Siapa yang tak mengenali penyani Faizal Tahir bukan? Penyanyi serta komposer hebat ini ternyata punya auranya yang tersendiri. Bukan sekadar seorang penghibur malah Faizal Tahir juga merupakan seorang suami dan ayah kepada tujuh cahaya mata.
Namun kehadiran anak bongsu penyanyi yang terkenal dengan lagu Santai itu nyata membawa perubahan yang besar dalam kehidupannya kini apatah lagi anaknya itu merupakan anak istimewa yang lahir dengan kondisi sindrom down yang nyata memerlukan perhatian yang khusus.
Menerusi sumber portal Ohbulan!, pemilik nama penuh Ahmad Faizal Mohammad Tahir berkata kehidupannya kini berubah 360 darjah seiring dengan peningkatan usia dan tanggungjawab yang lebih besar terutama terhadap anak ketujuhnya itu.
Ads
“Sejak kelahiran Maryam ini terus terang saya rasa kehidupan saya berubah 360 darjah sebab dia memerlukan perhatian yang lebih. Dia juga ada masalah jantung dan harus dibedah Insyaa-Allah dalam masa beberapa bulan ini,” jelas Faizal Tahir
Mengakui anak-anaknya dah makin membesar membuatkan kehidupannya kini sebagai seorang saya bapa melebihi daripada peranan seorang selebriti mahupun penghibur apatah lagi tidak mudah untuk menjaga anak istimewa.
Ads
Jelas Faizal, “Saya perlu sentiasa bersedia jika berlaku sebarang perkara yang tidak elok kerana keadaan dia sekarang masih ada ‘tube’ di dalam perutnya. Kadang-kadang sebagai seorang bapa sedih saya melihat keadaan anak yang masih bergantung kepada ‘tube’ itu walaupun anak dah nak masuk dua tahun.
Jika dahulu saya akan terima bermacam-macam tawaran, tapi sekarang saya kena memilih kerana tidak boleh bekerja jauh dan saya perlu luangkan banyak masa dengnnya kerana apa-apa sahaja boleh terjadi.”
Penyanyi berusia 44 tahun itu juga berkata dia kini lebih mengutamakan keluarga berbanding kerjaya dan banyak belajar dari kesilapan lalu.
Ads
Untuk makluman, hasil perkahwinan Faizal Tahir bersama isteri pada tahun 2001 mereka dikurniakan tiga anak lelaki dan empat anak perempuan.
Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra selamat melahirkan anakanda yang pertama.
Berita gembira itu dikongsikan laman sosial rasmi Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra.
“CHE PUAN MAHKOTA KELANTAN TELAH SELAMAT MELAHIRKAN ANAKANDA PUTERA YANG PERTAMA PADA PADA 17 JULAI 2023, ISNIN, BERSAMAAN 28 ZULHIJJAH 1444H,” TITAH BAGINDA.
Che Puan Sofie Louise Johansson melahirkan anakanda puteranya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Kedua-dua bonda dan anakanda dilaporkan dalam keadaan sihat dan selamat.
18 Mac lalu, Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra mengumumkan berita kehamilan anak sulung dan dijangka bersalin Julai ini. Baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke 37 pada tanggal 6 Jun lalu, wajah bakal ibu ini kelihatan berseri-seri meskipun sedang sarat hamil.
Yang Teramat Mulia (YTM) Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra dan suami, Tengku Mahkota Kelantan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra turut menjalani latihan Resusitasi kardiopulmonari atau Cardiopulmonary resuscitation sebagai persiapan awal sebelum bergelar ayahanda dan bonda baru-baru ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon versatil Nad Zainal sememangnya diperakui bakat dan kemahiran beliau dalam bidang lakonan. Berikan apa jua watak dan karekter, pastinya akan dipersembahkan sehabis baik. Berikutan itu, padanlah Nad Zainal masih menjadi pilihan pengarah dan produksi walaupun pelakon baru bersilih ganti.
Melihat pada kariernya yang kian berkembang, malangnya ia tidak semanis kisah peribadinya apabila baru-baru ini Nad Zainal mengumumkan dirinya sudah bercerai dengan suaminya suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin sekitar September lalu. Nad bagaimanapun enggan mendedahkan punca sebenar rumah tangga yang dibina bersama sejak tujuh tahun lalu musnah.
Dan kini Nad Zainal mengakui sedang dalam fasa belajar untuk bertudung penuh berikutan gambarnya bertudung penuh viral sekitar minggu ini sehinggakan ada pihak yang tertanya sama ada dirinya sudah berhijab atau belum.
Menerusi temubual bersama media, Nad Zainal mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai agar dirinya terbuka hati mengekalkan penampilan tersebut. Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin berkata, soal bertudung adalah perkara serius yang bukan hanya menutup kepala atau rambut semata-mata.
“Saya ke arah itu (bertudung), tapi doakan sahaja. Saya tak boleh nak kongsikan banyak, hanya doakan saja yang terbaik”, jelasnya dalam petikan artikel menerusi Kosmo Online.
Jelas Nad lagi, beliau banyak berkongsi gambar bertudung di laman Instagramnya kerana dirinya kini sedang terlibat daam penggambaran yang wataknya memerlukan dia berhijab. Enggan berjanji dirinya akan bertudung dalam masa terdekat, Nad percaya, seorang muslim juga perlu menjaga percakapan dan tindak-tanduk selari dengan seruan agama.
Menjengah ke laman media sosialnya, ramai rakan artis dan peminat mula membanjiri ruangan komen yang mendoakan Nad kekal istiqamah dan berhijab suatu hari nanti. NONA doakan yang terbaik buat Nad Zainal.
Hari ini ramai yang sudah mula bergerak meninggalkan kediaman masing-masing apabila Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran merentas negeri. Ramai yang mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bertemu dengan keluarga tersayang dan tak kurang juga yang keluar bercuti.
Walaupun merentas negeri telah dibenarkan namun kita mesti sentiasa patuh SOP dan menjalani langkah berjaga-jaga. Bagi yang tak tahu untuk bercuti ke mana, atau menunggu suasana reda sedikit mungkin boleh menghabiskan hujung minggu dengan melawat pantai-pantai indah yang terdapat di negeri Selangor.
Pantai Remis by MDKS
1) Pantai Remis, Kuala Selangor
Pantai Remis terletak 20km di bahagian selatan Daerah Kuala Selangor iaitu, iaitu di mukim Jeram. Baru-baru ini, ianya dikatakan ‘kembali bernyawa’ ekoran pengumuman kemasukan Negeri Selangor dalam Fasa 3. Pantai Remis merupakan salah satu lokasi eko-pelancongan yang semakin digemari oleh orang ramai. Pantai Remis sentiasa dibanjiri dengan pengunjung yang ingin menjamu keenakan makanan laut segar seperti ikan bakar, kerang rebus dan kerang bakar sambil bersantai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.
Pantai Kelanang by nohanisothman @ IG
2) Pantai Kelanang, Banting
Jom terokai apa yang istimewa di Pantai Kelanang, terletak tidak jauh daripada Pantai Morib! Pantai Kelanang menyajikan kepada anda pemandangan indah laut Selat Melaka yang dikelilingi oleh pohon-pohon kayu bakau dan pokok ru. Pantai ini juga memberikan kepada anda pemandangan matahari terbenam yang indah diiringi deruan angin yang nyaman sesuai untuk menerbangkan layang-layang tinggi di udara. Sekiranya anda membawa anak kecil, usah risau kerana fasiliti seperti taman permainan disediakan di sini untuk keseronokan anak anda!
Pantai Cunang by st.cam @ IG
3) Pantai Cunang, Kuala Langat
Mungkin tidak ramai yang menyedari kewujudan Pantai Cunang, tempat yang agak tersembunyi namun amat menakjubkan ini terletak di Tanjung Sepat. Pantai Cunang adalah pantai dengan pasir yang memutih sepanjang kawasan hutan bakau. Pantai Cunang adalah kawasan rehat tradisional yang diusahakan oleh masyarakat peribumi Mah Meri. Pantai Cunang kini telah berubah menjadi salah satu destinasi pelancongan Negeri Selangor, dimana ianya dihiasi dengan rumah-rumah tradisional, hiasan berwarna-warni dan juga kedai kraftangan. Selain itu, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti memancing dan berbasikal di pantai ini.
Pantai Bagan Lalang by itsukay82 @ IG
4) Pantai Bagan Lalang, Sepang
Terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur, Pantai Bagan Lalang yang terletak di Daerah Sepang seperti yang diketahui ramai, adalah tempat percutian pandai kegemaran seisi keluarga. Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan waktu air surut pada siang hari di mana anda boleh berjalan ke tengah laut sehingga 400 meter jauhnya. Waktu ini adalah waktu yang sesuai untuk anak kecil anda melihat anak-anak ketam berkeliaran di atas pasir. Pantai ini juga sangat popular dengan aktiviti bola tampar, bola sepak pantai dan barbeku. Ia tentunya pantai yang harus dilawati kepada yang gemar menikmati ketenangan air laut!
Pantai Redang by kelvinchanphoto @ IG
5) Pantai Redang, Sekinchan
Sekiranya anda berada di Daerah Sabak Bernam serta inginkan kelainan dari pemandangan sawah padi yang terkenal di sini, apa kata rasai sendiri pengalaman melihat kehidupan masyarakat nelayan di kawasan ini pula? Apa yang lebih menyeronokkan, Pantai Redang sangat dekat dengan beberapa restoran makanan laut, di mana anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan laut yang pastinya segar! Kemudahan rekreasi juga tersedia kepada para pengunjung seperti bangku dan gazebo untuk anda berehat.
Pantai Morib by mokkay_ @ IG
6) Pantai Morib, Banting
Tahukah anda Pantai Morib memiliki garis pantai sepanjang kira-kira 3 kilometer? Pantai Morib ini terletak di Daerah Kuala Langat dengan pemanduan tidak lebih daripada 1 jam dari Daerah Klang. Pantai ini amat popular dengan aktiviti pantai seperti bola sepak pantai, bola tampar dan layang-layang. Selain itu, anda juga boleh mengutip cengkerang atau anak ketam yang berkeliaran sementara menunggu air pantai surut. Ianya sememangnya sebuah lokasi yang amat sesuai dikunjungi bersama insan tersayang!
Sumber: Tourism Selangor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!