Pejam celik pejam celik, tinggal beberapa hari lagi menuju ke bulan Ramadan. Sebagai Muslim, ketibaan bulan Rejab hari ini merupakan antara bulan-bulan yang mulia kerana ia juga disebut berdasarkan firman Allah SWT berkaitan bulan Haram di dalam Al-Quran.

IKLAN

Bulan Haram ini terdiri daripada empat buah bulan di dalam Islam iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Taubah bermaksud:

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.”

Kelebihan Bulan Rejab, Punya 16 Nama & Bagus Tambah Amalan Ini Sebelum Ramadan!

 

Bulan haram ini juga mempunyai beberapa kelebihan berbanding bulan-bulan yang lain, antaranya ialah:

  • Terdapat sebahagian ulama mengatakan afdal melakukan umrah pada bulan Zulkaedah berdasarkan hadis di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim bahawa Nabi SAW melaksanakan kesemua umrah baginda SAW di dalam bulan ini.
  • Pada bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah, umat Islam akan mula menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu ibadat haji yang mana ibadat ini tidak boleh dilakukan di dalam bulan-bulan yang lain.
  • Berpuasa sunat pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan haji.
  • Berpuasa sunat pada 10 Muharram iaitu pada hari Asyura.

 

IKLAN

Nama-Nama Bulan Rejab

Disebutkan di dalam Kitab Mawahib al-Jalil bahawa bulan Rejab mempunyai 16 nama, antaranya:

IKLAN
  1. Al-Ashom kerana mereka meninggalkan peperangan padanya.
  2. Al-Ashob kerana orang kafir Makkah mengatakan diturunkan rahmat padanya.
  3. Rajm kerana Syaitan direjam padanya.
  4. Al-Shahr al-Haram.
  5. Al-Muqim kerana pengharaman kekal dan tidak digugurkan.
  6. Al-Mu’la kerana bulan ini tinggi (mulia) berbanding bulan-bulan lain.
  7. Al-Fard.
  8. Munshil al-Asinnah.
  9. Munshil al-Aali.
  10. Munzi’ al-Asinnah.
  11. Syahr al-Atiroh.
  12. Al-Mubdi.
  13. Al-Mu’ash’ish.
  14. Syahr Allah.
Kelebihan Bulan Rejab, Punya 16 Nama & Bagus Tambah Amalan Ini Sebelum Ramadan!
Foto: Unsplash.com

 

Amalan-Amalan Yang Digalakkan Pada Bulan Rejab

Sebagai persiapan menuju ke bulan Ramadan, ini antara amalan yang digalakkan pada bulan Rejab:

  • Berpuasa.
  • Memperbanyakkan bersedekah.
  • Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
  • Memperbanyakkan berzikir.
  • Memperbanyakkan solat-solat sunat.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI