SHEILA RUSLY

Nama Sheila Rusly sememangnya terkenal dalam industri seni tanah air. Selain mempunyai syarikat produksi sendiri, wanita berjiwa kreatif ini juga berbakat besar dalam lakonan. Tidak hanya menambat hati penonton dengan kejayaannya membintangi pelbagai watak bahkan Sheila juga meraih perhatian ramai ketika mengacarakan program masakan popular, Ketuk-Ketuk Ramadan. Pendek kata, memang versatil orangnya Sheila Rusly ini sebab hebat berlakon, mengarah drama dan pandai memasak.

IKLAN

Tidak hairanlah, pelakon berusia 49 tahun ini sering menjadi buruan jenama masakan Maggi. Kalau intai media sosial Sheila Rusly memang rajin ibu dua anak ini menyediakan hidangan untuk keluarga. Kecur tengok juadah masakan anak seni ini. Macam-macam menu ada dan kebanyakannya ialah sajian tradisi Melayu. Sheila juga dilihat kerap meluangkan masa di ruang dapur dan mengajak kenalan rapat untuk menjamu selera di rumah agamnya dan suami, Jinggo.

Kemas & Mewahnya Dapur SHEILA RUSLY, Memang Idaman Suri Rumah Ni! Kemas & Mewahnya Dapur SHEILA RUSLY, Memang Idaman Suri Rumah Ni! Kemas & Mewahnya Dapur SHEILA RUSLY, Memang Idaman Suri Rumah Ni! Kemas & Mewahnya Dapur SHEILA RUSLY, Memang Idaman Suri Rumah Ni! Kemas & Mewahnya Dapur SHEILA RUSLY, Memang Idaman Suri Rumah Ni!

Antara rakan artis yang berpeluang merasa air tangan Sheila Rusly termasuk pasangan Johan dan Ozlynn dan adik kepada pelakon Fasha Sandha, Elisya Sandha. Dek kerana minat dengan dunia masakan dan makanan, Sheila turut mengusahakan restoran Dim Sum Place!

Terbaharu, perkongsian Sheila Rusly yang memuat naik gambar ruang dapurnya telah menarik perhatian peminat. Melihat ruangan komen di laman Instagram Sheila, rata-rata mereka meluahkan rasa teruja melihat rekaan dapur selebriti berjaya ini yang tampak moden, kemas dan mewah.

Kemas & Mewahnya Dapur SHEILA RUSLY, Memang Idaman Suri Rumah Ni! Kemas & Mewahnya Dapur SHEILA RUSLY, Memang Idaman Suri Rumah Ni! Kemas & Mewahnya Dapur SHEILA RUSLY, Memang Idaman Suri Rumah Ni! Kemas & Mewahnya Dapur SHEILA RUSLY, Memang Idaman Suri Rumah Ni! Kemas & Mewahnya Dapur SHEILA RUSLY, Memang Idaman Suri Rumah Ni! Kemas & Mewahnya Dapur SHEILA RUSLY, Memang Idaman Suri Rumah Ni! Kemas & Mewahnya Dapur SHEILA RUSLY, Memang Idaman Suri Rumah Ni!

Pemilihan warna olive di ruang dapur nyata membangkitkan mood elegan dan mewah. Ditambah pula padanan hitam dan gold yang menyerikan lagi ruang berkenaan. Ruang dapur Sheila Rusly turut terbahagi kepada dapur basah dan dapur kering. Memang jadi dapur idaman para suri rumah ni!

IKLAN

Tidak sekadar dapur, segenap ruang kediaman Sheila Rusly juga dihias cantik dengan perhiasan perabot bercita rasa mewah. Apatah lagi ia terletak di kawasan elit Sunway Rydgeway yang menghidangkan panorama puncak Melawati dan mencecah nilai hingga jutaan ringgit. Eksklusif!

Kemas & Mewahnya Dapur SHEILA RUSLY, Memang Idaman Suri Rumah Ni! Kemas & Mewahnya Dapur SHEILA RUSLY, Memang Idaman Suri Rumah Ni!

IKLAN

Yang pasti, selain kejayaan Sheila Rusly dalam bidang seni menjadi inspirasi kaum wanita… gaya hidup figura popular ini juga menarik perhatian ramai. Sheila dan Jinggo telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 1996. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikail.

 

Kredit foto: Instagram Sheila Rusly

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI