Masa berlalu pantas. Namun kegirangan menyambut Aidilfitri tetap saja serupa dan dinanti-nantikan. Begitulah yang dirasai dua aktres popular, Che Puan Juliana Evans dan Tasha Shilla tatkan ‘dipertemukan’ sempena kempen Ramadan bersama Marks & Spencer.

Meskipun sarat hamil, layanan mesra yang diberikan oleh Che Puan Juliana atau nama penuhnya Juliana Sophie Johari Evans bersama suami, YM Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj bersama puteri mereka YM Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 4 tahun, patut dipuji.

IKLAN

Sambil menyambut kedatangan Tasha Shilla yang hadir bersama suaminya, Muhammad Atiq Idris dan si comel Raees Zander, 2 tahun, dua wanita jelita ini tampil menawan dalam persalinan baju raya dari koleksi terbaharu Marks & Spencer.

Keluarga Che Puan Juliana Evans & Tasha Shilla Bergabung, Anak-Anak Punyalah Comel & Mesra Kamera!

 

Keluarga Che Puan Juliana Evans & Tasha Shilla Bergabung, Anak-Anak Punyalah Comel & Mesra Kamera!

 

Keluarga Che Puan Juliana Evans & Tasha Shilla Bergabung, Anak-Anak Punyalah Comel & Mesra Kamera!

 

Terpancar seri keibuan Che Puan Juliana dan Tasha Shilla disamping keluarga comel masing-masing sambil menikmati pelbagai juadah raya yang lazat. Tak ketinggalan, pilihan premium Marks & Spencer kesukaan mereka iaitu aneka biskut klasik, coklat dan mini bites sebagai kudapan pengikat kasih.

Suasana ceria Hari Raya ini sebenarnya tercipta eksklusif untuk kempen Ramadan bersama Marks & Spencer. Paling suka tengok gelagat anak-anak Che Puan Juliana dan Tasha Shilla, makin besar makin bijak dan keletah!

Comel betul puteri Che Puan Juliana, Mily, saat bermain dengan anak Tasha iaitu Raees. Kedua-duanya bermata bulat, paling suka bila diajak bergambar… amboi, pandai betul posing pandang kamera!

IKLAN

 

ANGGUN SELESA

Selain baju tradisi, berkunjung ke majlis rumah terbuka dalam persalinan smart casual juga pastinya menarik perhatian tetamu yang datang.

Hari Raya ini, serlahkan gaya fesyen anda seperti Che Puan Juliana dan Tasha dengan corak terang dan warna yang ceria. Gaya yang sederhana namun tak lapuk dek zaman sungguh versatil, namun tetap anggun dan sofistikated – sesuai untuk pemakaian dari siang ke malam dengan begitu mudah.

IKLAN

Rangkaian pakaian wanita termasuk blaus yang chic serta gaun midi dan maxi, boleh didapati dalam warna biru lembut, fuchsia, dan hijau damai.

Dihiasi pula dengan bahagian pinggang labuh, bahu puff kembung dan lengan gaya manset, rekaan fesyen ini menyerlahkan lagi keayuan dan kewanitaan si pemakai.

 

Keluarga Che Puan Juliana Evans & Tasha Shilla Bergabung, Anak-Anak Punyalah Comel & Mesra Kamera!

 

Koleksi pakaian lelaki M&S pula menampilkan baju-baju yang wajib ada dalam koleksi pakaian anda, seperti seluar chino dan kemeja Oxford 100% kapas. Untuk penampilan yang ringkas pula, rangkaian linen M&S menyediakan baju kemeja yang diperbuat khas daripada fabrik tulen, kolar klasik dan plaket butang tersembunyi agar tampak segak.

Menampilkan personaliti anak-anak dengan koleksi pakaian kanak-kanak M&S. Kanak-kanak perempuan bergerak selesa dalam gaun bercorak bunga dan skirt beropol-ropol yang menawan, manakala kanak-kanak lelaki boleh bermain dalam pelbagai baju kapas ciri jalur dan bersulam, yang dipadankan dengan seluar pendek chino kapas.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI