Hari ini sudah masuk hari ke-13 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimana dengan keadaan anda yang bekerja dari rumah? Semakin teratur atau sebaliknya?

Seiring dengan situasai sekarang ini, bekerja dari rumah boleh menjadi pilihan yang tepat. Paling penting jagalah kesihatan dengan baik dan buat yang terbaik ketika bekerja dari rumah.

IKLAN

Komunikasi adalah kunci utama agar semua tugasan boleh diselesaikan dengan sempurna. Manfaatkan teknologi dan aplikasi terkini seperti Whatsapp atau email untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan sekerja.

Berdisiplin & Tidak Bertangguh Rahsia Untuk Kekal PRODUKTIF Saat Bekerja Dari Rumah

Bekerja dari rumah atau work from home (WFH) bukanlah trend baru. Ia sudah lama dipraktikan. Namun sejak penularan wabak COVID-19 kebanyakan negara yang terlibat mengeluarkan arahan untuk stay at home. Ada yang dibenarkan keluar bekerja dengan syarat dan ada yang terpaksa bekerja dari rumah.

Ingat, hakikatnya anda bukan sedang ‘bercuti’ tetapi sedang bekerja, apatah lagi dibayar gaji penuh. Jangan sampai masa terbuang, kerja tertangguh dan tidak bekerja secara produktif. Berikut caranya bagaimana menjadi seorang pekerja yang kekal produktif walau dari rumah.

DISIPLIN & KAWAL PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

Walaupun bos tiada depan mata tapi anda perlu bijak bahagi masa. Elak terlalu kerap bermain media sosial. Hadkan masa untuk online. Fokus sepenuhnya terhadap tugasan penting. Tegaslah pada diri sendiri agar segala tugasan dapat diselesaikan dengan baik.

Berdisiplin & Tidak Bertangguh Rahsia Untuk Kekal PRODUKTIF Saat Bekerja Dari Rumah

BUAT JADUAL IKUT PRIORITI

Jangan campur aduk kerja rumah dengan tugasan kerja anda kerana akan menjadi kelam kabut. Buat jadual yang jelas untuk kerja-kerja rumah dan selesaikan dengan sempurna. Barulah tugas pejabat anda tidak terganggu. Contoh, mula bekerja seperti biasa iaitu dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Waktu rehat  dan makan dari pukul 12 tengah hari hingga 1 petang. Waktu ini anda boleh memasak, pastikan menu yang ringkas.

AMALKAN HIDUP SIHAT & JAGA KEBERSIHAN

Jangan jadikan alasan tidak ke pejabat anda mengabaikan waktu sarapan dan bangun awal pagi. Cara ini hanya membuatkan kehidupan anda tidak teratur. Bangunlah seperti biasa agar anda memperoleh tenaga yang cukup untuk bekerja. Jangan lupa bersenam dan terapkan gaya hidup sihat dalam rutin seharian. Cuci tangan sebersihnya, makan buah dan sayur serta minum air putih secukupnya.

IKLAN

Berdisiplin & Tidak Bertangguh Rahsia Untuk Kekal PRODUKTIF Saat Bekerja Dari Rumah

JELASKAN TENTANG KERJA ANDA DENGAN KELUARGA

Tinggal bersama keluarga sudah tentu lebih mencabar. Usahakan untuk mempunyai suasana dan waktu bagi menyokong kerja anda agar dapat diselesaikan dengan baik. Jelaskan kepada ahli keluarga agar mereka memahami dan memberi ruang yang cukup untuk anda bekerja.

CIPTA RUANG KERJA YANG TENANG

IKLAN

Memiliki ruang kerja yang khas di rumah akan lebih menyenangkan anda sekaligus dapat fokus sepenuhnya terhadap tugasan. Anda boleh saja menghias ruang kerja dengan cantik walaupun ringkas. Ia membantu memberi impak yang positif. Namun bagi anda yang tiada ruang khas boleh saja menyediakan satu tempat yang tenang untuk bekerja. Pilihan di tangan anda.

Berdisiplin & Tidak Bertangguh Rahsia Untuk Kekal PRODUKTIF Saat Bekerja Dari Rumah

ELAK BERTANGGUH

Ini perkara paling penting. Walau pun anda bebas untuk menentukan cara kerja di rumah ini tak bermakna anda boleh menangguhkan kerja. Anda sendiri yang akan bermasalah. Disiplinkan diri sepanjang masa dan selesaikan kerja pada waktu yang tepat. Biar produktif dan buat prioriti kerja mana yang perlu disegerakan dulu. Buat sistem kerja yang terbaik.

CIPTA MOOD PAGI YANG POSITIF

Kekal bangun awal pagi dan mulakan dengan rutin yang sihat. Mandi dan pakai baju yang selesa. Mulakan tugas dalam keadaan yang bersedia sepenuhnya. Lagi awal anda bermula, lagi cepatlah kerja-kerja dapat diselesaikan. Mulakan hari dengan kata-kata motivasi atau mendengar muzik kegemaran sambil menikmati teh atau kopi panas. Cipta mood positif di awal pagi, syukuri keadaan, kesihatan dan pekerjaan yang anda miliki. Elak bermalas-malasan atau rehat terlalu lama.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI