Sebut saja kurma, dah terbayang kemuliaan bulan Ramadan yang bakal tiba Mei ini. Oh, alangkah seronoknya berbuka dengan kurma atau buah tamar, lebih-lebih lagi kurma asli yang terbaik dari Madinah.
Menurut Dr. Abdurahim Al-Abbasi, seorang pemilik ladang kurma di Madinah serta berdekatan dengan Bukit Uhud, kurma Madinah mempunyai banyak keistimewaan kerana dikatakan yang paling berkualiti dan lazat kerana tekstur serta rasanya berbeza daripada kurma-kurma dari tempat lain.
Kurma Ajwa dan Barni (Mabrum dan Mashruk) pernah disebut di dalam hadis-hadis Rasulullah SAW sebagai kurma yang bagus dimakan untuk penawar kesakitan dan racun. Dalam sahih Al-Bukhari dan Muslim, diriwayatkan hadis dari sahabat Sa’ad bin Abi Waqqash, baginda pernah bersabda:
“Barangsiapa memakan tujuh butir Ajwa pada pagi hari, maka hari itu ia tidak akan terkena racun mahupun sihir.
Sebaik-baik kurma kamu adalah al-Barni, ia menghilangkan penyakit dan tidak mendatangkan penyakit. (Perawi Abu Na’eem in Al- Tibb)
Ads
Kurma mempunyai nutrisi yang baik, terutama bagi orang yang mengamalkan kurma sebagai pendekatan sunnahnya seperti penduduk Madinah. Buah kurma memang sesuai untuk negara yang bersuhu panas kerana kandungan istimewa buahnya boleh menjadikan suhu tubuh lebih dingin.
Bagi penduduk Madinah, tamar (kurma yang kering) merupakan makanan pokok sebagaimana gandum bagi bangsa-bangsa lain. Kurma kering dari daerah Aliyah di Madinah merupakan salah satu jenis kurma terbaik kerana rasanya lazat dan manis.
Ads
Kurma merangkumi jenis makanan yang bukan sekadar buah malahan juga sebagai penawar, lantas menjadikan ia sesuai dimakan oleh semua.
PASARAN MALAYSIA
Tahukah anda, terdapat sesetengah kurma yang diperap dalam air gula sebelum dipasarkan kepada pengguna? Ya, tanpa disedari ini bukan saja menjejaskan kesihatan malah merosakkan persepsi kurma itu sendiri sebagai makanan sunnah yang berkhasiat.
Ads
Eksklusif sempena Ramadan ini, rakyat Malaysia berpeluang menikmati kurma asli Madinah berjenama Al-Abbasi Munif Hijjaz yang dipek indah dan tidak diperap dalam gula seperti kebanyakan kurma di pasaran.
Dalam acara pelancarannya minggu lalu, sebanyak 5 jenis kurma Al-Abbasi Munif Hijjaz diperkenalkan iaitu Ajwa Organik (Kurma Nabi), Safawi Premium, Helwa, Mabrum dan Mashruk.
Jenama ini akan berada di pasaran pada 5 April kelak. Namun boleh ditempah melalui sekarang melalui agen-agen berdaftar MHM di munifhijjaz.com atau dibeli secara terus melalui pengedar-pengedar yang tersenarai di al-abbasidates.com.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru majlis lamaran dan tunang dah mewah serta eksklusif macam ni, kalau resepsi persandingan nanti mesti lebih extravaganza! 13 Mac lalu pastinya menjadi detik istimewa buat Krisdayanti dan bekas suami, Anang Hermansyah apabila anak sulung mereka Aurel selamat melangsungkan pertunangan dengan jutawan muda yang juga YouTuber popular Indonesia, Atta Halilintar.
Lebih eksklusif, majlis yang berlangsung di Hotel Intercontinental, Jakarta turut disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen Indonesia iaitu RCTI!
Seramai 70 tetamu terdiri daripada ahli keluarga terdekat menghadiri majlis pertunangan Aurel, 23 tahun dan Atta atau nama penuhnya Muhammad Attamimi Halilintar yang berusia 27 tahun. Tampil sedondon dengan busana tradisional rekaan Ancha Wedding rona ungu, jelas terpancar wajah syukur dan bahagia kedua-dua bakal pengantin tersebut.
Menerusi perkongsian foto pertunangan mereka di media sosial, memang terserlah mewah majlis pertunangan Atta dan Aurel ini. Pendek kata, tidak ubah seperti majlis persandingan apabila ruang dewan dihias dengan bunga-bungaan rona senada putih dan ungu.
Selain kelibat Anang dan Krisdayanti, turut hadir menyerikan majlis ialah isteri Anang iaitu Ashanti dan kakak kepada Krisdayanti, Yuni Shara. Difahamkan, Aurel dan Atta akan diijab kabul sebagai suami isteri pada 21 Mac ini.
Aurel yang mengikut jejak langkah ibu bapa sebagai penyanyi juga bergelar usahawan menerusi jenama Aurelloly Cosmetics. Sementara Atta pula selebriti media sosial terkemuka Indonesia yang mempunyai lebih 26 juta subscribers di YouTube dan dianggarkan meraih pendapatan bulanan mencecah sehingga hampir RM2 juta!
Aurel merupakan kakak kepada Azriel Akbar Hermansyah yang juga anak kepada Krisdayanti dan Anang sebelum ibu bapa mereka bercerai pada tahun 2009.
Kredit foto: Instagram Aurelie Hermansyah & Atta Halilintar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang bangga melihat pencapaian yang diraih oleh pelumba basikal wanita negara, Siti Nur Alia Mansor ini.
Siti Nur Alia telah mengharumkan nama negara di arena sukan basikal apabila mencipta sejarah negara dan dirinya tatkala terpilih menjadi pelumba wanita pertama negara juga Asia Tenggara untuk menyertai pasukan berbasikal jelajah dunia, Canyon-SRAM Racing Team yang berpangkalan di Sepanyol.
Foto: Instagram @aliaa.mansorr
Atlet berbasikal lebuh raya Terengganu yang baharu berusia 21 tahun ini turut meluahkan rasa tak percaya dengan apa yang diraih dan dan telah lama diidamkannya di majlis meraikan kejayaan beliau ke pasukan profesional Canyon-SRAM Racing Team di Wisma Darul Iman seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA.
Menurut wanita ini, tawaran kontrak selama setahun daripada pasukan yang berada di kedudukan kelima dunia itu bagaikan mimpi jadi nyata.
Foto: Instagram @aliaa.mansorr
Selain itu, atlet basikal yang pernah meraih pingat perak dan gangsa dalam acara pecut dan 500 meter ujian masa pada kejohanan Sukma Perak 2018 turut meluahkan rasa terharunya dengan pengiktirafan yang diberikan kepadanya.
“Jun lepas saya telah dihubungi oleh Adam Szabo, bekas jurulatih Terengganu Cycling Team (TSG) yang kini melatih pasukan Canyon-SRAM Racing Team. Beliau menyatakan minat untuk mengetengahkan bakat saya bersama pasukan mereka.
Foto: Instagram @aliaa.mansorr
“Saya mengambil masa sebulan untuk bersetuju selepas memikirkan masa depan dan perkembangan kerjaya dalam arena berbasikal,” katanya pada majlis tersebut.
Pada majlis tersebut, atlet Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu ini turut menerima sumbangan wang saku RM3,000 daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.
Foto: Instagram @aliaa.mansorr
Bakal berlepas ke Jerman pada 13 Januari sebelum ke Sepanyol, wanita ini berjanji bakal mengharumkan nama negara.
“Ini adalah batu loncatan atau permulaan untuk saya mengejar impian yang lebih besar iaitu beraksi di pentas sukan terbesar, Olimpik.
Foto: Instagram @aliaa.mansorr
Saya akan membalas pengorbanan dan jasa semua pihak termasuk keluarga, jurulatih dan keluarga besar basikal Terengganu dengan mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia di pentas dunia suatu hari nanti,” katanya.
Alam rumah tangga memang mencabar. Bak kata orang, seperti mengemudi bahtera di tengah lautan. Ada masa ditimpa gelombang ganas dan ada ketika pula berlayar dengan cukup tenang. Begitu juga sikap suami mahupun isteri yang tidak menentu emosinya. Kadang kala mereka jadi pasangan yang romantik dan penyayang tapi ada masa boleh jadi sebaliknya pula.
Walau ‘sekeras’ mana pun sikap suami, isteri perlu bijak mengatasi amarah mereka. Iyalah, jika sama-sama ‘berangin’ dan tidak mahu mengalah macam mana hendak dapat kata sepakat. Jadi isteri harus bertindak memainkan peranan. Bukan bererti anda lemah dan lelaki boleh melakukan apa saja tetapi kesediaan isteri merendahkan ego dan meredakan keadaan inilah yang berkuasa meleburkan hati sang suami.
Tak percaya? Pakar motivasi, Ustazah Norhafizah Musa sendiri membongkar teknik berkesan untuk diamalkan isteri jika berdepan situasi berkenaan. Menurut Ustazah Norhafizah dalam salah satu siri ceramahnya berkata isteri perlu penuhkan diri mereka dengan sifat sabar selain meminta pertolongan dari Allah SWT.
Foto: Pinterest
“Elok kita niat macam tu ada je ujian. Kita nak jadi romantik ni tiba-tiba suami tunggu di rumah, kita balik je cakap lembut suami dah tinggi suara. Nak kekal tak suara lembut tu lepas kena sergah. Itu latihan, kena sabar. Teruskan latihan bertutur lembut.
Pandai-pandai jadikan situasi itu tak tegang. Kita dalam rumahtangga kena ada tiga segi, minyak , air dan api. Suami pilih jadi api, kita jangan jadi minyak. Kalau kita jadi api, minta suami jadi air.
Cakap kepada suami awal-awal, “Kalau saya marah-marah, abang janganlah jadi minyak. Lagilah teruk rumah tangga kita. Tolonglah saya.”
Ada masa-masa kita tak boleh control diri kita kan? Bila suami jadi api, jangan kita jadi minyak. Nanti terbakar rumah tangga. Isteri kena jadi air. Inshaallah tak berlarutan.
Itu latihan. Sebab itu benda ini perlu dilihat dengan sangat profesional. Kita diberikan amanah hati, nak bawa balik pun bertemu Allah, nak bawa hati yang luhur. Jagalah tauhid, hati yang paling dalam agar kita benar-benar mentauhidkan Allah. Yakni tak ada lain selain daripada Allah.”
Amalan Doa Untuk Melembutkan Hati Pasangan dan Anak-Anak
Amalkan baca zikir Al-Latiff
Dibaca 19 kali dan niat agar Allah melembutkan hati pasangan atau anak-anak, jadi hamba yang soleh dan berbaik-baik sesama muslim.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!