Siapa sangka, kekurangan diri menjadi kelebihan yang menjadikan dirinya mahsyur! Dikenali sebagai supermodel kudung, Kelly Knox, 38 dilahirkan tanpa lengan kiri tidak melihat kekurangan dirinya sebagai satu titik yang boleh melemahkan semangatnya untuk menjadi seorang model peragaan terkenal.
Lebih membanggakan, ibu kepada seorang cahaya mata itu sering menjadi buruan jenama terkenal Eropah seperti Primark selain ditugaskan berjalan di pentas peragaan London Fashion Week pada 2019. Wanita itu turut diundi sebagai wanita kelainan upaya paling berpengaruh di Britain!
Meskipun industri fesyen sudah lama meraikan perbezaan termasuk memperkenalkan lebih ramai model ‘plus-size’ dan model pelbagai warna kulit yang mewarnai kempen-kempen fesyen berskala besar, namun model kelainan upaya masih belum diraikan, menyebabkan Knox berdepan prejudis dan tentangan.
Namun, wanita itu tidak patah semangat kerana dia tahu kekuatan dan kehebatan yang ada dalam dirinya.
Ads
“Biarpun saya tahu ada segelintir pihak yang akan menolak kehadiran dan keunikan saya dalam industri ini, namun ia tidak akan sesekali membuatkan saya mengalah.
“Saya mahu orang kelainan upaya untuk merasakan kehebatan mereka dan tidak malu atau bersalah mempunyai tubuh badan yang berbeza daripada orang lain,” ujarnya.
Ads
Menerusi projek terbaharu, Knox yang memperagakan koleksi pakaian daripada gedung peruncit fesyen Primark telah menerima beratus-ratus pujian dan juga respons positif daripada orang ramai yang meraikan perbezaan Knox.
Kempen itu menerima hampir 97,000 jumlah likes dalam tempoh kurang 24 jam.
Knox mempunyai daya penarik serta kecantikannya yang tersendiri dan sehingga kini sudah berkecimpung dalam dunia peragaan selama 14 tahun.
Ads
Pencapaiannya itu telah meletakkan dirinya sebaris dengan supermodel terkenal dunia seperti Kate Moss, Adriana Lima dan Gisele Bundchen.
Dilahirkan di Enfield, England, Knox mengakui zaman kanak-kanaknya adalah sukar memandangkan ibu dan bapanya berpisah ketika dia berusia dua tahun. Ibunya juga melalui kesukaran membesarkan Knox, lebih-lebih lagi apabila Knox sering dihina akibat kekurangan fizikalnya.
“Pada zaman ini, saya beranggapan bahawa sekiranya saya seorang remaja atau seorang individu yang membesar dengan kekurangan fizikal, saya pasti akan berasa tertekan memandangkan di media sosial, apa yang ditonjolkan adalah ‘kesempurnaan’.
“Namun, selepas berjalan di pentas peragaan, saya berasa diri ini hebat dan kuat. Ini adalah permulaan dan saya mengimpikan untuk menghiasi muka hadapan majalah Vogue dan berkempen bersama jenama besar seperti Gucci,” katanya yang memasang impian yang tinggi.
Sumber: Kosmo
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Erti kebahagiaan bagi setiap wanita adalah berbeza. Ada yang bahagia bila dapat emas atau beg tangan mahal dari suami. Ada juga yang bahagia bila dapat keluar me-time dan shopping dengan tema-teman.
Namun, lain pula bagi aktres cantik Fasha Sandha. Baginya masa bersama suami tersayang, Aidil Aziz adalah kebahagiaannya yang sebenar.
“Erti kebahagiaan untuk setiap wanita memang berbeza. Ada yang bahagia bila dapat emas, ada yang bahagia bila dapat bag mahal.
“Tapi untuk saya, ini adalah kebahagiaan saya.
“Saya kurang suka barang kemas, saya tak suka aksesori dan saya orang yang sederhana. Ini adalah erti kebahagiaan buat saya,” kongsi Fasha menerusi satu hantaran di Instastory.
Menurut Fasha sebagai seorang yang bersederhana, hal-hal yang berkaitan material bukanlah keutamaan dalam hidupnya.
Posting itu turut memaparkan gelagat mesra Aidil yang sedang mengurut kaki Fasha.
Semoga Fasha kekal bahagia bersama Aidil serta anak-anak tersayang.
Untuk info, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada Mac 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aisha Amaira yang lahir pada 7 Ogos 2021.
Hasil perkahwinan Fasha terdahulu, dia memiliki dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.
Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Anjasmara Prasetya sememangnya amat popular di Indonesia. Pelakon drama bersiri Romi dan Juli itu bukan sahaja aktif dalam bidang lakonan, malah turut bergelar produser dan turut aktif sebagai jurulatih yoga.
Umum sedia maklum, aktor popular ini mendirikan rumahtangga bersama aktress Dian Nitami apabila kedua-duanya jatuh cinta pada awal pertemuan mereka. Malah, Anjasmara turut memberikan hadiah ulang tahun yang sangat romantis untuk Dian.
Dikenali sebagai seorang lelaki yang romantik, Anjasmara akan memberikan bunga untuk ibu Dian sebagai tanda menghargai wanita tersebut yang melahirkan seorang wanita hebat seperti Dian Nitami atau nama sebenarnya Dian Meutia Lestari Nitami. Dian mempunyai darah Jawa dan Jepun.
Anjasmara berkahwin dengan pelakon Dian Nitami 17 Jun 1999 dan dikurniakan dengan dua orang cahayamata iaitu Sassi Kirana Asmara dan Arka Setyaandipa Asmara. Mereka juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Amanda Annette Syariff dan Luther Syariff.
Menyingkap laman Instagram milik pasangan ini, ternyata kedua-duanya berkongsi minat yang sama dan sering menghabiskan masa bersama. Antara aktiviti yang sering dikongsi di laman Instagram mereka termasuklah aktiviti bercucuk tanam di kediaman mewah mereka.
Seperti yang diungkapkan Anjasmara dalam akaun media sosialnya “This is how we spend our quality time. We don’t need expensive holiday trip , we don’t need expensive branded stuff, we don’t have to look Good . Because I love you just the way you are.”
Menyingkap rahsia kerukunan rumah tangga Anjasmara dan Dian Nitami, pasangan ini mempunyai cara tersendiri untuk menyuburkan benih kasih sayang dalam rumahtangga mereka.
Dian Nitami pernah berkongsi rahsia keharmonian rumah tangga mereka di posting Instagram miliknya. Menariknya, rahsia tersebut ternyata merupakan hal yang sederhana tapi romantis. Dian mengaku setiap hari dirinya dan Anjasmara selalu mengungkapkan rasa cinta mereka.
“Kami memulai dan menutup hari dengan ungkapan I love you.. meski dengan mata sudah mengantuk, selalu bilang I Love You…,” tulis Dian Nitami.
Selama 23 tahun melayari bahtera rumah tangga, Dian Nitami dan Anjasmara memang dikenal sebagai pasangan yang romantis. Meski sudah dua dekad menjadi suami isteri, mereka masih saja terlihat serasi dan mesra malah ramai yang menjadikan pasangan ini sebagai contoh relationship goals!
Selain romantis sebagai pasangan suami isteri, Anjasmara dan Dian Nitami juga dikagumi sebagai ibu bapa buat anak-anak mereka. Anjas dan Dian merupakan ibu bapa tipikal yang memberikan sokongan dan galakan dalam apa jua yang diminati oleh anak-anak. Sebagai contoh, anak lelaki Anjasmara, Arka memilih untuk aktif dalam sukan hoki ais dan kini mewakili Indonesia dalam sukan tersebut di peringkat antarabangsa.
Anjasmara dan Dian Nitami sememangnya pasangan yang sangat serasi. Mereka mempunyai banyak sekali persamaan termasuk dalam soal hobi. Keduanya diketahui sama-sama hobi olahraga dan berkebun. Semoga perkongsian pasangan ini menjadi panduan untuk pasangan lain mencari bahagia dalam rumahtangga dengan cara tersendiri!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pujian harus diberikan kepada tiga selebriti wanita Malaysia ini kerana memanfaatkan teknologi media sosial untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Nona percaya selain Datuk Seri Siti Nurhaliza, Erra Fazira dan Mira Filzah, ramai lagi selebriti tanah air lain yang turut melakukan inisiatif sama. Bersandarkan populariti dan pengaruh mereka, sudah pasti perkongsian yang dibuat para selebriti ini dapat mengajak peminat berbuat kebaikan. Misalnya apabila Perintah Kawalan Pergerakan mula dilaksanakan hari ini. Posting daripada insan berpengaruh termasuk pemimpin dan selebriti… setidak-tidaknya membantu menggalakkan masyarakat peka dengan situasi coronavirus.
Mengintai media sosial milik Datuk Seri Siti hari ini, penyanyi berusia 40 tahun tersebut kreatif mengajak orang ramai mematuhi pelaksanaan kerajaan dengan memuat naik ilustrasi 7 nasihat semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Ilustrasi berkenaan pada asalnya ialah poster single terbaru ‘7 nasihat’ Datuk Seri Siti bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta namun diolah menjadi satu bentuk pesanan khidmat kepada masyarakat. Memang kreatif ibu Siti Aafiyah ni!
Sebenarnya bukan itu sahaja usaha yang dilakukan Datuk Seri Siti untuk berkongsi kesedaran dengan peminat menerusi media sosial miliknya. Beliau juga memaklumkan tentang portal rasmi yang sepatutnya dilayari rakyat untuk mendapatkan berita sahih di samping berkongsi titipan pesanan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini, 18 Mac 2020 daripada pembantu peribadinya, Rozi Sang Dewi.
Pendekatan serupa turut diambil jelitawan Erra Fazira. Menerusi media sosial miliknya, Erra ada memuatnaik perkongsian berbentuk rohani dan islamik. Pesan Erra, “Bukan tawakal sahaja tanpa usaha. BERUSAHALAH sehabis baik untuk hindari selebihnya kita tawakal pada Allah. Kesayanganku, walau di mana kalian berada, BE EXTRA CAREFUL OK. Sayangi kesihatan kita dan lipat gandakan usaha menjaga kebersihan diri. Lantak la orang nak kata kita poyo ke apa. Standby hand sanitizer dalam beg.
Pakai setiap kali selepas berurusan di luar, tekan lift, pegang pintu, turun tangga, apa saja aktiviti, settle down dengan hand sanitizer. Paling baik cuci tangan. BUAT SEMENTARA ni saja macam leceh tapi better than “sorry”! Moga ada jalan penyelesaian yang bakal ditemui nanti. Kita sama-sama doa agar dilindungi dari wabak Covid-19.”
Melihat sikap segelintir rakyat yang seakan tidak endah dengan situasi sekarang, ini yang dipesan Erra. “Fahami jaluran wabak Covid-19. Ada sebab disuruh DUDUK DI RUMAH. TOLONG JANGAN KELUAR TANPA URUSAN PENTING! SANGAT PENTING!! Ya, bosan.. Ya, ekonomi terganggu.. Ya, banyak kerja tertunda.. Tapi semua itu tidak bererti andai kesihatan kita menjadi taruhan.
Malah bukan kita sebagai individu tetapi seluruh keluarga, seluruh kawasan, seluruh daerah, seluruh negeri, seluruh negara akan pincang. Kalau ada yang degil, tolonglah sekolahkan/talbiahkan secara berjemaah (cara baik) kerana tindak-tanduknya akan mengundang parah kepada orang lain.”
Bagi si cantik manis, Mira Filzah pula… dia turut tidak ketinggalan melakukan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat menerusi video langkah pencegahan Covid-19
yang dilakukannya bersama Ariani. Sebagai duta jenama berkenaan, Mira turut terpanggil untuk memberitahu tentang cara pemakaian mask yang betul dan langkah-langkah
pencegahan lain terutamanya ketika bertemu orang ramai.
Menerusi media sosial miliknya sendiri, Mira ada memuatnaik maklumat tentang social distancing. Pesan Mira ringkas, “Be a responsible citizen. Take this social distancing seriously. Please.”
Semoga pendekatan yang dilakukan selebriti tanah air seperti ini dapat membantu mencegah jangkitan wabak Covid-19. Seterusnya menurunkan jumlah kes jangkitan yang mencecah lebih 600 kes setakat ini. Tidak kira pemimpin mahupun selebriti, semua rakyat harus bersatu-padu mengekang situasi pandemik dan mempunyai rasa tanggungjawab dengan mematuhi pelaksanaan yang dibuat kerajaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rita Rudaini & Fazura cetus semangat kepada ramai wanita apabila muncul bersama dalam Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 di MITEC, simbol ketabahan dan inspirasi wanita Malaysia.