Nama Anjasmara Prasetya sememangnya amat popular di Indonesia. Pelakon drama bersiri Romi dan Juli itu bukan sahaja aktif dalam bidang lakonan, malah turut bergelar produser dan turut aktif sebagai jurulatih yoga.

24 Tahun Usia Perkahwinan, DIAN NITAMI & ANJASMARA  Saling Ucap I Love You Setiap Hari

IKLAN

Umum sedia maklum, aktor popular ini mendirikan rumahtangga bersama aktress Dian Nitami apabila kedua-duanya jatuh cinta pada awal pertemuan mereka. Malah, Anjasmara turut  memberikan hadiah ulang tahun yang sangat romantis untuk Dian.

Dikenali sebagai seorang lelaki yang romantik, Anjasmara akan memberikan bunga untuk ibu Dian sebagai tanda menghargai wanita tersebut yang melahirkan seorang wanita hebat seperti Dian Nitami atau nama sebenarnya Dian Meutia Lestari Nitami. Dian mempunyai darah Jawa dan Jepun.

24 Tahun Usia Perkahwinan, DIAN NITAMI & ANJASMARA  Saling Ucap I Love You Setiap Hari

Anjasmara berkahwin dengan pelakon Dian Nitami 17 Jun 1999  dan dikurniakan dengan dua orang cahayamata iaitu Sassi Kirana Asmara dan Arka Setyaandipa Asmara. Mereka juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Amanda Annette Syariff dan Luther Syariff.

24 Tahun Usia Perkahwinan, DIAN NITAMI & ANJASMARA  Saling Ucap I Love You Setiap Hari

Menyingkap laman Instagram milik pasangan ini, ternyata kedua-duanya berkongsi minat yang sama dan sering menghabiskan masa bersama. Antara aktiviti yang sering dikongsi di laman Instagram mereka termasuklah aktiviti bercucuk tanam di kediaman mewah mereka.

24 Tahun Usia Perkahwinan, DIAN NITAMI & ANJASMARA  Saling Ucap I Love You Setiap Hari

 

24 Tahun Usia Perkahwinan, DIAN NITAMI & ANJASMARA  Saling Ucap I Love You Setiap Hari

Seperti yang diungkapkan Anjasmara dalam akaun media sosialnya “This is how we spend our quality time. We don’t need expensive holiday trip , we don’t need expensive branded stuff, we don’t have to look Good . Because I love you just the way you are.”

Kehidupan harmoni pasangan selebriti Indonesia ini sering mendapat perhatian para peminat yang mendoakan kerukunan pasangan yang jatuh cinta tatkala sama-sama berlakon di dalam drama bersiri Romi dan Juli ini kekal sehingga ke akhir hayat.

24 Tahun Usia Perkahwinan, DIAN NITAMI & ANJASMARA  Saling Ucap I Love You Setiap Hari

Menyingkap rahsia kerukunan rumah tangga Anjasmara dan Dian Nitami, pasangan ini mempunyai cara tersendiri untuk menyuburkan benih kasih sayang dalam rumahtangga mereka.

Dian Nitami pernah berkongsi rahsia keharmonian rumah tangga mereka di posting Instagram miliknya. Menariknya, rahsia tersebut ternyata merupakan hal yang sederhana tapi romantis. Dian mengaku setiap hari dirinya dan Anjasmara selalu mengungkapkan rasa cinta mereka.

IKLAN

24 Tahun Usia Perkahwinan, DIAN NITAMI & ANJASMARA  Saling Ucap I Love You Setiap Hari

“Kami memulai dan menutup hari  dengan ungkapan I love you.. meski dengan mata sudah mengantuk, selalu bilang I Love You…,” tulis Dian Nitami.

Selama 23 tahun melayari bahtera rumah tangga, Dian Nitami dan Anjasmara memang dikenal  sebagai pasangan yang romantis. Meski sudah dua dekad menjadi suami isteri, mereka masih saja terlihat serasi dan mesra  malah ramai yang menjadikan pasangan ini sebagai contoh relationship goals!

24 Tahun Usia Perkahwinan, DIAN NITAMI & ANJASMARA  Saling Ucap I Love You Setiap Hari

IKLAN

Selain romantis sebagai pasangan suami isteri,  Anjasmara dan Dian Nitami juga dikagumi sebagai ibu bapa buat anak-anak mereka. Anjas dan Dian merupakan ibu bapa tipikal yang memberikan sokongan dan galakan dalam apa jua yang diminati oleh anak-anak. Sebagai contoh, anak lelaki Anjasmara, Arka memilih untuk aktif dalam sukan hoki ais dan kini mewakili Indonesia dalam sukan tersebut di peringkat antarabangsa.

24 Tahun Usia Perkahwinan, DIAN NITAMI & ANJASMARA  Saling Ucap I Love You Setiap Hari

24 Tahun Usia Perkahwinan, DIAN NITAMI & ANJASMARA  Saling Ucap I Love You Setiap Hari

Anjasmara dan Dian Nitami sememangnya pasangan yang sangat serasi.  Mereka mempunyai banyak sekali persamaan termasuk dalam soal hobi. Keduanya diketahui sama-sama hobi olahraga dan berkebun. Semoga perkongsian pasangan ini menjadi panduan untuk pasangan lain mencari bahagia dalam rumahtangga dengan cara tersendiri!

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI