapi para menteri dibenarkan menyimpan hadiah jika mereka memilih untuk membayar nilai barangan tersebut dan tolak £140 kuota yang ditetapkan.

IKLAN
Theresa Terkenal Dengan Pilihan Kasut Yang Menarik
Stail Fesyen Beliau Tidak Konservatif. Beliau Bijak Mencipta ‘Statement’ Gaya.

Dalam perisytiharannya selama tiga bulan hingga akhir bulan Jun, Theresa May membayar £175 untuk pen berdakwat basah dari Syarikat Pen Onoto. Tetapi dia memilih untuk tidak menyimpan tiga pasang kasut yang diberikan oleh jenama Hotter, beg tangan kulit dan sarung tangan dari Pittards dan tudung sutera dari Halcyon Days, kesemua item fesyen ini disimpan oleh Pejabat Kabinet.

IKLAN

Jabatan itu juga menyimpan jam dan pingat yang diberikan oleh Raja Salman dari Arab Saudi dan pen dakwat basah pemberian Raja Abdullah dari Jordan.

Sumber: www.bbc.com