Peminat Datin Paduka Eina Azman pasti gembira apabila selebriti kesayangan mereka ini kembali ceria dan aktif berkongsi video masakan di media sosial.
Jika sebelum ini Datin Eina meluahkan rasa sedih kerana suami lupa tarikh ulang tahun kelahirannya, Datin Eina kini lebih bahagia selepas menerima kejutan istimewa daripada Datuk Paduka Kaiser.
Dia yang menerima money bouquet baru-baru ini ketika pelancaran produk terbaharunya dilihat menangis terharu dengan pemberian suami tercinta.
View this post on Instagram
“Please sayang don’t do this anymore. Why you ignore I for afew days and tak celebrate macam biasa? Kita dah kahwin masuk tahun ke 10 you buat macam ni, mana tak I overthinking?
I tak nak ni semua. I just nak you wish I macam biasa yang you buat selalu. Anyway thanks for everything sayang, I love you.”
Sedar peminat ternanti-nantikan video masakannya, Datin Eina pada 1 Ramadan lalu memuat naik juadah sahur pertamanya dengan keluarga.
Ternyata video masakan Mee Goreng Hailam Seafood air tangan ibu anak kembar ini menjadi tumpuan peminat sehingga mencecah hampir 1 juta tontonan!
Bukan itu saja, menu ringkas bersahur Datin Eina iaitu bubur pun dah lebih 500 ribu views! Memang media sosialnya jadi rujukan ramai waktu bulan Ramadan.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Semalam, pelakon cantik berusia 28 tahun ini berkongsi video terbaharu dengan menu berbuka puasa, Tauhu Telur Paprik Seafood. Walau nampak ringkas tapi menyelerakan!
Bukan saja masakan Datin Eina meraih pujian bahkan penampilannya yang memakai baju kurung merah jambu turut mencuit perhatian. Langsing dan cantik!
Agak-agaknya apa pula juadah berbuka dan sahur yang hendak dikongsikan Datin Eina selepas ini?